05 February 2012

Nota: Forum pemantapan aqidah ASWJ

بسم الله الرحمان الرحيم
aku mesti siapkan hari ini juga!
hatiku berbisik
benarlah, berbuat baik itu, perlu kepada mujahadah..
malam ini aku akan meneruskan perjalanan..

nota FORUM PEMANTAPAN AQIDAH Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)

panelis: 
-DR Nasir Muhammad Al-Hwaily
-Syeikh Abdurrahman
-Dr Zaid Ad-Dukhan
- penterjemah: Dr Zainal Abidin (kedutaan Arab Saudi Malaysia)

turut bersama:
-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin
-Dr Juanda Jaya

picture credit to akh hedzrey taufiqiy


DR Nasir Muhammad Al-Hwaily

Kita berhimpun hari ini kerana hidayah ALLAH yang telah menggerakkan kita untuk hadirkan diri pada mala mini.
Kita beriman kepada ALLAH bukan kerana keturunan, bukan juga kerana perkara-perkara lain selain HIDAYAH ALLAH.

Sesungguhnya, ALLAH telah menciptakan kita dengan sebaik-baik ciptaan. Kemudian, DIA tidak meninggalkan kita sia-sia dan terbiar. DIA utuskan insan-insan pilihan-NYA untuk memandu kita terus-menerus dengan petunjuk melalui utusan-utusan itu.
*subhanallah, penyayangnya ALLAH*

Tidaklah diciptakan manusia melainkan untuk beribadah kepada ALLAH dengan ikhlas.
Konsep ibadah merangkumi kewajipan berdakwah bagi setiap muslim.

Maka, perlu kita ketahui bahawa,
Asas kepada DAKWAH adalah TAUHID.
Manakala pantang dalam dakwah adalah SYIRIK. Bahkan, syirik adalah dosa terbesar dari dosa-dosa lain.

Atas sebab inilah TAUHID adalah perkara utama yang perlu kita pasakkan dalam diri mad’u. tauhid bermula dengan sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sebab itu, di dalam Al-Quran sudah digariskan melalui firman ALLAH yang bermaksud:
Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu’. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Ali ‘imran 3:31]

Mahabbah rasulullah bukanlah bermaksud kita menyambut hari kelahiran baginda semata-mata. Sedangkan, mahabbah yang benar adalah mengamalkan SUNNAH rasulullah dalam segenap kehidupan seharian kita. Tidak hanya tertumpu ketika bulan rabiulawwal sahaja.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah rahmat bagi seluruh Alam. Jadi, tidak mungkin rahmat bagi seluruh alam itu hanya mampu diikuti ketika bulan-bulan tertentu. 

Bahkan, kita juga sepatutnya mencontohi rasulullah dan turut menjadi rahmat bagi seluruh alam. Bukan hanya kepada orang islam, kita juga mestilah menjadi contoh kepada orang bukan islam..



Aqidah adalah perkara utama yang perlu dipasakkan di dalam diri setiap muslim. Oleh itu, kita perlu tahu bahawa asas-asas bagi aqidah islam ialah:

pertama: 
Mengenal ALLAH berlandaskan bimbingan wahyu iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Hakikatnya, mengenal ALLAH adalah satu perkara yang amat mudah kerana inilah ciri-ciri agama fitrah yang kita anuti. Jika kita melihat kepada rumitnya perbahasan aqidah yang dibincangkan oleh golongan-golongan tertentu, hakikatnya mereka hanya menyusahkan diri sendiri.

Sedangkan agama ini bukanlah dating dari mereka. Agama ini dating dari ALLAH dan hanya dapat difahami dengan cara kembali kepada Al-Quran dan sunnah.


2)     kedua: Mengenal nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.

Kita mengenal baginda ialah Muhammad bin Abdullah, lahir di Mekah dan merupakan penutup segala nabi(khotamun nabiyyin). Bukan hanya itu yang kita perlu tahu. Kita mesti mengenal nabi lebih dari itu dari segenap aspek. Masa remaja baginda, rumahtangga baginda, cara baginda berekonomi, bagaimana dakwah baginda,bagaimana baginda menyantuni sahabat dan isteri-isteri baginda.

3)    ketiga:
Mengetahui agama islam dengan dalil:

Islam adalah agama yang tertegak dengan hujjah dan dalil. Oleh itu, mengetahui agama dengan dalil adalah syarat agar kita memahami agama dengan benar. Kaedahnya:

- Kita mestilah menuntut ilmu.

- Beramal dengan ilmu.

- Menyampaikan ilmu (dakwah)

Menyampaikan Dakwah

“ QUL HAAZA SABIILI ” (katakanlah, inilah jalanku)


Serulah ke jalan ALLAH dengan jalan yang jelas dan terang. Jangan kita penuhkan pengetahuan manusia dengan kata-kata kita. Jalan yang jelas dan terang disini, tidak lain dan tidak bukan adalah jalan yang ditunjuki dengan adanya dalil dari Al-Quran dan Sunnah.
Tidak ada gunanya kita bercakap 2jam tetapi tidak ada satupun ayat al-Quran atau hadis yang keluar dari bibir kita!
*tersentap. Saya rasa malu sendiri. Ya ALLAH, sia-sialah usaha aku yang tidak ‘jelas’ selama ini. SEBUAH PERINGATAN KERAS*

Perkara utama yang perlu ada dalam DAKWAH ialah, SABAR. Bersabarlah… teruskan dakwah sehingga mereka diberi kefahaman oleh ALLAH. Ingatlah, dakwah nabi tidak disambut dengan permaidani dan karpet merah. Dakwah nabi disambut dengan balingan batu. Dakwah nabi diwarnai dengan merah darah yang menitis hingga ke kaki baginda yang mulia.

