26 March 2011

santai: dari blog penulis.. untuk penulis

بسم الله الرحمان الرحيم

ya ALLAH, redhailah segala penulisan ini

semua manusia punya kelebihan masing-masing. orang celik dapat melihat dengan mata, orang buta dapat melihat dengan hati.

hanya orang buta mata hati tak dapat melihat apa2.

entri ni sekadar perkongsian sederhana berkenaan blog istimewa. blog yang menjadi tumpuan saya buat masa terdekat ni. sedang melangsaikan plan 2011. kena mula bulan mac.. tapi dah masuk 26 mac baru tersedar planner dah berhabuk dalam beg.

astaghfirullah..
macamana nak meneruskan perjuangan Sultan muhammad Al-Fateh ni?
sultan muhammad mampu tawan konstantinopel lebih awal dari perangkaan. ada yang mengatakan umur beliau ketika itu, 22 tahun.
subhanallah.. lagi 3 tahun saya mencapai umur tersebut.. apa pun belum buat lagi!

ya, sekarang kena mula!
jom..
siapa yang nak mencipta sejarah dalam hidup..
siapa yang ada hati nak jadi penulis.. meneruskan jejak langkah para shahabah..
menuliskan ilmu dengan ikhlas..
menyampaikan dakwah dengan pena..

usunglah jejak ke blog ini


wallahu a'lam.

06 March 2011

warkah untuk daie.. dari saudaramu

بسم الله الرحمان الرحيم


warkah dari sahabat seperjuanganmu-kita mahu bawa islam bersama!



alhamdulullah..
pujian hanya untuk ALLAH yang mentadbir semesta alam.

sesungguhnya, langkah sebagai daie penuh ranjau dan duri. memeritkan dan memedihkan. kadangkala kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan. tak kurang juga cabaran dari segenap sudut yang datang dari perubahan isu dunia serta doktrin yang digembar-gemburkan musuh.


seringkali dugaan yang menerjah mematahkan semangat dan jiwa perjuangan yang dahulunya kental. apatahlagi bila melihat ramai sahabat yang pernah bersama kita, 'jatuh'. saat terkenang hakikat mukmin itu umpama tiang-tiang yang mengukuhkan satu bangunan, keutuhan kita juga terasa 'runtuh'.


tapi sahabat-sahabatku..
diriku tahu bahawa kau tetap akan teruskan langkah ini..
walaupun rasa 'futur' pernah singgah dibenakmu..kau tetap sedar akan sebuah hakikat.
hakikat bahawa kau selamanya akan tetap menjadi daie.
kerana,pokok daripada cabang-cabang iman itu adalah 'laa ilaaha illallaah'.


sahabat seaqidahku..
kau juga sedar bahawa kau tak pernah sendiri. 
bukankah "حسبنا الله و نعم الوكيل"- [a] sudah menjadi santapan harianmu?
walaupun kita belum saling bertemu, tapi kita tetap dekat dan kuat..
dekat dan kuat dengan syahadatain, 'laailaaha illallah muhammadur rasulullah'.


sahabat yang pernah berjuang denganku..
kadangkala jarak yang memisahkan buat kau rasa jauh..
bukan luar biasa jika kau merasa 'sendiri'..
itu fitrah ketika tak ada yang menyokong usaha kita
namun, kau tetap berusaha menjadi mukmin kan?
tentu kau masih ingat  tentang keajaiban seorang mukmin!


sabda rasulullah s.a.w:


عَجَبًا لِأمْرِ المُؤمِن إن أمْرَه كُلَّه خير وليس ذاك لأحد إلا مؤمن إنْ أصابتْه سرَّاءُ شَكَرَ فكان خيْرا له و إنْ أصابته ضرَّاءُ شكرَ فكان خيرا له

" sungguh ajaib dan menyenagkan orang mukmin itu! segalanya serba baik, hal yang demikian itu hanya dimiliki oleh orang beriman. jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, dan jika dia mendapat kesengsaraan maka dia bersabar, sehingga apa yang dihadapinya selalu mendatangkan kebaikan baginya" [b]


nah,
inilah yang membuatkan kau terus kuat di atas jalan dakwah ini.


mukmin itu, jiwanya damai - nyahkan galau itu


yakinlah sahabat-sahabatku... 
mendung akan berarak jua. 
galau akan pergi meninggalkan hati yang bahagia. 
kekusutan akan berakhir dengan peleraiannya.
konflik yang membendungmu sekarang, akan ada noktahnya.
perpecahan di depan matamu akan bersatu akhirnya.
bersatu diatas paksi keimanan dan hamba.
menongkah gelodak cinta dunia.


maka, 
IMAN itulah titik persamaan kita!
ya,
IMAN itulah titik persamaan kita!
carilah, gapailah, dan galilah dari segenap inci ruang dunia..
agar kau bertemu titik itu.


natijahnya,
insyaALLAH kedamaian bagi dunia..
kemakmuran islam di semesta..
kesejahteraan ke negeri abadi..




aku yang berbicara denganmu,
SAUDARAKU...

