Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

santai: dari blog 'bayyinat'

بسم الله الرحمان الرحيم
melihat bayyinat untuk pembaikan ~KHALILULLAH~
kadangkala manusia perlu menilai diri dengan kelebihan orang lain. seringkali juga manusia perlu menilai diri dengan kekurangan orang lain. kedua-dua cara ada situasinya masing-masing.
menilai dengan 'kelebihan' agar istiqamah tawadhu' dan rasa hamba.  menilai dengan 'kekurangan' agar syukur itu jadi selalu. kita sendiri yang layak 'memberi' nilai pada diri.. bukan me'nilai'kan diri.
kesimpulannya, hanya ALLAH yang layak menilai kehambaan hambanya melalui dugaan, cabaran, kesabaran, kesakitan dan 'kekuatan'. terbina kalam ini berdasarkan kalam ALLAH dari kitab suci al-quran:
" ...yang menjadikan mati dan hidup, supaya DIA menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.dan dia maha perkasa lagi maha pengampun" (al-mulk 67:2)
tentang bayyinat
"dan ALLAH menerangkan ayat-ayatnya kepadamu.dan ALLAH maha mengetahui lagi maha bijaksana." (a…

jazakallahu khairan 'penegur'...

بسم الله الرحمان الرحيم
moga bicara kali ini tak mengundang fitnah... bicara ini buat semua. kamu, saya, dia, mereka dan kalian.. saudaraku selamanya.
saya terpanggil menyediakan entri ini untuk sebuah kejelasan terhadap sebuah teguran. saya menerima teguran ini sebagai teguran dari ALLAH agar lebih memelihara bicara dengan taqwa.

teringat analogi jelas yang dibuat ubay bin ka'ab ketika beliau ditanya oleh Saidina Umar r.a tentang taqwa.    Ubay menjawab:"pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?" Umar menjawab:"aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan." maka Ubay berkata:"demikianlah juga taqwa!" [1]
ya, pertama kali membaca teguran2 dalam shoutbox yang saya 'paste'kan di bawah, saya hanya tersenyum. tersenyum dengan senyuman yang punya banyak makna... ya, banyak makna. salah satunya tanda saya serius.  memang ini kebiasaan saya,- serius hingga tersenyum, tanda serius dalam senyuman-.
berikut teguran yang saya terima di shoutbox. (baca dari …

ilmu, bukan hanya di mesir.

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah. 31 januari lalu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diumumkan. alfu mabruk, jutaan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang. kepada yang belum cemerlang, yakinlah segalanya telah tercatat di luh mahfuz tentang diri kita. dari sebesar hingga sekecil-kecil perkara ALLAH telah tetapkan. sekecil DNA yang terbentuk dalam diri kita.Allahuakbar.


impian ke mesir
tak dinafikan, sebahagian besar sahabat2 saya mempunyai impian besar ke mesir. saudara juga barangkali. meneruskan pengajian dan menuntut ilmu di  bumi anbiya' sebenarnya turut menjadi harapan di lubuk hati saya yang terdalam. mudahnya, tersenarai dalam perancangan hidup. tapi mungkin bukan sekarang.
alhamdulillah. diberi kesempatan bersembang dengan seorang sahabat, kami berbincang halatuju masing-masing selepas STAM. sahabat saya, tergolong pelajar cemerlang dalam STAM. 9mumtaz dan 1jayyidjiddan. " nak sambung mana? mesir?", saya mula bertanya walaupun saya sudah ta…

santai: dari blog brohamzah

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah. sempena nama dan wajah baru blog firaszahrafajar, saya mahu wujudkan label baru, blog istimewa. insyaALLAH entri label ini akan saya update sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. insyaALLAH. mohon doanya ya!
yah, sekali-sekala menulis tentang orang lain.berkongsi mana2 kunci kebaikan yang ada. teringat kata-kata dari buku nota hati seorang lelaki. pesanan dari pak long penulis,Pahrol Mohd. Juoi:
" jangan menulis tentang diri sendiri. orang bijaksana, menulis tentang ilmu. orang cerdik, menulis tentang peristiwa. orang pandai, menulis tentang orang lain. hanya orang bodoh, menulis tentang diri sendiri." ~sebuah renungan~ 

alhamdulillah, berblogger banyak bantu saya mengenal alam maya dengan lebih dekat. mengenal insan-insan pilihan ALLAH . mengenal ilmu-ilmu bermanfaat. mengenal hakikat sebenar kehidupan mukmin. mengenal teknik penulisan seorang dai'e. dan yang paling utama mengenal ALLAH dengan segala keaiban seorang hamba.
Alhamdulillah.
kembar…
بسم الله الرحمان الرحيم  ..... السلام عليكم.... 
sahabat-sahabat, maaf ya blog ini 'under renovation'. insyaALLAH dalam perancangan akan siap sekitar esok, 4 feb jumaat.
"umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam"..
salam tajdid iman dan seluruh kehidupan ke arah yangv lebih baik.