Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

pesan syeikh sudais kepadaku.. kepada kalian

بسم الله الرحمان الرحيم

 khamis, malam jumaat yang lalu(21 april) saya bertemu syeikh abdulrahman as-sudais. memang sudah dengar dari kakak saya yang belajar di UIA, beliau datang ke malaysia. cuma, saya tak sangka beliau datang ke kawasan rumah saya (institut Al-Qayyim bukit mertajam).

mulanya, saya hairan juga kenapa markaz ibnu qayyim al-jauziyyah (IQ) berdekatan rumah saya kedengaran riuh. biasanya kalau ada ceramah, tak pula testing microfon banyak kali. sudah banyak kali bekas mufti perlis, imam muda asyraf, dan ramai lagi public figure datang beri ceramah di markaz ni. biasa saja.
tapi kali ni, persediaan yang luar biasa. bila abi balik dari mengajar, dengan penuh penasaran saya buka mulut ingin bertanya..
belum sempat apa2 abi dah bagitau :  " imam masjidil haram nak datang, insyaALLAH " " kat IQ(institut al-qayyim) abi?" tanya saya tak percaya. " lepas maghrib " jawab abi ringkas.
belum pun masuk waktu maghrib, sudah kedengaran pengumuman: " harap …

karya: first poem posted in my blog..

بسم الله الرحمان الرحيم 
tiba-tiba rasa ingin berkongsi salah satu puisi yang sudah bertimbun dalam buku karya. antara puluhan karya yang ada, ALLAH buka hati saya untuk kongsi yang ini. pasti ada apa2 kan. ALLAH lebih tahu.
seringkali perubahan perlu kepada anjakan yang senyap tapi drastik..terimalah,

AKU AKAN KEMBALI

masih segar dalam memori, bidayahku beraksi, aku yang mungil berdiri, belum lagi menyelam emosi, sedang bercambah percaya mereka beri, "tampak kamu dedikasi", itu kata pemerli, nada pedas yang berstrategi.
pun begini, amanah itu kutanggapi, cuba mengerti dan mengkaji, hanya satu impiku semat dalam sanubari, jangan islam itu terus dimaki, dek rendahnya berprestasi..
kini, zaman itu sudah pergi, kerana masa belum berhenti, langkah itu belum mati, aku dahulu bukan yang dini, sekadar,menyambung realiti..
ingat! aku mesti tetap berdiri, di saat terpasungnya kaki, ketika gundah mendengki,
dan, aku akan kembali!
ketika aku bersama insan2 yang belum berdosa, kulim, 3 mac 2011 firas az-zahra',



aku mesti, pasti bangun semula!..

بسم الله الرحمان الرحيم
1-istiqamah=disiplin 2-jiddiyah(kesungguhan)=fokus
dua kata yang sedang cuba saya realisasikan dalam kehidupan. nampak mudah dan simple. hakikatnya susah dan perit. tapi hamba yang taat, takkan cepat mengalah selagi redha penciptanya belum digarap.
tak dinafikan, payah menerpa ketika kita hampir berada di puncak keberhasilan. di saat prinsip dipasak kukuh dalam jiwa, ada saja percikan dugaan menyentap keselesaan.
ingat sahabatku! jika benar masamu diluangkan untuk menyambut bicara ALLAH, tentu bicaraNYA dalam surah fussilat 41:30, kau sambut dengan jiwa lapangmu.. firman ALLAH maksudnya: 
" sesungguhnya orang yang mengatakan keyakinanya:  'Tuhan kami adalah ALLAH' ,  kemudian mereka tetap meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka(dengan berkata): 'janganlah kamu merasa takut dan janganlah pula kamu merasa sedih ; dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu' "
(fussilat 41:30)

kunc…

santai: bloglist bayyinat

بسم الله الرحمان الرحيم
siapa teman setia?
daripada Anas bin malik r.a. rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
" ada 3 macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya adn amalnya. dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya"
 (H.R. Bukhari Muslim)



komuniti berpimpin ke syurga
menyertai komuniti berpimpin ke syurga. insyaALLAH salah satu amal sholeh. benarkah? jawapan saya. ya benar jika sahabat2 melakukannya dengan hati. bukan dengan jari jemari yang mengetik key board semata- mata. tetapi dengan hati yang benar2 memahami apakah bayyinat (an-nuur:18).
dah buka quran? kalau belum, jangan teruskan lagi menyertai komuniti ini. saya tak halang, tapi tahan sekejap... 
sekarang, pergi ambil quran  dan cari surah annur...  surah ke..?

 aha, dah dapat jawab. alhamdulillah. tandanya, sahabat2 dah buka quran. jadi saya tak per…

santai: hari-hari yang indah dengan sunnah..

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.. hari ini masih ada untuk kita teruskan menebar dakwah dan tarbiyyah dalam kamus hidup yang kian senja. bila kita ditanya, siapa nabi kita.. sudah tentu jawapannya adalah muhammad rasulullah s.a.w.
bibir kita mudah bicara, namun hakikatnya banyak sunnah nabi s.a.w yang kita tinggalkan. bahkan kita belum terlalu merindui baginda. kita hanya percaya cerita dari mulut manusia berbanding mencari sendiri kesahihan kisah kewafatan kekasih ALLAH yang kita kasihi.
alhamdulillah.. berkali-kali ALLAH menggerakkan hati kita memahami hikmah. dan inilah salah satunya.saya secara peribadi belum habis menelaah kitab hadis shahih bukhari. setakat jilid satu, hmm.. tak ada apa-apa kecuali secuit.
tapi, AR-RAHMAN membuka rahmatnya untuk saya terpanggil membaca risalah mungil yang disisipkan bersama kayu sugi yang saya beli. saya hadiahkan buat sahabat-sahabat sebuah hadis shoheh yang dicoretkan dalam risalah tersebut:

saidatina 'aisyah radhiyallahu 'anha meriwaya…