27 December 2011

bicara yang tersimpan.(-_-)

بسم الله الرحمان الرحيم




di saat bicara tersimpan, tiada kata yang mampu meluah rasa. sungguh, memberi itu bahagia
sekalipun tak ada yang sanggup menerima.

hari ini saya kelu..
tak tahu nak cakap apa..
dan saya ambil keputusan untuk tak cakap apa-apa.
*DIAM*
entri kali ini, sya sekadar mahu berkongsi kata-kata mereka.
mereka yang ALLAH pilih untuk menjadi pengubat hati saya..dan kita..:-)


Kadang-kadang,
dalam kesibukan kita mengisi hidup,
kita terlupa meletakkan Allah di dalamnya.
kerana itu hidup kita resah,
kerana tiada yang betul-betul kuat untuk menguatkan kita.

Mengakui kelemahan dan kekurangan amat menyakitkan, namun itulah harga yang dibayar untuk membina kekuatan yang hanya dikurniakan Allah kepada insan yang berjaya jujur kepada diri.


Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan.
Terdedah kepada dukacita dan sengsara.
Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya.
Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka.
Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya.
Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya.
Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca.
Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi.
Segala mungkin.
Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Walaupun kita dah berusaha tapi kadang-kadang Allah uji jugak dengan hasilnya kan. Kita tak selamanya di atas. Belajar untuk redha..~.~
Rasulullah s.a.w dan para mursalin tidak pernah mendoakan sesuatu yang bersangkut paut dengan kepentingan duniawi ketika mereka di dalam kesusahan. Apa yang mereka cari ialah keredhaan Allah s.w.t. dan bukan kemurkaan-Nya. Dan hari ini, kita sebaliknya..

moga ALLAH merahmati mereka..
p/s: senyumlah sekalipun tak semanis di saat hatimu gembira..
dan saya terus tersenyum.. (>_<).

22 December 2011

buat..mu

بسم الله الرحمان الرحيم


alhamdulillah..
baru selesai peperiksaan. peperiksaan lain bakal menyusul.

tiba-tiba dapat mesej dari ummi.

" Alhamdulillah, Muawiyah dapat 9A "


*terkedu*, tergamam, *bahagia*.. tersenyum.. (bercampur-campur).

5 orang adik-beradik di atasnya belum ada yang pernah dapat 9A PMR. lagipun, ketika percubaan adik saya hanya mendapat 6A. saya pun tak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada adik-adik saya. saya hanya meletakkan kepercayaan yang tinggi, hanya kepercayaan.

saya percaya, selagi mereka berusaha kerana ALLAH selagi itu ALLAH tidak akan tinggalkan mereka. bila ALLAH tidak tinggalkan mereka, baik atau buruk itu pasti ada hikmah disebaliknya..

teringat ketika saya mengucapkan tahniah kepada Muawiyah sebentar tadi,

saya           : " Muawiyah, tahniah.. kak zahra tak tau nak ucap apa lagi.. apa pun , kejayaan kita dakwah sebenarnya. kejayaan pelajar muslim itu lebih bermakna dari kejayaaan pelajar kafir untuk akhirat mereka. Alhamdulillah. jangan lupa sujud syukur ya... "
Muawiyah : " kak zahra,  terima kasih. tapi, ujian kan... "  suaranya kedengaran berat.

sekali lagi saya terkedu.


ALLAH. sungguh, kejayaan mahupun kegagalan kedua-dunya adalah ujian.
seringkali kita mampu melalui ujian yang perit. dan seringkali juga kita leka dengan ujian kesenangan.

ucapan buat adik-adik calon PMR

PMR hanya sebuah keputusan. cemerlang tak bermakna jaminan ada untuk kejayaan seterusnya. gagal tak bermakna tiada peluang lagi. kejayaan sebenar adalah sesuatu yang benar-benar dapat menambah baik hidupmu di dunia dan akhirat..

siapa yang ALLAH uji dengan kejayaan, jangan bongkak..
siapa yang ALLAH uji dengan kegagalan, jangan putus asa..
semuanya ada dalam percaturan ALLAH. rapi dan tersusun. indah andai dihiasi dengan hikmah. parah jika dibiarkan larut dengan nafsu.

sebuah perkongsian yang menyedarkan. mungkin dahulu kita pernah berjaya. mungkin dahulu kita pernah hebat. tapi, andai hakikat keputusan kita adalah seperti sekarang, ketahuilah -walaupun sehebat mana kita, segagah mana pun kita, selantang dan setinggi mana pun ilmu kita. Kita adalah hamba Allah SWT.. - * dipetik dari  (allah-swt-uji-kita-kerana-dia-sayangkan-kita).


