Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Ingin ku usir keliru..

Kerja terbengkalai. Sukar menetapkan keputusan. Itu keliru namanya.Untuk seorang manusia, sang keliru pasti pernah singgah di pinggiran kehidupannya. Ada yang kadang-kadang. Ada yang selalu dan seringkali.Seorang ulama besar pun, pernah melalui fasa-fasa begini.Pernah ketika berada di dalam tahanan, Hamka bercerita kecelaruan jiwanya. Dengan sebuah alatan tajam, ditambah pula kondisi sebagai tahanan, yang kebanyakan manusia menganggapnya hina, boleh kiranya kita memahami mengapa beliau terasa ingin menusuk sahaja dirinya!Kisah jujur dalam pengantar Tasauf Moden itu membuat saya terfikir berkali-kali. Bagaimana manusia itu tetap manusia yang terkadang jiwanya teramat lemah. Lalu dia dikuatkan oleh Yang Maha Kuat, al-Qawiy.Lalu kita, yang tahapannya masih belum dekat dengan tahapan ulama, apatah lagilah.Namun, itu sesekali tidak boleh menjadi alasan. Kerana ujian kita juga, pada tahapan ini, masih belum terlalu mencabar.Saat keliru menjelma, tidak perlu disalahkan sang keliru. Ia tidak …

Bermula dengan terpaksa.

Banyak hal bermula dengan terpaksa. Kerana kita ini manusia. Kita bukan malaikat yang sentiasa rela dalam kebaikan. Bukankah kita berada dalam dua tarikan. Dua pilihan. Untuk menjadi baik ataupun sebaliknya.Banyak hal bermula dengan terpaksa. Setelah bertahun-tahun kita berjuang dalam keterpaksaan, barulah kita faham mengapa kita memerlukan keikhlasan.Walau setelah bertahun-tahun. Kita masih bersyukur kerana tetap mengenal keikhlasan.
Rawakdenganceritadarihati.