Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

bingkisan: doakan saya (",)

بسم الله الرحمان الرحيم
persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan 
1. niat yang ikhlas
2. bersiap sedia untuk kerja keras
3. wal 'Ashr.. uruskan masa anda
4. penulis yang baik adalah pembaca yang baik - mengambil ilmu dari subjek buku yang dibaca - mengambil ilmu dari cara penulisan buku tersebut.
5. bersikap jujur  - gunakan nama tulen - menulis subjek yang dikuasai - jujur dalam menyatakan rujukan
langkah-langkah sebelum menulis
1. pilih subjek dan tajuk
2. melaksanakan solat istikharah
3. membuat kajian

'persediaan awal sebelum menceburi bidang penulisan' dan 'langkah-langkah sebelum menulis'adalah sejuzuk daripada tips-tips yang saya dapat dari sebuah buku. buku bertajuk 'BERDAKWAH MELALUI PENULISAN EFEKTIF' yang ditulis oleh kapten hafizfirdaus amat memberi motivasi kepada saya. jazakallahu khairan kathir kepada insan yang membeli buku tersebut, kak Syahidah :-)
bingkisan ringkas ini saya coretkan khusus buat bakal-bakal penulis yang sedang bertungkus lumus mem…

santai: dari blog pamanku...

بسم الله الرحمان الرحيم
sangat kesal bila tak mampu tepati janji. saya dah janji pada diri sendiri untuk sediakan 1 entri untuk satu bulan bagi label blog istimewa. tapi apakan daya, untuk bulan  april, tak sempat post walaupun 1 entri untuk label ini..*kesal*


blog yang saya nak kongsikan kali ni datangnya dari negara seberang. Indonesia. nama pemilik blog ini, asep abdul ghoffar bin muchtar. siapa dia? pakcik saya (pak su) sebab dia adik bongsu ummi. tetapi, kami adik-beradik panggil mamang/ mang asep. belum pernah bertemu dengannya. moga suatu hari Allah pertemukan.-amiin- 


mang asep adalah mahasiswa jurusan kimia di Universiti Negeri Jakarta (UNJ). menjadi mahasiswa jursan kimia pernah menjadi impian saya satu masa dahulu. namun, ALLAH berkehendak lain. saya sudah tinggalkan dunia kajian di makmal dan sains, menuju dunia kajian bahasa al-Quran. walaupun dua pengkhususan ilmu yang jauh berbeza, tetap membawa kepada matlamat yang SATU. membezakan umat islam dengan manusia jahil.


dalam su…

murabbi, KAU TETAP ADA

بسم الله الرحمان الرحيم
pendidik pertama dalam sekolah kehidupan saya adalah ummi dan abi. satu perkara yang amat memberi kesan dalam kehidupan saya hingga sekarang, perjalanan hidup ummi. sebagai anak sulung daripada 10 adik beradik, ummi melalui liku2 kehidupan yang lebih mencabar berbanding adik2nya yang lain. katabahan seorang wanita berbeza dari kegagahan seorang lelaki..
abi? didikan pertama dari abi buat saya adalah nama. kata abi, nama saya abi ambil dari gelaran anak nabi SAW (az-zahra')-yang suci bersih-. secara tak langsung, nama yang abi berikan menjadi inspirasi terpendam dalam diri saya.(tapi ejaan dalam I/C dah jadi lain) never mind, yang penting setiap kali rasa lemah, putus asa, dan kecewa saya akan ingat semula bagaimana hebatnya fatimah az-zahra' putri nabi menghadapi kesusahan hidupnya dengan penuh redha. bagaimana beliau menjalani kehidupan sebagai putri seorang nabi.. subhanallah.
seterusnya, saya dididik di tadika al-masriyah. se…

penting. bacalah.. (",)

بسم الله الرحمان الرحيم
Stop! Jangan BW saja, baca dulu entri ni.  Only three minute... Saya mohon sahabat pembaca membaca entri ni sampai habis (",). Boleh kan? Lagipun tak  lama. Cuma 3 minit.
------------------------------------------------------------------------------------- Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman:
“ Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari kiamat kelak ialah : 
pertama,  orang yang mati syahid secara zahirnya. Orang tersebut dibicarakan lalu diperlihatkan kepadanya kenikmatan yang bakal diterimanya dan dia pun melihatnya. Akan tetapi lalu dia ditanya: ‘apa yang telah engkau lakukan?’ Dia menjawab: ‘ Aku telah berperang keranaMu sehingga terbunuh sebagai syahid.’ Allah berfirman yang bermaksud: ‘Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau berperang dengan niat supaya engkau disebut sebagai pahlawan dan engkau telah pun mendapatkannya.’  Seterusnya, Allah memerintahkan (kepada malai…

merenung diri sendiri...

بسم الله الرحمان الرحيم
remaja vs muhasabah diri

dua minggu tak mencoret di pondok teduhan maya ini. dua minggu? ah, sebenarnya masa yang terlalu singkat untuk merenung dan menilai diri sendiri dengan upaya sendiri. melainkan ALLAH  menurunkan rahmatnya untuk itu.

alam remaja memang alam yang penuh cabaran. kata teman2 saya, cabaran terhebat adalah cinta(sesama manusia berlainan jantina). betul ka? entahlah.
bagi saya, 'percintaan' macam tu hanya ada dalam kamus zaman keanak-anakan saya. sekarang, saya dah masuk zaman yang lebih matang. masalah 'percintaan' bukan satu masalah yang layak mengganggu perjalanan hidup saya.
saya cakap macam ni, bukan bermakna saya tak ada perasaan langsung. cuma, bila melihat ada makhluk bernama lelaki yang hebat2, kembalikan kehebatan mereka pada pencipta yang lebih hebat kerana mampu mencipta kehebatan itu.
ada teman saya yang kata :" beruntung kan siapa yang jadi isteri si fulan nanti. dah hebat, pandai, macho,steady pulak. baca quran pu…