Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

sekitar Konvensyen Fiqh Ummah 2012

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
setelah tiga hari berlalu, baru hari ini saya  mampu menukilkan sebuha bicara yang tersimpan di dalam hati. bicara tentang Konvensyen Fiqh Ummah(K-FIQH) 2012. sejujurnya, kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaan sebenar yang saya alami ketika 2 hari ber'kampung' di PWTC.

saya selaku salah seorang dari 3117 orang peserta yang dan waiting list sekitar 1800 orang, meletakkan diri saya sebagai salah seorang agen yang wajib menyebarkan apa-apa yang saya perolehi.
sebelum K-FIQH
sejak dua bulan yang lalu(ketika sebelum mendaftar), saya sudah pun merasakan aura K-FIQH yang berkobar-kobar dalam diri. setiap kali melihat poster yang tertampal di sekitar UIAM dan iklan-iklan di FB, hati saya melonjak girang sambil berangan-angan "alangkah indahnya jika saya juga mampu menyertai K-FIQH ", saya bermonolog.
pernah juga saya berkata kepada diri, " ah, sudahlah.. jangan terus berangan-angan. yuran RM100/30…

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

tadabbur surah kahfi : ayat 1-5...

بسم الله الرحمان الرحيم
pagi jumaat yang cerah dan mendamaikan.. kulemparkan pandangan ke luar tingkap, suara burung bersahut-sahutan mendamaikan hati yang resah.  mentari yang tersenyum melemparkan cahayanya dengan penuh kelembutan dan ketenangan.
surah al-kahfi yang baru usai kutamatkan memberi seribu satu pengajaran yang mendalam. sebuah surah yang termaktub kelebihannya dan dinyatakan masa untuk membacanya melalui sebuah hadis:
Al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Said, bahawa rasulullah shallallahu a'laihi wasallam bersabda, "barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan bersinar  cahaya baginya selama masa dua jumaat"
subhanallah, kalam mulia dari seorang nabi akhir zaman, menyusup masuk ke relung hati yang sedang memerlukan kalam yang menyejukkan ini.. lantas, aku membuka buku "tafsir surah pilihan Ibnu Kathir" yang tersusun rapi di sebelah kiri meja belajarku.


tafsir surah al-kahfi ayat1-5
sesungguhnya ALLAH subahanahu wataala memenuhi diri-Nya pada…

ringkas: senyumlah...

بسم الله الرحمان الرحيم
meniti kehidupan tak semudah yang kita jangkakan.
kadang-kadang kita melihat orang lain berjaya. kita bangga dengan kejayaan mereka. sedangkan, kita tidak tahu apakah yang dia lalui di sebalik kejayaannya.
seringkali juga kita menilai manusia dengan apa yang dia lalui sekarang sedangkan kita lupa bahawa ALLAH sediakan kebaikan untuknya kerana taubat dan penyesalannya yang lalu.
________________________________________

p/s: 1- ketepikan sebentar kepentinga peribadi demi memudahkan urusan sahabat.

2- hanya ALLAH yang layak mengatur hidup semua manusia.

3- manusia sekadar berharap setelah berusaha, sedangkan ALLAH mampu mengubah sebelum usaha manusia.

3- sekalipun seluruh dunia berkumpul demi menggagalkan perancangan kita, ketahuilah bahawa mereka tidak akan mempu melawan ALLAH jika DIA berkehendak.

4-percaturan hidup ini, umpama putaran bumi.
ia hanya akan berhenti berputar jika setelah mentari terbit dari barat.
sebelum itu, putarannya akan tetap berjalan
seka…

Nota: Forum pemantapan aqidah ASWJ

بسم الله الرحمان الرحيم aku mesti siapkan hari ini juga! hatiku berbisik benarlah, berbuat baik itu, perlu kepada mujahadah.. malam ini aku akan meneruskan perjalanan..
nota FORUM PEMANTAPAN AQIDAH Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
panelis:  -DR Nasir Muhammad Al-Hwaily -Syeikh Abdurrahman -Dr Zaid Ad-Dukhan - penterjemah: Dr Zainal Abidin (kedutaan Arab Saudi Malaysia)
turut bersama: -Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin -Dr Juanda Jaya


DR Nasir Muhammad Al-Hwaily
Kita berhimpun hari ini kerana hidayah ALLAH yang telah menggerakkan kita untuk hadirkan diri pada mala mini. Kita beriman kepada ALLAH bukan kerana keturunan, bukan juga kerana perkara-perkara lain selain HIDAYAH ALLAH.
Sesungguhnya, ALLAH telah menciptakan kita dengan sebaik-baik ciptaan. Kemudian, DIA tidak meninggalkan kita sia-sia dan terbiar. DIA utuskan insan-insan pilihan-NYA untuk memandu kita terus-menerus dengan petunjuk melalui utusan-utusan itu. *subhanallah, penyayangnya ALLAH*
Tidaklah diciptakan manusia melainkan untuk beribadah …

coretan penuh ibrah: LQ 0415 ?

بسم الله الرحمان الرحيم
melihat tajuk ini, pasti ramai yag tidak mengerti. dan saya juga pasti,  'ada' yang memahami. terutamanya pelajar-pelajar UIA Gombak yang mengambil kuliah pengajian islam. ini bukan soal kisah mereka, tetapi inilah kisah kita semua. cuma, bukan kita semua mampu menjadi pelakon di layar. hanya adaptasi yang menjadikan hati 'terasa' dengan kisah ini.
keputusan peperiksaan
alhamdulillah, pagi tadi saya berhasil menge'cek' keputusan peperiksaan. seperti biasa, fenomena menerima keputusan peperiksaan ada pelbagai
normanya, yang berjaya akan bahagia sedangkan yang kurang berjaya akan bermuram durja. tidak mengapa, itulah fitrah kita. fitrah manusia biasa yang ada pasang surutnya, kadang gembira kadang bersedih. sungguh, islam juga meraikan fitrah.islam tidak menghalang kita dari merasa sedih dan kecewa. jadi, tidak salah jika kalian yang berjaya merasa bahagia dan kalian yang gagal mencapai target merasa sedih.
rasulullah shallallahu 'alaihi wa…