Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Aku bukan manusia 'malaikat'..

بسم الله الرحمان الرحيم

Life is an ATTITUDE
Hanya di Teratak maya ini aku mampu menumpahkan 'semua'nya walau bukan 'segala'nya. Untuk insan yang memahami hati ini, dia akan memahamiku lebih dari apa yang aku tuliskan..
Benar kawan, kehidupan ini memang begini.. 
Ia perlukan kekuatan jiwa yang luar biasa. Hidup memerlukan kehebatan dan ketangkasan akal untuk membuat keputusan. Hidup memerlukan sebuah optimis yang sentiasa memberikan harapan..
Ya, itulah kehidupan. Ia berjalan selari dengan sikap kita terhadapnya.
Ketika kita 'tension' dengan peperiksaan yang menanti, ditambah pula assigment bertimbun-timbun.. Kita sebenarnya membina sebuah lubuk kehidupan dengan segala timbunan 'tension' di dalamnya.
Ketika kita terbeban dengan amanah jawatan dan pembelajaran, apatahlagi bila kita dikejar dengan dateline program yang kian mendekat.. kita mula gelabah dengan bebanan yang tak tertimpa.
Ya, kehidupan adalah sebuah BEBANAN untuk mereka yang merasa TERBEBAN.
Sakit.
Ka…

Kita yang teruji dan diuji..

بسم الله الرحمان الرحيم



"Aku diuji kau tahu!"
"Iya kawan, kau ingat cuma dirimu diuji? Semua orang diuji!"
Dia diam.
Walau sebenarnya aku tahu, ujian Allah untuk dirinya sangat besar melebihi ujian Allah untuk diriku. Aku kenal dia. Dia memang sangat baik dan taat melakukan perintah Allah.
Sikapnya yang lemah lembut, tutur katanya yang jarang menyakitkan hati manusia, maka ujan untuk orang sepertinya pasti lebih hebat. 
Ah, aku sering ditemukan dengan orang-orang yang hebat diuji. Ujian mereka, benar-benar menguji percaya, iman, dan yakin. Semuanya berkaitan TAUHID. Yah, itulah ujian yang benar-benar ujian. Ia berkait Syurga dan Neraka!
Sungguh, semua ini bukan ujian main-main.

Seorang adik hampir 'Murtad'
Seorang adik, pernah bermimpi dirinya murtad. Kemudian mimpi itu berulang-ulang dalam tidurnya selama enam-tujuh bulan. Sehingga akhirnya dia menganggap mimpi itu wahyu yang benar untuk dirinya. 
Bukan perasan, tetapi aku akui adik ini memang 'suci'. 

Seme…

Sunnah sebelum solat hari raya Aidiladha..

بسم الله الرحمان الرحيم
Saya sentiasa tersenyum mengingat cerita ummi sejak saya kecil.. :

" Esok, mahu solat raya pakai baju paling bagus!"" Esok, jangan makan dulu. Semua siap-siap ke mesjid. Balik dari masjid, baru makan.. ""Sebelum subuh, mandi siap-siap.. Kalau di Indonesia dulu, Aki sering bawa ummi ke tanah lapang solat raya.. Tapi di sini tak ada.."
Dahulu, saya cuma menganggap semua itu arahan dari ummi. Rupanya tidak. Ia adalah anjuran dari Rasulullah s.a.w. Bila saya besar, saya semakin mengerti. Bicara seorang ibu yang solehah itu, bukan untuk mengagungkan dirinya, bahkan untuk si anak mengagungkan Allah dan Rasulnya.

:-)

Okeh, kita masuk tajuk ya..



Sunnah-Sunnah Sebelum Solat Aidiladha

1. Mandi Dahulu Sebelum Shalat hari raya.

Diriwayatkan dari Nafi’ bahwa Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhuma mandi pada Hari raya sebelum berangkat.
Dalil yang paling kuat tentang kesunahan mandi di 2 hari raya adalah riwayat dari Al-Baihaqi melalui asy-Syafi’i tenta…

Untukmu yang 'ingin kembali'...

بسم الله الرحمان الرحيم

Debu dunia dan daki-daki dosa
Benar, hari-hari kita penuh dengan daki-daki dosa.
Selangkah kita bergerak, sebuah pandangan kita lemparkan kepada bukan mahram. Senafas kita hirup, terlupa pula memuji Tuhan. Semerbak haruman indah di benak, kita terkhayalkan nikmat dunia. 
Secubit garam memasinkan lidah, kita hanya tahu mengutuk dan mencela. Terlupa bahawa nikmat masin itu tercabut dari diri orang lumpuh lidah. Sepatah kata mengalir dari bibir, jarang kita fikirkan apakah ia perlu untuk penanda baiknya iman kita.
Bahkan sering, ada manusia memuji geraak kerja kita. Ada manusia mengagumi keindahan paras wajah kita. Ada manusia teruja dengan kebijaksanaan kita.. Apakah mengalir sepatah kata "SUBHANALLAH", pensucian kepad Allah yang memiliki segala isi dunia termasuk diri kita?
Aduh, kita ini benar-benar lupa diri!
Umpama seseorang yang tidak mandi seharian. Sedangkan dia meredah denai dan menempuh debu kota. Pasti ada daki-daki yang terpalit pada diri dan pakaia…