27 June 2019

CONTOH AKTIVITI PAK21 PENDIDIKAN AL-QURAN & SUNNAH (PQS)

بسم الله الرحمن الرحيم

Aktiviti ini saya laksanakan di sekolah saya (SMART IQ PG)
Topik: Tamadun dan tokoh.
Aktiviti: 'Gallery walk'.

Benarlah kata orang, kerisauan yang tidak keterlaluan ada kebaikannya. Dek kerana risau mengenangkan silibus tamadun yang agak sukar diajar satu persatu, dan mengenangkan pelajar-pelajar SPM hanya ada sekitar 4 bulan sahaja lagi, tercetuslah idea untuk melaksanakan aktiviti PAK21 ini.
Alhamdulillah, idea ini saya dapat hasil dari mengikuti kursus penyelarasan subjek PQS pada awal Febuari lalu dan dikukuhkan lagi dari pengalaman menyaksikan 'mock-teaching' yang dilaksanakan oleh guru-guru pembentang ketika Multaqa Bahasa Arab peringkat Kebangsaan yang saya dan Siti Umirah hadiri Sabtu lalu.
Di sini saya kongsikan teknik pelaksanaan yang saya buat serta kesan dari pelaksanaan aktiviti ini.

KAEDAH SERTA CONTOH PELAKSANAAN

Gambar mungkin berisi: 1 orang, duduk
1- Berikan bahan berupa latihan untuk keseluruhan bab. Ada pelajar mendapat tugasan bagi bab yang sama dan sebahagian lain mendapat tugasan bagi bab yang berbeza.
Cth: Pelajar saya ada 11 orang. Ada 3 bab merangkumi 17 unit untuk diselesaikan. Jadi, saya bahagikan 4-3 orang pelajar menyiapkan 1 bab (3-7 unit). Hasilnya, setiap pelajar akan menguasai sekurang-kurangnya 1 bab penuh.

2- Guru memastikan setiap pelajar menyiapkan tugasan masing-masing tanpa kecuali.
Cth: Walaupun 4 pelajar menyiapkan tajuk yang sama, saya telah pastikan kesemua mereka menyiapkan bahan yang telah dibekalkan ketika cuti. Jika ada pelajar yang tidak siap, saya membenarkan mereka menyiapkannya dengan menyalin semula daripada bahan rakan-rakan mereka. Sekurang-kurangnya proses mengenal maklumat berlaku walaupun mereka tidak 100% mengingat fakta tersebut.


Gambar mungkin berisi: 1 orang, duduk, tabel dan layar
3- Kesemua pelajar yang menyiapkan bahan yang sama tajuk perlu berada dalam satu kumpulan bagi menyiapkan satu bahan pembentangan yang ringkas dan padat dalam satu tempoh yang ditetapkan. Tempoh bahan disiapkan jangan terlalu lama dan amat digalakkan disiapkan ketika sesi pembelajaran di bawah pemantauan guru.
Cth: Saya berikan 1 helai kertas mahjung dan 2 batang pen marker berlainan warna untuk mereka menyiapkan pembentangan. Masa yang diperlukan adalah 40-50minit (tidak termasuk pembentangan). Saya kerap mengingatkan pelajar supaya menggunakan hanya 1 helai mahjung sahaja. Penggunaan 'short form' dan ayat yang ringkas amat digalakkan supaya mempercepat proses bahan pembentangan dihasilkan.

Gambar mungkin berisi: 2 orang, orang berdiri
4- Setelah bahan siap, pelajar perlu melekat hasil mereka di sudut-sudut yang berbeza. Seorang pelajar dipilih untuk menjadi pembentang bagi kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberikan 'sticky notes' untuk meninggalkan komen positif atau penambahbaikan pada bahan kumpulan lain.
Cth: Satu kumpulan pelajar saya ada 3-4 orang. 1 orang menjadi pembentang dan 2-3 orang lagi akan bergerak ke stesen kumpulan lain. Setelah selesai satu pembentangan, pendengar boleh memberikan komen bertulis dan dilekat pada hasil pembentangan. Pembentang akan bertukar dan begitulah seterusnya sehingga kesemua stesen selesai dilawati dan diberi komen.


5- Setelah selesai kesemua stesen dilawati, pelajar diminta duduk dan guru membacakan komen yang diterima oleh setiap pelajar. Komen yang baik menerima markah dan komen penambahbaikan diperjelaskan oleh guru untuk manfaat kesemua pelajar.
Cth: Ada Sebahagian pelajar yang tidak biasa memberi komen atau terbiasa memberi komen secara lisan. Jadi, saya galakkan mereka untuk menulis komen tersebut di atas kertas. Kesannya, komen yang agak 'kasar' berubah menjadi lebih santun ketika ia ditulis.
Contohnya kebiasaan pelajar akan berkata: 'apalah kau ni, tulisan tak nampak la!',
tetapi apabila saya meminta mereka menulis komen tersebut, ayatnya berubah menjadi :
'Tulisan perlu diperbaiki'. Sopan bukan?  


:D
6- Kumpulan yang mendapat komen positif paling banyak diberikan penghargaan.
Cth: Saya berikan pujian dan ucaoan tahniah. InsyaAllah esok jika tiada aral saya berikan mereka nasi lemak RM1 setiap pelajar. Sebab kesemua mereka bersungguh-sungguh dan menunjukkan prestasi dan kerjasama yang amat baik. Boleh tengok dalam video bagaimana kerjasama mereka.


KESAN AKTIVITI
1) 3 bab tamadun (17 unit) dapat diselesaikan dalam 3 masa sahaja (1jam 30 minit) termasuk latihan.
2) Guru tidak perlu pening kepala untuk mengingat semua fakta.
3) Pelajar lebih aktif di dalam kelas.
4) Berlaku pembelajaran secara interaktif sesama pelajar dan guru.
5) Pembelajaran berpusatkan pelajar berlaku dan guru hanya membimbing.
6) Tidak ada pelajar yang mengelamun atau tidak terlibat.
7) Pelajar belajar berfikir sebelum memberi komen (bertulis).
8) Kelas lebih terkawal kerana kesemua pelajar terlibat.

Akhir sekali, tahniah kepada semua pelajar atas kerjasama yang amat baik. Doakan 11 orang calon SPM tahun 2019 terus berjaya dan mengekalkan akhlak mulia yang selalu menjadi penyejuk hati guru-guru, ibu bapa dan masyarakat.


*Penerangan aktiviti ada pada setiap video pada link facebook (https://web.facebook.com/zaharohfajarnina/posts/10214142224212332?__tn__=K-R)




No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)