Subhanallah, mulianya baginda.. sabarnya baginda.. optimisnya baginda.. ketika malaikat berkata,(mafhumnya) jika kamu mahu aku terbalikkan bukit kepada penduduk thaif itu, maka aku akan lakukan.

Kemudian, apa kata nabi? “ tidak mengapa, mungkin anak cucu mereka akan ada yang memahami dan menerima dakwah ini”. 

Kemudian nabi berdoa kepada ALLAH; “YA ALLAH, berlah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya MEREKA TIDAK TAHU”.


Dr Zaid Ad-Dukhan

kita juga perlu tahu kisah para sahabat dan bagaimana mereka mengutamakan aqidah dalam dakwah mereka.
Cerita tentang seorang pemuda yang mampu mengislamkan seluruh madinah hanya dengan dua perkara. beliau adalah pemuda yang bernama mus'ab bin umeir.

Mush'ab bin Umair, duta Islam yang pertama adalah salah seorang sahabat Rasulullah terkemuka yang pada saat remajanya merupakan sosok pribadi yang paling tampan dan penuh dengan jiwa kemudaan yang bersemangat. Para ahli tarikh melukiskan semangat kemudaannya dengan kalimat "Seorang warga kota Makkah yang mempunyai nama paling harum". Sungguh Mush'ab, lahir serba kecukupan, biasa hidup mewah dan manja, menjadi buah-bibir gadis-gadis Makkah dan menjadi bintang di tempat-tempat pertemuan....

Namun lihatlah sosoknya kini!!!..., tanpa takut suatu apapun ia menyatakan sumpah setianya kepada Rasulullah di suatu senja di Darul Arqam. Hatinya tertambat pada ayat-ayat al-Qur'an yang mengalir indah melalui lidah Rasulullah.

Hampir saja ia terangkat dari tempat duduknya karena rasa haru, dan serasa terbang karena gembira demi mendengar wahyu Allah. Tetapi Rasulullah segera mengulurkan tangan beliau yang penuh berkat dan kasih sayang dan mengurut dada yang penuh gejolak tersebut hingga tiba-tiba menjadi sebuah lubuk hati yang tenang dan damai.

Duta Islam pertama,... kepercayaan yang diberikan Rasulullah kepada anak muda ini sungguh luar biasa, masih banyak sahabat-sahabat Rasulullah yang lebih tua, lebih bijaksana, dan lebih dekat nasabnya kepada Rasulullah daripada Mush'ab namun sungguh Rasulullah telah memutuskan bahwa tugas Maha penting untuk menyiarkan Islam ke Madinah layak disandang Mush'ab....

Mush'ab memikul amanat itu dengan bekal karunia Allah kepadanya berupa kecerdasan dan budi yang luhur. Dengan sifat zuhud, kejujuran, dan kesungguhan hati, ia berhasil melunakkan dan menawan hati penduduk Madinah hingga mereka berduyun-duyun masuk Islam. 

segala kehebatan sahabat-sahabat dalam dakwah bermula dari penanaman aqidah yang benar melalui madrasah dan tarbiyyah yang rasulullah terapkan. masyaALLAH.

jawapan-jawapan masyayikh

sesi seterusnya adalah sesi soal-jawab dari para hadirin. saya tidak dapat menangkap butir2 persoalan yang ditujukan. hanya jawapan daripada masyayikh yang mampu saya nukilkan disini.

[1]
terlalu penting bagi kita untuk memahami aqidah yang benar. para sahabat nabi adalah pilihan dari ALLAH. cukuplah kita perlu tahu bahawa ALLAH redha kepada mereka, sedangkan kita ? adakah ALLAH redha kepada kita?.

Aisyah radhiyallahu 'anha = beliau adalah ummul mukminiin (ibu kepada orang-orang mukmin) .kalau ada yang mencaci dan merendah-rendahkan para sahabat bermakna tidak ada sedikit pun iman dalam diri mereka.

berkenaan perang siffin , sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mendepani persoalan ini..;
" ALLAH selamatkan kita kerana pedang kita tidak berdarah, jadi jangan pula kita biarkan mulut-mulut kita 'berdarah' pula.."

[2]
lembut dan berhikmahlah dalam berdakwah.

" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." [16:125]

*[845] Hikmah: ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membedakan antara yang hak dengan yang bathil.

zaman dahulu, islam masuk ke malaysia dengan akhlak. para pedagang arab yang datang dengan misi dakwah menyiapkan diri mereka dengan akhlak yang baik sehingga mampu menarik hati para pedagang dari negara lain. bahkan, mereka mampu menyampaikan dakwah islam ke dalam institusi raja. cara ini, kita teruskan.

perpaduan itu datang dari kesamaan. carilah kesamaan kita dengan sahabat-sahabat dari aliran lain. jangan pula ada yang berkata " saya salafi, semua yang lain ke neraka..." jangan!


penutup

saya hanya menukilkan kata-kata para masyayikh dengan kudrat yang saya ada. jika ada sebaraang kesilapan dan kesalahan, mohon diperbetulkan.

semoga semuanya mendapat manfaat.
wallahu a'lam (dan ALLAH lebih mengetahui). (^_^)

4 comments:

  1. nota yang bermanfaat...
    satu usaha yang murni sahabat.

    ReplyDelete
  2. to Manan Qayyim

    alhamdulillah. sesungguhnya ALLAH yang memudahkan usaha ini.

    semoga terus bermanfaat. sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat lain.

    wallahu musta'an.

    ReplyDelete
  3. subhanallah..terozkan menulis..bnyak manfaat disini

    ReplyDelete
  4. to muhammad syahril

    maha suci ALLAH yang menyediakan ruang untuk hambanya berkongsi kebaikan.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)