Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Usrah yang dibasahkan oleh keikhlasan.

بسم الله الرحمن الرحيم
10 Ramadhan.
Ia sebuah perjalanan Ramadhan yang agak lewat. Ketika ramai manusia telah dibasahi rahmat dan barakah dengan berlalunya 10 hari Ramadhan, aku baru bisa mengungkap segalanya hari ini.
Dari pelbagai kejadian yang menimpa-nimpa, aku menikmati basahnya sebuah 'usrah' pada perkongsian dan lapang dada serta ikhlas.
Perjalanan hari itu penuh susah payah. Sepanjang jalan aku hanya diam memuhasabah laluan. Semakin lama mencari jalan yang belum ketemu, semakin pula aku menilik perjalanan panjang itu.
Benarlah bahawa dalam kehidupan ada arus yang harus dipilih. Seketika aku teringat perbahasan permulaan kitab almuntalaq yang ditulis oleh seorang penulis yang sangat aku cintai lenggok susunan Bahasa Arabnya, Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.
Dalam muqaddimah almuntalaq beliau menulis;
" Kehidupan seorang manusia, daie khususnya berada dalam dua tarikan. Antara tarikan iman yang sering menguatkannya, dan tarikan syaitan yang ingin dia terkeluar dari jalan …