24 February 2011

santai: dari blog 'bayyinat'

                  بسم الله الرحمان الرحيم

melihat bayyinat untuk pembaikan ~KHALILULLAH~

kadangkala manusia perlu menilai diri dengan kelebihan orang lain. seringkali juga manusia perlu menilai diri dengan kekurangan orang lain. kedua-dua cara ada situasinya masing-masing.

menilai dengan 'kelebihan' agar istiqamah tawadhu' dan rasa hamba. 
menilai dengan 'kekurangan' agar syukur itu jadi selalu.
kita sendiri yang layak 'memberi' nilai pada diri.. bukan me'nilai'kan diri.

kesimpulannya, hanya ALLAH yang layak menilai kehambaan hambanya melalui dugaan, cabaran, kesabaran, kesakitan dan 'kekuatan'. terbina kalam ini berdasarkan kalam ALLAH dari kitab suci al-quran:

" ...yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.dan dia maha perkasa lagi maha pengampun"
(al-mulk 67:2)

tentang bayyinat

"dan ALLAH menerangkan ayat-ayatnya kepadamu.dan ALLAH maha mengetahui lagi maha bijaksana."
(an-nuur24:18)

demikianlah maksud tersirat di sebalik penubuhan blog bayyinat saya kira. blog yang memiliki penulis biasa yang berusaha menjadi hamba luar biasa ini, begitu menarik minat saya. anda juga barangkali. susunan bicara yang tersusun dan pengisian yang membangkitkan.

mungkin pandangan ini dari pengamatan saya. anda pula?

klik gambar di bawah untuk bertaaruf dengan 'bayyinat'...

bayyinat
moga ALLAH redha perkongsian ini.
wallahu a'lam.

18 February 2011

jazakallahu khairan 'penegur'...

بسم الله الرحمان الرحيم

moga bicara kali ini tak mengundang fitnah... bicara ini buat semua. kamu, saya, dia, mereka dan kalian.. saudaraku selamanya.

saya terpanggil menyediakan entri ini untuk sebuah kejelasan terhadap sebuah teguran. saya menerima teguran ini sebagai teguran dari ALLAH agar lebih memelihara bicara dengan taqwa.

saudaraku, carilah taqwa di pekat malam

teringat analogi jelas yang dibuat ubay bin ka'ab ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar r.a tentang taqwa.
   Ubay menjawab:"pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Umar menjawab:"aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." maka Ubay berkata:"demikianlah juga taqwa!" [1]

ya, pertama kali membaca teguran2 dalam shoutbox yang saya 'paste'kan di bawah, saya hanya tersenyum. tersenyum dengan senyuman yang punya banyak makna... ya, banyak makna. salah satunya tanda saya serius.  memang ini kebiasaan saya,- serius hingga tersenyum, tanda serius dalam senyuman-.

berikut teguran yang saya terima di shoutbox. (baca dari bawah ya.)
boleh tekan butang next di shoutbox untuk ,ihat soalan akh zul pada saya.

·         penegur krn org2 mcm antum lah ISLAM di pndang mundur krn mngeluarkn pndgan tnpa mneliti betul2 apa yg para alim ulama brckap

2011-02-17 3:17 AM

#
·         penegur antum spa yg i'tiraf??takut2 lidah yg brbicara mnyebabkn api neraka terus marak krn mnjatuhkn pndgan ulama'
2011-02-17 3:16 AM

#
·         penegur klu x stuju dgn ana x pa,ni dh x stuju dgn ulama bsar dunia,syeikh ali jumaah telah di'tiraf oleh ulama' dunia keilmuannya
2011-02-17 3:15 AM

#
·         penegur antum ada apa yg nk di sandarkn???hormat kpd ulma' lbih pnting bg pnuntut ilmu
2011-02-17 3:14 AM

#
·         penegur sdah pasti mreka bkan brckap sdap mulut ada alasan trsndri yg brsandarkn dalil yg sohih
2011-02-17 3:14 AM

#
·         penegur masyAllah, ana tgok sdra zul dn sdri zahra' sdah belbihan dlm mmbri pndgan, mksudnya skrg bkan mnentang kzalimn atau x, tp radd seorg ulama kpd ulama'
2011-02-17 3:13 AM

