Skip to main content

tadabbur surah kahfi : ayat 1-5...

بسم الله الرحمان الرحيم

pagi jumaat yang cerah dan mendamaikan..
kulemparkan pandangan ke luar tingkap, suara burung bersahut-sahutan mendamaikan hati yang resah. 
mentari yang tersenyum melemparkan cahayanya dengan penuh kelembutan dan ketenangan.

surah al-kahfi yang baru usai kutamatkan memberi seribu satu pengajaran yang mendalam.
sebuah surah yang termaktub kelebihannya dan dinyatakan masa untuk membacanya melalui sebuah hadis:

Al-Hakim meriwayatkan daripada Abi Said, bahawa rasulullah shallallahu a'laihi wasallam bersabda,
"barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, akan bersinar  cahaya baginya selama masa dua jumaat"

subhanallah, kalam mulia dari seorang nabi akhir zaman, menyusup masuk ke relung hati yang sedang memerlukan kalam yang menyejukkan ini..
lantas, aku membuka buku "tafsir surah pilihan Ibnu Kathir" yang tersusun rapi di sebelah kiri meja belajarku.



tafsir surah al-kahfi ayat1-5

sesungguhnya ALLAH subahanahu wataala memenuhi diri-Nya pada setiap permulaan dan setiap pengakhiran semua urusan, kerana DIA lah yang Maha Terpuji dalam segala hal.

begitu juga, dalam firman-Nya dalam surah al-kahfi ini, ALLAh memuji diri-nya yang telah menurunkan Al-Quran kepada nabi muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. kitab suci ini merupakan nikmat terbesar yang ALLAh kurniakan kepada hamba-hamba-Nya di bumi.

sesungguhnya, di dalam Al-Quran terkandung petunjuk yang membawa manusia keluar dari kegelapan kemudian memasuki jalan-jalan yang terang dan lurus kerana, di dalam Al-Quran terkandung peringatan dan ancaman dengan siksaan dan pembalasan azab yang pedih bagi mereka yang mendustakan-Nya serta menyimpang dari jalan petunjuk ALLAH.

sebaliknya, bagi orang-orang yang beriman itu dan melakukan amal-amal soleh, Al-Quran membawa berita gembira mengenai pahala yang besar bagi mereka. ALLAH juga menjajnjikan pembalasan baik berupa Syurga dan mereka layak menghuni Syurgadan kekal di dalamnya selama-lamanya tanpa ada penghujung waktu.

melalui surah ini, Al-Quran memberi peringatan dan ancaman dengan pembalasan yang keras dan pedih kepada kaum musyrikin yang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak dan meengaku bahawa mereka sebagai penyembah malaikat. mereka mengatakan malaikat-malaikat itu adalah putri(anak perempuan) ALLAH.

betapa buruknya apa yang mereka ucpkan. ucapan mereka itu, sama sekali tidak berpaksi di atas landasan kebenaran dan langsung tidak disandarkan dengan dalil dan fikiran yang sihat serta tidak dapat diterima oleh akal yang waras. sungguh, ucapan-ucapan mereka ini tidak benar sama-sekali  dan dusta yang mereka ada-adakan terhadap ALLAH, sedangkan mereka tidak punya pengetahuan sedikit pun mengenai hal itu.


bersambung

maaf, ada urusan yang perlu saya selesaikan sekarang.

mengenai asbab nuzul (sebab turun) surah al-kahfi, saya akan kongsikan dalam artikel seterusnya. insya ALLAH hari ini juga.

semoga ALLAh memudahkan urusan saya dan kalian yang saya kasihi.
tunggu artikel seterusnya ya.. :-)
wassalam

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…