Skip to main content

Usrah yang dibasahkan oleh keikhlasan.

بسم الله الرحمن الرحيم

10 Ramadhan.

Ia sebuah perjalanan Ramadhan yang agak lewat. Ketika ramai manusia telah dibasahi rahmat dan barakah dengan berlalunya 10 hari Ramadhan, aku baru bisa mengungkap segalanya hari ini.

Dari pelbagai kejadian yang menimpa-nimpa, aku menikmati basahnya sebuah 'usrah' pada perkongsian dan lapang dada serta ikhlas.

Perjalanan hari itu penuh susah payah. Sepanjang jalan aku hanya diam memuhasabah laluan. Semakin lama mencari jalan yang belum ketemu, semakin pula aku menilik perjalanan panjang itu.

Benarlah bahawa dalam kehidupan ada arus yang harus dipilih. Seketika aku teringat perbahasan permulaan kitab almuntalaq yang ditulis oleh seorang penulis yang sangat aku cintai lenggok susunan Bahasa Arabnya, Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

Dalam muqaddimah almuntalaq beliau menulis;

" Kehidupan seorang manusia, daie khususnya berada dalam dua tarikan. Antara tarikan iman yang sering menguatkannya, dan tarikan syaitan yang ingin dia terkeluar dari jalan dakwah ini. Lalu di antara kedua tarikan inilah terdapat ketetapan Allah dan ruang manusia saling menasihati dan membuang bicara indah."

Masih segar pembacaan dua tahun lalu pada titik yang memberiku sebuah penjelasan. Demikian, untuk perjalanan yang aku pilih saat ini adalah pilihan paling sukar yang tak perlu kuperjelaskan sebab kesukaran itu.

Cukup aku katakan saat kita memilih, kita juga dipilih. Sebab itu perkara qadha dan qadar antara perkara keimanan yang perlu jelas difahami seorang daie.

Usrah yang fibasahkan keikhkasan ini, menumbuhkan aku menjadi insan.

Cukup dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…