#
·         penegur siapa kita nk msuk cmpur antum trlalu alim dlam bab jarh wa taadil???dr asri ada pndpatnya yg sndri, syeikh ali jumaah ada pndpat sndri
2011-02-17 3:12 AM

#
·         zahra' to zul jazakallah. ana swpwndapat sgn drmaza. bginda nabijuga menyuruh kita membantu saudara kita yang zalim. boleh rujuk solusi 27 tentang taqwa



hikmah dari pena meresap ke lubuk taqwa

maksud dan hikmah yang cuba saya jelaskan

sependapat dengan drmaza tak bermakna menerimanya secara total. kata-kata saya juga tidak ada yang menunjukkan saya menolak pandangan ali jumuah. hakikatnya kebenaran yang total itu adalah dari AL-HAQ(yang empunya kebenaran). kita, ulama, nabi sekalipun tetap makhluk. makhluk kepada AL-HAQ.

pendapat drmaza ada asasnya.

pada pandangan saya, wrga mesir tak wajar dihalang dari menjatuhkan kezaliman politik mereka. mungkin itu respon mereka terhadap kezaliman. respon yang diajar nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-bukhari(2263) dan muslim(4681).

pada suatu hari rasulullah s.a.w menyebut,"bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi". para sahabat kehairanan lalu bertanya: "memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalilmi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka ketika mereka melakukan kezaliman? maka, rasulullah s.a.w menjawab: " engkau mencegahnya dari melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim"

subhanallah, warga mesir mengaplikasi metode dakwah nabi. dan, alhamdulillah mereka berhasil! 

mengenai kenyataan ali jumuah [boleh rujuk sini], beliau juga ada sebab tersendiri. asal kita bisa optimis dan sejajar mencari hikmah.

ALLAH, ALGHAFUR,ARRAHIM

Allah berikanmu kebaikan

jazakallahu khairan. begitulah maksud dari kalam arab ini. ucapan terima kasih dalam bentuk doa. saya tujukan khas buat 'penegur'. juga buat kalian yang membaca entri ini. hanya ALLAH yang menularkan kebaikan dari ziarah dan perkongsian kita. saya berbicara dengan masyarakat berilmu. moga-moga kalian, suadaraku memahami.

benarlah, 'hikmah' itu ilmu yang tak diajar. tapi boleh dipelajari. hanya hati yang bersih mampu mempelajari 'hikmah'. saudaraku, bersihkan hatimu untuk mempelajari hikmah.

wallahu a'lam.


[1]-solusi isu27 m/s 12

06 February 2011

ilmu, bukan hanya di mesir.

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.
31 januari lalu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diumumkan. alfu mabruk, jutaan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang. kepada yang belum cemerlang, yakinlah segalanya telah tercatat di luh mahfuz tentang diri kita. dari sebesar hingga sekecil-kecil perkara ALLAH telah tetapkan. sekecil DNA yang terbentuk dalam diri kita.Allahuakbar.

biarlah langkah ini dalam redha ALLAH


impian ke mesir

tak dinafikan, sebahagian besar sahabat2 saya mempunyai impian besar ke mesir. saudara juga barangkali. meneruskan pengajian dan menuntut ilmu di  bumi anbiya' sebenarnya turut menjadi harapan di lubuk hati saya yang terdalam. mudahnya, tersenarai dalam perancangan hidup. tapi mungkin bukan sekarang.

alhamdulillah. diberi kesempatan bersembang dengan seorang sahabat, kami berbincang halatuju masing-masing selepas STAM. sahabat saya, tergolong pelajar cemerlang dalam STAM. 9mumtaz
dan 1jayyidjiddan.
" nak sambung mana? mesir?", saya mula bertanya walaupun saya sudah tahu impiannya.
" insyaALLAH, memang nak ke mesir. tapi bolehkah? kakak ana yang belajar di mesir pun akan dipindahkan. takkan kita pula nak masuk?", jawabnya penuh harapan.

