Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Bukan salahnya pernikahan..

بسم الله الرحمان الرحيم



 Ana macam tak mahu kahwin


"Ana rasa macam tak mahu kahwin!", 
cetusan pandangannya tiba-tiba memecah kesunyian makan-makan petang kami. Secangkir teh peneman perbualan kami terlihat masih berasap. Sesekali asap itu melentok kek kanan kemudian hilang ditelan udara.

"Kenapa cakap macam tu?", saya cuba memberi perhatian kepadanya.

"Erm, bukan tak mahu. Tapi MACAM tak mahu.."

"Oh, ada jugak ye begitu?", saya ketawa kecil. Sambil menghirup teh Indonesia yang tersedia, saya cuba mencari idea menghidupkan perbincangan.


"Erm, enti pernah kecewa dengan sesiapa kah?"
"Kecewa? Tak adalah..", dia menjawab tanpa memandang saya yang sedia merenungnya.


"Habis tu, kenapa 'macam' tak mahu kahwin?"
"Saja.. Tak ada apalah tadi tu. Tetiba saja nak terkeluar..", dia menyambut soalan saya acuh tak acuh sambil meneruskan hirupan teh panasnya.

Saya tidak puas hati.


"Kalau ada lelaki yang sebaik ayah enti…

Iman itu terapi

بسم الله الرحمان الرحيم


Terkilan.
Kesibukan dan 'gangguan' awal semester ini membuat saya terlepas banyak perkara. Termasuklah forum-forum berkaitan minat dan fokus saya yang saya baru tahu hari ini sedangkan forum itu semalam. 

Baru perasan yang minggu ini adalah  minggu multimedia apa entah..(sampai tak tahu.)
Segalanya bermula bila saya berusaha menjauhkan diri dari alam maya, akibat tersentap dengan pesanan Dr Rosidah pensyarah aqidah islam saya semseter ini,
"Khusus untuk muslimat, pesan ustazah kamu tidak manis bercerita aktiviti-aktiviti kamu di facebook. Ini aib besar untuk seorang muslimah yang mukmiinah. Tambahan pula kalaau gambar-gambar kamu diapajang tanpa had di laman sosial. Aib besar!"
Entah kenapa, saya terasa. 
Walaupun -alhamdulillah- saya tidak termasuk dalam kategori yang ustazah sebutkan, saya terasa ia sebuah tamparan hebat untuk saya amati dengan keimanan. Bukan dengar sekadar seperti angin lalu.
"Aktiviti seorang mukminah itu aurat, bukan semuan…

Berharap pada AL-WAKIIL..

بسم الله الرحمان الرحيم
Kali ini, aku tidak mahu mengharap lebih dari manusia. 
Kerana aku sedar pengharapanku pada manusia umpama pengharapan seekor labah-labah yang bertungkus-lumus menyiapkan sarangnya dengan harapan dapat dijadikan rumah tempat tinggal. 
Tetapi, sekali ditiup angin, rosak binasalah 'rumah' yang diangggap mampu membantu itu.
Laa ilaaha illallah.
Betapa lemahnya pengharapan kepada selain Allah ini!
Menulis tentang tauhid, aqidah, soal percaya dan beramal dengan kepercayaan cukup membuat jemari menggeletar kepayahan.
Sungguh, ia sangat susah.

Tetapi itulah amanAh ilmu yang perlu aku sebarkan buat kalian.

Tidak akan pernah sia-sia penantian seseorang yang disandarkan kepada Allah Al-wakiil yang maha mengurus urusan para hamba.

Zaharoh Fajar Nina 18/9/2013 12:08 am