Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Bersabarlah wahai guru!

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelas hari ini agak muram. Di pintu rumah, si ibu menyambut saya dengan wajah agak sugul. Keletihan bekerja barangkali. Saya maklum, tugas sebagai seorang eksekutif bank di ibu kota agak mencabar. Apatahlagi jika terpaksa meredah 'jem' jam 5 petang, dan mesti sampai di Bangi sebelum jam 8 malam.
2 orang anak kecil berlari-lari anak menerpa saya. Segera saya mempersilakan mereka duduk. Si kakak segera duduk bersila dan bersedia. Si adik yang berumur 4 tahun nampak masih belum siap. Saya biarkan sahaja. 20 minit berlalu, si kakak keletihan. " Susahlah ustazah!" Rungutnya.
Saya mengusap kepalanya. "Kakak, nak pandai mengaji kan?"
Dia mengangguk perlahan. " kalau nak pandai, kena baca betul-betul depan ustazah. Nanti kalau ustazah tiada, siapa nak dengar kakak baca?"
"Ok lah ustazah.", dia meneruskan bacaan huruf 'tsa' dan 'gho' yang agak sukar itu.
5 minit kemudian, saya membenarkannya berehat. Saya p…

Siginfikan surah an-Naas dan manusia

Setiap hari kita bertemu manusia. Jika sihat, di tempat kerja bertemu rakan sekerja dan manusia-manusia sepanjang perjalanan menuju tempat kerja.
Manusia dengan pelbagai sikap mereka. Pekerja di pejabat akan bertemu dengan pelanggan yang pelbagai watak dan latarbelakang. Kita mahu cepat, dia datang lambat. Kita siap lambat, dia mendesak-desak ingin cepat. Salah sedikit, diherdiknya kita. Terlalu tegas, dijaja sebagai tidak memahami.
Itu biasa.
Pengalaman saya menjadi pelajar praktikal di sebuah institusi mengajar saya watak-watak manusia di arena perkhidmatan. 
Seorang guru, dia berdepan dengan karenah guru lainnya. Dia punya cara mudanya sendiri dalam membentuk anak didik, namun tidak dipersetujui oleh guru tua. Ada pula karenah anak-anak pelajar dengan ego masing-masing. Masih kecil seolah besar. Sudah besar, masih tidak matang. Ah, ya. Guru seperti kita inilah yang harus memutar dan mengetuk pintu kedewasaan mereka.
Demikian manusia dengan pekerjaan apa pun ketika dia kuat bekerja.
Saki…