Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

buku:dari renungan kepada peringatan

بسم الله الرحمان الرحيم

RENUNGAN...
Muaz bin Jabal menasihati muridnya dengan berkata: " aku peringatkan kalian daripada penyimpangan orang berilmu kerana syaitan kadangkala mengucapkan kata-kata sesat melalui lidah orang berilmu dan kadangkala orang munafik mengucapkan kata-kata yang benar." Dia(iaitu perawi) berkata: "aku katakan kepada Mua'adz:' bolehkah aku tahu-semoga ALLAH merahmatimu- bagaimana yang dikatakan orang berilmu kadang-kadang mengucapkan kata-kata sesat dan orang munafik kadangkala mengucapkan kata-kata benar?' "
Beliau menjawab : "Bahkan boleh. Jauhilah oleh kamu ucapan orang berilmu yang dimasyhurkan sedangkan ucapan itu tersamar dengan kebathilan yang dikatakan orang (dalam mengigkarinya) 'apa ini?' 

Dan janganlah pula ucapan orang berilmu itu mengeluarkan kamu dari jalan yang lurus serta menjauhkan kamu daripadanya  kerana boleh jadi dia(orang berilmu itu) bertaubat dari ucapaannya. terimalah kebenaran itu apabila engkau men…

dakwah= awas, syaitan membenci usahamu!

بسم الله الرحمان الرحيم

entri ini bersambung dari entri yang lalu menulis itu ibadah+dakwah.
kisah Al-Hassan dan Pemuda
suatu hari, Al-Hassan Al-basri (wafat 110H) berjumpa dengan seorang pemuda daripada Bani al-Shikhir. Al-Hassan berkata kepadanya:   "Nasihatilah kami, wahai pemuda." pemuda itu menjawab: " aku belum layak untuk memberi nasihat, wahai Abu Sa'id (gelaran kepada Al-Hassan) " 
Al-Hassan berkata: " siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? Syaitan sangat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan mengajak kepada keburukan."
kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab al-Zuhd dan juga Abu Muhammad Al-Ramahurmuzi dalam Al-muhaddith al-fasil.
setelah aqidah dan tauhid, tidak ada aktiviti lain yang paling dibenci oleh syaitan melainkan ajakan untuk kembali kepada ALLAH dan agamanya. amar ma'ruf nahi mungkar dan anjuran untuk me…

menulis itu ibadah+dakwah

بسم الله الرحمان الرحيم
kenangan menulis itu ibadah. no excuse!
begitulah pesan mbak Asma Nadia, ketika saya menghadiri seminar SERUMPUN "melangitkan karya membumikan cinta" di UIAM pada Oktober 2011 yang lalu.

mungkin ramai yang belum kenal siapakan asma nadia. Asma Nadia is among Indonesia's most prolific writers. Most of her books are best-sellers with more that 1.000.000 copies sold nationwide. jika hendak dikongsikan di sini, terlalu banyak pencapaian beliau yang meliputi peringkat antarabangsa dll. maklumat lanjut klik [sini- mengenai asma nadia].

sepanjang saya terjun ke dalam dunia 'penulis', saya tidak dapat menafikan kekaguman saya terhadap barisan penulis dari indonesia. mereka terlalu ikhlas saya kira. bukanlah saya bermaksud merendahkan kemampuan para penulis dari Malaysia, tetapi usaha dan kerja keras kita mungkin belum mampu mengatasi kerja keras mereka yang berada dalam dunia 'kemiskinan' melampau.

sejujurnya, saya merasai keik…