Muawiyah, istiqomahlah.. jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu.

nasihat buat mujahid muda

kak zahra terbaca blog ustaz Hasrizal. nasihatnya adalah nasihat kak zahra juga buat mujahid muda ummi dan abi, Muawiyah Al-Murtadho..

Hari ini keluar keputusan PMR.
Biar apa sekali pun natijahnya,
jika sepanjang tahun sudah berusaha, mencuba dan berlatih,
 kalian sudah pun menjadi manusia berjaya.
5 tahun akan datang,
tiada siapa pun akan memandang keputusan PMR anda,
 tetapi pengalaman membuat persediaan,
kesusahan, keletihan, menguruskan stress dan bosan,
serta 1001 pengalaman lain, kekal berguna sampai bila-bila.
Kejayaan bukan sebuah destinasi,
 ia adalah sebuah perjalanan.
Sudahkah anda menyertainya?

jika kejayaan Muawiyah hari ini mampu membawa kebaikan buat ummah, genggamlah kejayaan itu erat-erat agar ia terus subur membangkitkan ummah. jangan pula ia menjadi fitnah kepada diri dan islam serta sunnah yang kita perjuangkan...


salam sayang (-_-)


15 December 2011

melihat 'sebuah pernikahan' (n_n)


بسم الله الرحمان الرحيم


melihat lambakan pasangan ber'couple' yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, saya perihatin. mereka malu berbicara tentang pernikahan. mereka lebih selesa keluar bersama, sms, calling, chatting, gifting, facebooking tanpa ada ikatan berbanding melakukan perkara yang sama dengan ikatan yang sah.

kadang-kadang saya hairan. apa matlamat hidup manusia sebenarnya?
ke syurga atau neraka?

kalau benar mahu ke syurga, laksanakanlah apa yang nabi anjurkan.
bernikahlah..



soalan-soalan

- " tlonglah.. tak main kawin-kawin ni, belajar pun tak habis lagii.."
- " tak ada masa nak fikir pasal kahwin ni, banyak lagi benda tak settle. dakwah, ummah, daulah..."
- " kahwin? susahlah... nak kena jaga orang lain pulak.."
- " nak bagi makwe aku makan apa kalau kawin, kerja pun belum..."
- " ala.. family, kawan baik, sedara-sedara ada, nak kawin buat apa lagi???"
- " gatallah, tak payah duk fikir pasal kahwin.."

saya sebenarnya sudah kehabisan kata memberi 'respon adil' terhadap soalan-soalan berkitan pernikahan. sebabnya, saya belum punya pengalaman..('n_n') 
(maafkan saya sahabat-sahabat yang bertanya)


puisi solusi


alhamdulillah..
 tiba-tiba saya bertemu sebuah puisi yang mampu menjadi solusi insyaALLAH!
puisi ini dipetik dari buku 'Apabila Hati Rindu Menikah',


bernikahlah..
sudah diciptakan dua insan yang hidup di dunia,
takdir ALLAH yang menyatukan jodoh manusia,
mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara,
jangan lagi kau memikirkan harta benda semata,

berbahagialah manusia,
kepada yang sudah menemukan fitrahnya,
bagi membentuk keluarga yang sakinah,
bernikahlah engkau segera,
apabila saatnya sudah tiba,
jangan jadikan alasan bagi menunda,

bernikah mengurangi dosa dan maksiat,
bernikah menyatukan bahagia dan nikmat,
rezeki manusia ALLAH yang mengaturnya,
jangan takut apabila kau berniat mahu menikah,

berbahagialah manusia,

kepada yang sudah menemukan fitrahnya,
bagi membentuk keluarga yang sakinah,
bernikahlah engkau segera,
apabila saatnya sudah tiba,
jangan jadikan alasan bagi menunda,

jangan takut apabila miskin harta,
apabila hanya belum bekerja,
ataupun takutnya berumah tangga,
kau jadikan alasan takut bernikah,
jalan hidup bergantung kepada niatmu,
apabila kau yakin kau mampu,
ingatlah, ALLAH sentiasa menyertaimu,

bernikah...
adalah....
sunnah rasulullah...


(SYAIR NASYID AR-RAYYAN)*

 'Apabila Hati Rindu Menikah', karya Mas Udik, terbitan PTS MILLENIA

sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi ALLAH,
bernikah adalah ibadah. bersiap sedia untuk bernikah juga adalah ibadah.

jadi, lihatlah sebuah pernikahan sebagai satu ibadah.. yang mampu meminimumkan maksiat. maka, kita tidak akan memandang remeh soal pernikahan. lantas, siapkan diri(fardhu muslim) untuk menempuh peringkat 'fitrah' yang selanjutnya.

semoga bermanfaat. wallahu a'lam :-)

10 December 2011

AKU MENCINTAIMU..