ya, memang ini yang menjadi dilema kebanyakan pelajar yang berkeinginan melanjutkan pelajaran ke Mesir. tak kurang juga dilema ibu bapa yang memikirkan keadaan anak-anak mereka yang tak dapat dijamin dengan hanya title 'bumi anbiya'. cuma ALLAH yang tahu apa akan terjadi. manusia hanya meihat berdasarkan situasi dari isu semasa. bukan begitu? 

ada pula sesetengah pelajar yang beranggapan, dengan ke mesir mereka boleh bergabung menjatuhkan  pemimpin yang zalim. "inilah perjuangan sebenar di medan yang realiti. kalau mati, boleh syahid. kalau berjuang di malaysia, belum tentu lagi dapat syahid. ni yang lagi semangat nak ke mesir!" begitu tinggi semangat seorang lagi teman saya.

saya hanya tersenyum mendengar. kalau semangat, lautan api pun sanggup direnangi. sebab itu baginda nabi menganjurkan sebuah kefahaman berlandaskan manhaj Al-Quran dan Sunnah. bukan berlandaskan semangat. sekalipun, peranan semangat tak dinafikan kepentingan momentumnya di arena dakwah. nah, ini yang kurang dalam kebijaksanaan pelajar dan remaja yang berkecimpung dalam dunia dakwah.

tak boleh belajar di mesir?

jawapan itu hanya boleh dijawab oleh situasi masing-masing. bagi saya, tiada masalah di mana pun kita belajar. hatta di dalam bilik, di bilik air, di hutan pun kita boleh belajar. cuma, kalau nak bertalaqqi dari ulama'2 tersohor, barangkali itulah pertimbangannya. jika keamanan milik Mesir dan negara-negara berkaitan, insyaALLAH ada tempat buat para pncinta ilmu.

dalam pertimbangan ini, saya mengajak sahabat-sahabat untuk mengutamakan redha ALLAH dalam setiap keputusan. istikharahlah, mintalah redha dari orang tua. ridhollahu fi ridhol walidain. redha ALLAH terletak pada keredhoan ibu bapa.

ALLAH tahu masa kita kedepannya

saya nak bawakan sebuah kisah benar.

tentang seorang guru yang sangat saya kagumi dan kebanyakan pelajar di sekolah. beliau merupakan seorang pelajar aliran sastera yang berkeinginan besar untuk ke mesir. bahkan beliau sudah melakukan banyak persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke sana. namun, sebagai anak bongsu lelaki yang ingin berbakti buat bunda tercinta, beliau mengurungkan niat murni tersebut. waktu itu, mesir aman tanpa sebarang rusuhan.

beliau yang bercita-cita menjadi seorang ustaz, akhirnya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dalam kos akademik. dan sekarang beliau adalah seorang sir dengan panggilan ustaz.

ya, yakinlah sahabat-sahabat. ALLAH itu lebih tau tentang diri kita berbanding diri kita sendiri. usah pinggirkan ALLAH kerana keyakinan. yakin itu tidak cukup tanpa redha ALLAH. berdoalah. berdoalah. berdoalah dalam keyakinan dan redha terhadap percaturan ALLAH. 

ana i'nda zhonni 'abdi bi. aku disisi prasangka hambaku kepadaku. demikian ALLAH berbicara dengan kita melalui sebuah hadis qudsi.
wallahua'lam.

04 February 2011

santai: dari blog brohamzah

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.
sempena nama dan wajah baru blog firaszahrafajar, saya mahu wujudkan label baru, blog istimewa. insyaALLAH entri label ini akan saya update sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. insyaALLAH. mohon doanya ya!

yah, sekali-sekala menulis tentang orang lain.berkongsi mana2 kunci kebaikan yang ada. teringat kata-kata dari buku nota hati seorang lelaki. pesanan dari pak long penulis,Pahrol Mohd. Juoi:

" jangan menulis tentang diri sendiri. orang bijaksana, menulis tentang ilmu. orang cerdik, menulis tentang peristiwa. orang pandai, menulis tentang orang lain. hanya orang bodoh, menulis tentang diri sendiri."
                                         ~sebuah renungan~

ayuh, bina komuniti blog untuk ummah!


alhamdulillah, berblogger banyak bantu saya mengenal alam maya dengan lebih dekat.
mengenal insan-insan pilihan ALLAH .
mengenal ilmu-ilmu bermanfaat.
mengenal hakikat sebenar kehidupan mukmin.
mengenal teknik penulisan seorang dai'e.
dan yang paling utama mengenal ALLAH dengan segala keaiban seorang hamba.