~ firas az-zahra'~

wallahu aa'lam.

--------------------------------
[a] (Ali imran:173)
[b] (HR. muslim)

05 March 2011

alhamdulillah, kita boleh jadi 'luar biasa'!

  بسم الله الرحمان الرحيم

" TERIMA KASIH YA ALLAH"

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

manusia biasa akan rasa dirinya biasa-biasa apabila tidak menyedari bahawa dia dicipta untuk menjadi 'luar biasa'. jadi, mula hari ini saya ingin mengajak  sahabat blogger sekalian untuk menjadikan diri kita luar biasa.

apa perasaan kita jika orang yang selalu kita bantu tak menghargai bantuan kita?. tidak pernah berterima kasih. membalas budi, apatah lagi.

pasti sakit hati walaupun sedikit.

bagaimana pula jika bantuan yang kita berikan sedikit, hanya sedikit dan kita sendiri kurang mengingatnya. contohnya, kita pernah memberi RM0.50 kepada seseorang yang tidak kita kenali. kemudian, setelah 1tahun selepas itu dia bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada kita. bukankah dia adalah manusia yang luar biasa?

ALHAMDULILLAH

terima kasih ya ALLAH! saya bahagia bila mendengar ucapan ini disebut. tapi, menjadi duka bila 'alhamdulillah' sekadar menjadi adat, bukan ibadat.

manusia luar biasa adalah mereka yang luar biasa hubungannya dengan ALLAH. bersyukur kepada ALLAH dengan sekecil-kecil benda.

terima kasih ya ALLAH, hari ni aku boleh online.
terima kasih ya ALLAH, aku baru ja berkongsi di pondok teduhan alam mayaku.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat peluang bekerja sebelum masuk U.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh ambil lesen walaupun tak dapat masuk kursus bahasa macam kawan-kawan lain.
terima kasih ya ALLAH, bateri handset aku boleh penuh.
terima kasih ya ALLAH, aku dapat tidur.
terima kasih ya ALLAH, aku masih boleh rasa sakit.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh mandi hari ni.
terima kasih ya ALLAH, aku boleh beza yang mana huruf A dan B.
terima kasih ya ALLAH, kaki aku masih boleh dibengkokkan.
terima kasih ya ALLAH, aku berpeluang mengenal islam dan tarbiyah.
terima kasih ya ALLAH, aku masih layak masuk periksa. 

SUBHANALLAH!
terlalu banyak perkara kecil yang kita remehkan.

lihatlah, berapa ramai orang yang tak dapat tidur akibat insomnia. bagi mereka, tidur 15minit itu adalah nikmat terbesar berbanding kita yang hanya mengucapkan alhamdulillah kerana boleh bangun semula.kita terlupa nikmat tidur itu.

lihat juga berapa ramai mahasiswa miskin yang tak layak menduduki peperiksaan hanya kerana yuran yang tertunggak. juga, mereka yang gagal dan terpaksa belajar semula.

lebih ramai lagi yang berada di pedalaman dan tarbiyyah tidak sampai kepada mereka. jangankan tarbiyyah, islam juga barangkali belum mereka kenal(na'uzubillah).
ya musharrifal quluub thabbit qulubana fil islam

'luar biasa' mencipta keajaiban

mula saat sahabat2 membaca entri ni, ucaplah ALHAMDULILLAH dengan tulus dari hati yang ikhlas. ikhlas... antara kita dan DIA. 

ikhlas itulah yang mengeluarkan kita dari limitasi 'biasa'.
formula ikhlas adalah: [ikhlas+redha= keajaiban].

kajian menunjukkan bahawa, bila kita selalu berterima kasih, aura positif akan menghasilkan charge2 yang menolak aura negatif. charge positif dalam badan kita juga menyebabkan metabolisma badan menjadi stabil.

maha suci ALLAH yang menyusun atur segalanya.. cantik sekali!

bicara hamba

1~ alhamdulillah, selesai juga entri kali ni.
2~ alhamdulillah, ada insan yang membaca entri ni.
3~ alhamdulillah, blog ~KHALILULLAH~ [فكرة مجددة], ada pengunjung rupanya!

penutup

ibnu 'athoillah berkata:
" sebaik-baiknya ilmu itu, yang disertai oleh rasa takut kepada ALLAH bersamanya" (al-hikam~244~)

wallahu a'alam.

*-entri ni diolah dari motivasi pagi edisi 4 mac di IKIM.fm jam 7.30pagi.