06 March 2011

warkah untuk daie.. dari saudaramu

بسم الله الرحمان الرحيم


warkah dari sahabat seperjuanganmu-kita mahu bawa islam bersama!



alhamdulullah..
pujian hanya untuk ALLAH yang mentadbir semesta alam.

sesungguhnya, langkah sebagai daie penuh ranjau dan duri. memeritkan dan memedihkan. kadangkala kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan. tak kurang juga cabaran dari segenap sudut yang datang dari perubahan isu dunia serta doktrin yang digembar-gemburkan musuh.


seringkali dugaan yang menerjah mematahkan semangat dan jiwa perjuangan yang dahulunya kental. apatahlagi bila melihat ramai sahabat yang pernah bersama kita, 'jatuh'. saat terkenang hakikat mukmin itu umpama tiang-tiang yang mengukuhkan satu bangunan, keutuhan kita juga terasa 'runtuh'.


tapi sahabat-sahabatku..
diriku tahu bahawa kau tetap akan teruskan langkah ini..
walaupun rasa 'futur' pernah singgah dibenakmu..kau tetap sedar akan sebuah hakikat.
hakikat bahawa kau selamanya akan tetap menjadi daie.
kerana,pokok daripada cabang-cabang iman itu adalah 'laa ilaaha illallaah'.


sahabat seaqidahku..
kau juga sedar bahawa kau tak pernah sendiri. 
bukankah "حسبنا الله و نعم الوكيل"- [a] sudah menjadi santapan harianmu?
walaupun kita belum saling bertemu, tapi kita tetap dekat dan kuat..
dekat dan kuat dengan syahadatain, 'laailaaha illallah muhammadur rasulullah'.


sahabat yang pernah berjuang denganku..
kadangkala jarak yang memisahkan buat kau rasa jauh..
bukan luar biasa jika kau merasa 'sendiri'..
itu fitrah ketika tak ada yang menyokong usaha kita
namun, kau tetap berusaha menjadi mukmin kan?
tentu kau masih ingat  tentang keajaiban seorang mukmin!


sabda rasulullah s.a.w:


عَجَبًا لِأمْرِ المُؤمِن إن أمْرَه كُلَّه خير وليس ذاك لأحد إلا مؤمن إنْ أصابتْه سرَّاءُ شَكَرَ فكان خيْرا له و إنْ أصابته ضرَّاءُ شكرَ فكان خيرا له

" sungguh ajaib dan menyenagkan orang mukmin itu! segalanya serba baik, hal yang demikian itu hanya dimiliki oleh orang beriman. jika dia mendapat kesenangan maka dia bersyukur, dan jika dia mendapat kesengsaraan maka dia bersabar, sehingga apa yang dihadapinya selalu mendatangkan kebaikan baginya" [b]


nah,
inilah yang membuatkan kau terus kuat di atas jalan dakwah ini.


mukmin itu, jiwanya damai - nyahkan galau itu


yakinlah sahabat-sahabatku... 
mendung akan berarak jua. 
galau akan pergi meninggalkan hati yang bahagia. 
kekusutan akan berakhir dengan peleraiannya.
konflik yang membendungmu sekarang, akan ada noktahnya.
perpecahan di depan matamu akan bersatu akhirnya.
bersatu diatas paksi keimanan dan hamba.
menongkah gelodak cinta dunia.


maka, 
IMAN itulah titik persamaan kita!
ya,
IMAN itulah titik persamaan kita!
carilah, gapailah, dan galilah dari segenap inci ruang dunia..
agar kau bertemu titik itu.


natijahnya,
insyaALLAH kedamaian bagi dunia..
kemakmuran islam di semesta..
kesejahteraan ke negeri abadi..




aku yang berbicara denganmu,
SAUDARAKU...

~ firas az-zahra'~

wallahu aa'lam.

--------------------------------
[a] (Ali imran:173)
[b] (HR. muslim)

1 comment:

  1. ya ALLAH ya RABBI…
    Jadikanlah sisa umur kami bermanfaat dihadapanMU ya Allah, tebalkan iman kami
    Jangan biarkan kami terikat pada dunia !
    Jangan biarkan kami diperbudak hawa nafsu !
    Jadikan kami menjadi orang-orang yang selalu tergetar !
    ...berdzikir kepadaMU dan merasakan nikmat ta’at kepadaMU..

    ALHAMDULILLAH wa SYUKURILAH
    KAU jdikan kami bersaudara
    *UHIBBUKUM FILLAH SAHABAT*

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)