Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

DIA ada disisimu.. berdoalah!

بسماللهالرحمانالرحيم
jarang-jarang saya buat 2 benda dalam satu masa begini. menulis sambil menangis(tanpa air mata)..
bila pemuda disibukkan dengan perkara furu' mereka lupa perkara asas. bila pemuda dihidangkan perkara asas, mereka jadi selesa dengan zon mereka. bila pemuda meninggalkan kedua-duanya, mereka akan terus terumbang-ambing.
kenapa saya sebut 'pemuda'? kerana golongan ini berjiwa dan beremosi 'muda'. mereka tak boleh diganggu dengan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak dan kemahuan mereka. cepat hilang rasional,, bahkan ada yang hilang profesional. biasa. memang itu lumrah jiwa muda. kerana saya juga muda, saya tahu.
cuma, tak semudah itu menyalahkan 'muda' untuk kita hilang pertimbangan. sedarlah saudaraku, rasulullah ada di setiap gerak kerja kita untuk memandu agar kita tidak selamanya silap dan sesat dari cahaya yang benar. baginda tinggalkan dua perkara jika kita berpegang dengan keduanya kita tidak akan sesat iaitulah al-quran dan sunnah.
s…

kisah di hari jumaat.

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah, hari ini hari jumaat. hari yang akan penuh dengan barokah jika disertai dengan  adab-adab yang tepat.
seingat saya, ini entri kedua yang saya siapkan di saat dini hari. sudah lama rasnya tak menulis di saat-saat tenang begini. udara yang dingin, suasana yang sepi, ketenangan luar biasa yang dirasa ketika ini. 
tak banyak yang ingin saya coretkan. sekadar mahu menjawab pertanyaan seorang rakan di fb. persoalan yang penting (bagi saya) dan memerlukan penjelasan ringkas dan kukuh kerana islam berasaskan ilmu bukan adat.
setelah beberapa lama tak 'share' dan ingatkan sahabat-sahabat fb supaya tidak lupa mewarnai hari jumaat degan bacaan surah al-kahfi, hari ini saya melakukannya. banyak dlil yang menunjukkan kelebihan membaca surah al-kahfi pada hari/malam jumaat. antaranya:
"Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ…

santai: inspirasi -sampai bila?-

بسم الله الرحمان الرحيم



alhamdulillah, hampir sebulan meneroka hikmah di bumi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. terlalu banyak yang boleh dikongsikan, cuma saya mahu kongsikan apa yang perlu untuk saat ini. 
rentak melaksanakan sebuah bicara dan mimpi kebaikan tak semudah pertuturan. terjunlah ke dalam rentak itu , baru kita tau peritnya melebihi perjalanan merentas samudera api. tak dapat digambarkan, hanya dapat diluah melalui puisi sederhana ini...

SAMPAI BILA?
aku mudah kata, aku senang merasa, aku enteng berjela, aku laju melukis delta, semuanya dengan rancak bicara.
Sedang diri merana, Dia tahu bicara itu sementara, Penuh semangat melambak wacana, ribuan maklumat jutaan warna, Sifatnya tetap.. sedetik Cuma.
Sehembus pawana , Seiring bicara menjaja, Puitis kata hanya tinggal luka, Perawatnya ada, Sudah tak rela lama, Kerna itu sifatnya, Tak kekal dalam bicara.
Lantas, Sampai bila..
Sampai bila aku harus terus bicara? ummah kubiarkan merana, masa lalu kujadikan harta, dalam tak sedar ia milik manusia…