01 February 2012

coretan penuh ibrah: LQ 0415 ?

بسم الله الرحمان الرحيم

melihat tajuk ini, pasti ramai yag tidak mengerti. dan saya juga pasti,  'ada' yang memahami. terutamanya pelajar-pelajar UIA Gombak yang mengambil kuliah pengajian islam. ini bukan soal kisah mereka, tetapi inilah kisah kita semua. cuma, bukan kita semua mampu menjadi pelakon di layar. hanya adaptasi yang menjadikan hati 'terasa' dengan kisah ini.
 

keputusan peperiksaan

alhamdulillah, pagi tadi saya berhasil menge'cek' keputusan peperiksaan.
seperti biasa, fenomena menerima keputusan peperiksaan ada pelbagai

normanya, yang berjaya akan bahagia sedangkan yang kurang berjaya akan bermuram durja. tidak mengapa, itulah fitrah kita. fitrah manusia biasa yang ada pasang surutnya, kadang gembira kadang bersedih. sungguh, islam juga meraikan fitrah.islam tidak menghalang kita dari merasa sedih dan kecewa. jadi, tidak salah jika kalian yang berjaya merasa bahagia dan kalian yang gagal mencapai target merasa sedih.

rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:
 
‘sesungguhnya, setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada
surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan
sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’
persoalannya, adakah kita kembali kepada sunnah rasulullah ketika surut(sedih) kita?

rasulullah sekali lagi memandu kita dengan sebuah hadis baginda, dari Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a. berkata: Rasulullah Saw bersabda, 

Sungguh indah urusan orang-orang mu’min itu, terdapat kebaikan baginya dalam segala hal dan ini hanya untuk orang-orang mu’min. Apabila ia mendapat nikmat, maka ia bersyukur kepada Allah dan hal itu baik untuknya. Bila ia mendapat musibah, maka ia bersabar dan hal itu lebih baik baginya.” (HR Muslim)

sebenarnya, hadis ini menjelaskan kepada kita beberapa hikmah yang begitu mendalam. 
-wajib ke atas kita untuk bersabar ketika mendapat kesulitan dan bersyukur di saat mendapat kebahagiaan.
-Kehidupan ini bagi seorang muslim merupakan tambang emas untuk mendapatkan pahala dari Allah, baik dalam keadaan senang maupun susah.
-Sebaliknya, orang yang kurang imannya akan menyia-nyiakan semua situasi yang dialaminya. Musibah dihadapinya dengan ketidak-sabaran dan kenikmatan dihadapinya dengan lupa diri.

LQ0415?

sebenarnya, LQ0415 adalah kod matapelajaran bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kedudukan 'istimewa' di UIAM Gombak (pelajar CELAPAD, faham2 lah ya..).

jika dalam keputusan ada perkataan ini : "PLACEMENT: LQ_ 0415" ini bermakna, anda belum layak meneruskan perjuangan di alam kuliah.

ketika saya melihat perkataan ini dalam slip keputusan saya, tiba-tiba saya seakan-akan mendengar ada bicara halus yang berbisik di telinga:
"bagaimana kau mahu memasuki alam kuliah jika kau belum benar-benar menguasai bahasa arab, sedangkan subjek yang akan anda pelajari hampir 80% disampaikan dalam bahasa arab"

" kau mahu keputusan yang baik. sesekali renunglah diri.. adakah kau sudah buat yang terbaik?"

" ALLAH itu lebih tahu apa yang terbaik buat dirimu kerana DIAlah yang mencipta kamu dan masa depan "

" orang yang paling bijak adalah orang yang melihat ruang di sebalik perkara yang dianggap mendatangkan masalah"

" ALLAH tidak akan pernah menzhalimi orang-orang yang sebtiasa berusaha memperbaiki diri"

" hikmah itu, rahsia ALLAH. maka ikutlah apa yang telah DIA caturkan untuk hidupmu kerana DIA telah sediakan HIKMAH yang kau memang belum tahu"

" zahra, inilah 'PELUANG' dari ALLAH!"

masyaALLAH, saya tersentak!
aku bemonolog rupanya..

monolog terakhir itu, membuatkan saya tersenyum sendiri. tersenyum dengan senyuman yang penuh makna ___*(^_^)*___S_T_O_P_.


kenangan dan hikmah dari masa lalu

semester yang lalu, CELPAD adalah tempat pertama yang mengajak saya mengenali dan merasai kehidupan di UIA Gombak. dan insyaALLAH semester depan saya dan sahabat-sahabat yang 'terpilih' akan tetap di CELPAD untuk meneruskan perjalanan kami sebagai hamba ALLAH yang 'istimewa'.

kenangan di LQ 031A menjadikan kami maju setapak untuk layak berada di LQ 0415.


ustaz Ibrahim Khogaly yang mendidik warga LQ0316A dengan penuh sabar

teringat ustaz Ibrahim pernah memberi tugasan, beliau meminta kami mencari makna dan memahami satu kata-kata dalam bahasa arab. maksud kata kata itu:

"Lidah seorang pemuda itu setengah harga dirinya, dan setengah lagi adalah hatinya. 
Jika keduanya tidak ada pada dirinya, maka dia tiada lain hanya segumpal daging dan darah."
-Zuhair ibn Abi Salma dalam Mu'allaqat-nya.
dipetik dari buku fiqh prioritas (fiqh aulawiyat) karangan dr yusuf al-qaradhawi.


pesanku buat diri yang sentiasa lupa.. juga buat teman-teman LQ0316A, serta sidang pembaca yang saya kasih kerana ALLAH,

Sesungguhnya apa yang patut diberi perhatian ialah, pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran keislaman
hendaklah bangun menentang segala gerakan anti Tuhan dan fahaman
kebendaan yang bergerak untuk mengelabuiabui atau meragu-ragukan akidah Islam
serta melemahkan orang yang beriman kepadanya. 


Dengan itu mereka tidak
akan menentang segala gerakan yang bertujuan menghapuskan akidah-akidah
ini dan menghalangnya dari bertapak di kalangan mereka.
 

Pelajar-pelajar harus menentang gerakan tersebut dengan apa cara
sekalipun demi menjaga hidup mati identiti Islam di muka bumi ini. Perlu
diketahui bahawa orang yang meragukan orang
ramai tentang akidah di bumi Islam ini, dia bukan saja melakukan dosa
kufur atau murtad, bahkan ia telah melakukan pengkhianatan yang maha
dashyat terhadap hak bumi Islam dan juga ia berniat mencabutnya hingga ke
akar umbinya.



- dipetik dari:  buku peranan pelajar karya Al-Maududi -

saya juga mahu memetik kata-kata seorang pendakwah hebat dari indonesia. beliau adalah insan yang diberi julukan dengan kata-kata ini “Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…". kata beliau:

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.” 

Kalau iman dan syetan terus bertempur. Pada akhirnya salah satunya harus mengalah.

(almarhum KH Ust Rahmat Abdullah)


warga LQ0316A yang sentiasa punya misi untuk ummah
salam sayang kerana ALLAH.


coretan di hujung januari, di awal febuari:

kemarin yang berlalu hikmahnya telah kita kecapi dengan adanya hari ini. hari esok yang bakal tiba belum tentu milik kita yang tidakmenghargai hari ini. ALLAH ciptakan kita untuk-NYA bukan pula kita ini hidup kerana terpaksa.

wallahu a'lam [02:05|1/2/2012]

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)