25 July 2011

menanti ramadhan..

بسم الله الرحمان الرحيم


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah , niscaya diampuni dosa-dosanya telah lalu.” ~Muttafaqun ‘alaih.

MENANTI RAMADHAN

ALLAH, selamatkan ramadhan ini untukku,
selamatkan untukku ramadhan ini,
selamatkan ramadhan ini dariku,
ALLAH, terimalah segala amalan aku dan seluruh mukmin.

rindu,
mahu,
namun tak mampu.

hanya engkau menjadikan aku mampu.


salam sayang buat semua. semoga ramadahn ini lebih baik dari ramadhan lalu..:-)

07 July 2011

membina minda daie..(>_<)

بسم الله الرحمان الرحيم

bulan lepas,
sebulan yang penuh dengan warna-warni kehidupan. bermula 1jun, kaki ini mula keluar dari lingkungan biasa. berjalan, mencari, menelusuri segenap hikmah yang ALLAH titipkan.

perjalanan ulang-alik dari Penang ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan.
subhanallah, mencetak seribu satu panorama yang penuh dengan hikmah.

HIKMAH.
itulah barang orang mukmin yang hilang. lantas, kutiplah jika kau temuinya. tidak kira dari orang mukmin, atau dari kuffar. hikmah itu milik kita. milik orang mukmin.
sahabatku, kutiplah ia, kutiplah ia...

HIKMAH, tak dapat diajar. tapi, ia boleh dipelajari dengan hati dan minda yang bersih.
kuncinya hanya hati. dari hati, minda memproses. 

minda daie

adakah minda kita benar-benar layak digelar minda daie?
renungkan...

minda daie = resah melihat kawan dan musuh jatuh ke jurang maksiat.
minda politik = bahagia melihat musuh jatuh ke jurang maksiat. boleh digunakan sebagai point untuk musuh tidak layak memerintah.
minda biasa = resah melihat daie dan ahli politik bercanggah rasa.sedang dia tak tahu atas dasar apamerek berbeza.

mungkin ramai yang berada di tahap minda biasa. namun, sedarkah kalian.. siapa kita sebenarnya??..
siapakita yang bernama manusia? siapa kita yang dilahirkan dari setitis mani yang hina?

kitalah daie yang meyakini kalimah..." LAA ILAAHA ILLALLAAH " " tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH"

siapa yang berkata laailaaha illallah.. dialah daie..
maka,kitalah daie!

justeru sahabat, benarkah hati kita benar2 bersih untuk membersihkan perkara yang kita rasa perlu di BERSIHKAN?

usah menongkat islam dengan semangat. kerana semangat itu akan pudar. tapi, tongkatlah islam dengan kefahamanmu yang benar!
insyaALLAH, FAHAM itu akan membuah YAKIN. maka, itulah asas aqidah kita.

salam sayang buat semua. semoga kalian faham bicara singkatku ini.

* maaf, tak sempat buat rujukan untuk lebih 4 dalil yang boleh dimuatkan dalam artikel ni. jadi saya tak sertakan dalil itu. takut silap.