Alhamdulillah.

kembara di alam blog membawa saya ke blog BROHAMZAH. kata2 pertama yang masuk ke jiwa saya adalah              
" Sesiapa yang menghendaki kejayaan dan kepuasan dalam kehidupannya, maka dia dapat menemukannya dalam iman dan hidayahNya.Sebab kedua unsur itulah rahsia dijaganya nikmat dan kebahagiaannya di dunia & akhirat"               


ditulis oleh BroHamzah sebagai tema blognya. bukan sekadar tema!..
subhanallah, penuh makna dengan hikmah.



kebetulan, penulis yang berasal dari negeri kelahiran saya ini juga merupakan salah seorang kolumnis langitilahiV2. beliau mengisi kolum himmah.. subhanallah, penulisannya mampu menyalurkan ruh kebangkitan. ya, bangkit dari semangat yang buta!

antara link yang memberi ibrah buat saya 
 boleh terus ke blog brohamzah di http://brohamzah.blogspot.com/
insyaALLAH buat kalian. buat saya. buat kita para du'at.

03 February 2011

بسم الله الرحمان الرحيم
 ..... السلام عليكم.... 

sahabat-sahabat, maaf ya blog ini 'under renovation'.
insyaALLAH dalam perancangan akan siap sekitar esok, 4 feb jumaat.

"umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam"..

salam tajdid iman dan seluruh kehidupan ke arah yangv lebih baik.

21 January 2011

saya dan kamu.. akan teruskan perjalanan!

بسم الله الرحمان الرحيم 

mahu sukses?

mukmin itu perlu sukses melawan nafsunya


ya.. pasti! mukmin itu mesti sukses..
cuma, perlu ada plan strategi...
nak bina strategi pula, perlu ada ilmu.
begitulah rantaian yang tak lari dari kehidupan seorang mukmin..
plan perjalanan hidup saya, akan meninggalkan alam maya sebentar..
meninggalkan kampung halaman..
dan menyerap hikmah dalam perjalanan kehidupan..
ke alam pekerjaan.. wah bekerja untuk belajar!
insyaALLAH..

 syair dari imam Syafii:

orang pandai dan beradab tidak akan diam di kampung halaman,
tinggalkanlah negerimu dan merantaulah ke negeri orang,
merantaulah, kau akan dapat pengganti,
dari kerabat dan kawan,
berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa,
sesudah lelah berjuang..

pijakan orang-orang sukses

saya pegang ini.. sebagai bekalan meneruskan plan perubahan di lorong kehidupan,

* segala perbuatan pasti ada niatnya. maka niatkanlah segala perbuatan demi kebaikan, demi kemaslahatan ummah dan demi menghentikan kejahatan!

* jangan keccut hati di hadapan cobaan! kerana cobaan dapat menempa kedewasaan, menggugah akal dan membakar semangat.

* bersungguh-sungguh adalah jalan terbaik menuju kemuliaan. ia adalah obat bagi penyakit yang kau derita, bahkan ia mungkin sebagai harta karunmu!

* 'nilai' setiap manusia adalah sebesar mana amalan baiknya.orang yang kalah akan selalu dijauhi. dan.. orang yang gagal murah harganya!

* pusatkan perhatianmu pada satu pekerjaan, tekuni dan cintailah.. agar kau menjadi orang yang terus maju!                       

                                                                         dari:
                                                                         bab pertama
                                                                        (buku RAHASIA SUKSES ORANG-ORANG HEBAT)


yaALLAH,
 terasa bagai Dr Aidh Al-Qarni sedang berbicara dengan saya. memberi taujihad, menyerap ruh jihad, mentarbiyyah, memberi fikir dan zikir...

perjalanan itu masih jauh...ALLAH bersama kita


semoga inilah pijakan saya dan kamu hingga di hujung perjalanan..
saya dan kamu,
perjalanan kita sebagai hamba masih panjang,
ayuh, kita rintisnya perlahan-lahan,
menghayati dan mengambil ibrah,
membimbit perancangan dan strategi,
berbekalkan sebuah perjuangan,

saya dan kamu.. akan teruskan perjalanan!
insyaALLAH.

20 January 2011

santai: blogwalking dan ziarah kerana ?...

بسم الله الرحمان الرحيم 


sejak kebelakangan ni, saya lebih suka menerima daripada memberi.
bukan tak ada idea tapi takut tergolong dalam kalangan munafiq yang alim. hanya ilmu yang mampu selamatkan kita dari perkara2 macam ni.

ALLAH, puncak segala matlamat!


. seperi kata-kata dari umar al-khattab..

Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atas umat ini ialah munafiq yang alim.


Mereka bertanya, "apakah yang dimaksudkan dengan munafiq yang alim?"


Orang yang alim, lidahnya (fasih bertutur) tetapi jahil hati dan tangannya (tidak berpegang dan beramal dengan apa yang dikatakannya).
                                                                                                                                                  -ibn khattab

jadi saya ganti masa menulis entri dengan baca entri manusia2 pilihan ALLAH...
insyaALLAH saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang.

entri kali ni saya hanya ingin bercerita tentang pengalaman sepanjang kembara 'blogwalking' sambil mengutip mutiara2 hikmah.


blog saya di promosi!

saya secara tidak sengaja telah mem'follow' blog Corat.Coret.Cikgu™.. saya sendiri tak sedar saya dah follow lepas baca entri tentang gambaran isi neraka

 ALLAH dah tetapkan bahawa saya menjadi follower ke 555 untuk blog ni. hikmahnya? ya ada promosi percuma untuk sebuah kebaikan..( insyaALLAH) . katanya saya adalah follower ke 555 yang bertuah. bagi saya, ya memang bertuah kerana ALLAH mudahkan urusan dakwah..ALHAMDULILLAH.

I'm become 555th follower


kepada penulis blog ni, ini respon saya..

zahra' fajar said...


subhanallah.. tak sangka jdi follower bertuah!



ALHAMDULILLAH.. jazakillah ya cikgu..hnya ALLAH yang mampu balas usaha cikgu..

sbbnya ada sumbangan dalam promosikan kebaikan..
jom jihad! (29:6)


masyaALLAH, dapat award?!

kembara blogwalking diteruskan....

sekali lagi secara tak sengaja saya menjadi follower bertuah. saya dapat ucapan tahniah dari pemilik blog 'wacanaku' kerana jadi followernya yang ke 777. (boleh lihat di award-untuk-follower-ku-yang-ke-777-)

PW meminta saya beri sedikit ucapan selepas dapat award...

inilah jawapan saya:
bismillah..

nk bagi ucapan ringkas lepas dpt award ni..
pertamanya, jazakallah pd PW ya.. moga Allah redha atas penghargaan ni!
biodata?
1) nama pena firas az-zahra'. tinggal di bumi ALLAH, penang tepatnya. dah mengecapi nikmat iman dan islam selama 19 tahun alhamdulillah..
2) ber blogging sbb nak ajak n bersama2 shbt blogger suma untuk menulis kerana nakkan redha ALLAH..jom!
3) my own view 4 PW.. 9/10 untuk layout.
7/10 untuk n3 bleh?
3 mark lg.. kna letakkan ruh islam 1st dlm pnulisn, spya ad manfaat smpy mati!
4)insyaALLAH sya tag ya..
okey.. tu dulu ya,
salam perkenalan kerana ALLAH..
bila kenal krn ALLAH, baru ada kemanisan iman,


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَد حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِب الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".



segala yang dikembalikan pada ALLAH terasa indah...

konkluksinya di sini...
apa saja yang terjadi pada kita, kembalikan pada ALLAH..
carilah ilmu yang bermanfaat!


salam jihad ya!