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

tak ada yang mampu diucapkan melainkan hamdalah untuk melahirkan rasa syukur kepada ALLAH.dengan rahmat-NYA telah memudahkan segala urusan hamba yang benar-benar menyerahkan urusan dunia mereka kepada-NYA.

pertama,
saya bersyukur kerana ALLAH telah mengilhamkan tajuk yang indah untuk sajak saya di artikel yang lepas *tanpa tajuk*. tajuknya berbunyi "Sirnanya Semi Ukhuwwah". jazakumullahu khairal jazaa' juga kepada sahabat-sahabat fb yang mengutarakan pandangan.

kedua,
ALLAH mudahkan banyak urusan dunia dan akhirat saya. Alhamdulillah.
kerja yang bertimbun dan membebankan, satu persatu selesai. dalam masa yang singkat pula.


alhamdulillah, sudah tidak  'pening' lagi :-)

urusan menyiapkan majalah arab yang tertangguh sejak dua minggu yang lalu, hafazan halaqah yang belum selesai sejak sebulan yang lalu, penyusunan maklumat-maklumat peribadi yang seringkali terbantut, menyemak timbunan buku-buku untuk pengisian rohani barang sekejap pun tak sempat...

dan...
segalanya selesai hari ini. ya, Alhamdulillah hari ini selesai dengan tuntas! hanya dua hari.

berbekalkan nasihat itu

saya akui, dalam situasi yang tersepit dan peperiksaan yang kian hampir, orang-orang di sekeliling pula tak lepas dari perkataan 'tension', bukan mudah untuk saya dan kita untuk tetap 'cool'.

tapi,berbekalkan nasihat ummi yang dirindui, saya bahagia menjadi berbeza dari orang lain.

nasihat ummi:

"orang beriman, tak ada perkataan 'tension' dan 'boring' dalam kamus hidupnya." 

kak wardah(kakak sulung saya) juga pernah nasihat:

"kalau kita letakkan sesuatu urusan bergantung kepada usaha kita, maka ALLAH akan biarkan hasilnya bergantung kepad usaha itu. kalau kita letakkan sesuatu urusan seluruhnya bergantung kepada ALLAH, maka ALLAH akan ambil urusan itu untuk diuruskan"

benar. ketika saya benar-benar tersepit, ALLAH datangkan nasihat ini dari simpanan minda ke dalam hati. benar-benar meresap ke dalam lubuk hati yang paling dalam untuk terus diaplikasikan dalam kehidupan yang kian mencabar..

nasihat ini, bila saya telusuri dengan penuh rasa.. sebenarnya ia adalah nasihat yang berlandaskan wahyu. subhanallah! begitulah, orang yang hebat mampu menyampaikan perkara penting dengan cara yang mudah.

dalam surah Al-Ra`du ayat28 ALLAH berfirman "...Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang". sesungguhnya dengan beriman kepada ayat ini, di mana lagi ruang untuk orang beriman itu 'tension'? tak ada ruang sebenarnya untuk kita rasa tertekan dengan urusan dunia yang kecil jika kita meletakkan ALLAH yang besar di dalam hati..

nasihat dari kak wardah saya sedar bila membaca doa ini selepas subuh,

يا حيُ يا قيُوم بِرَحمتِك أَسْتَغِيث, أصْلِحْ لي شأْني كلٌه ولا تكِلْنى إلى نفْسِي طرْفَةَ عَيْنٍ
wahai rabb yang maha hidup, wahai rabb yang berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan serahkan kepadaku sekalipun sekelip kerdipan mata..
(1)(HR. al-hakim,hushnul muslim)

ya, berbekalkan nasihat-nasihat itu saya tumbuh membina kehidupan. ayuh sahabat, kita bina tekad bersama agar terus membina kehidupan. bukan hanya hidup untuk bernafas. nafas itu akan berakhir, sedangkan kehidupan akan bersambung di daerah lain yang dipanggil akhirat.

akhir kalam

aku mencintaimu YA ALLAH. engkau telah kurniakan aku iman dan kesedaran. engkau pegang aku dengan wahyu yang disampaikan melalui rasul-MU muhammad shollallahu 'alaihi wasallam. engkau bimbing aku dengan nasihat-nasihat dari insan yang aku kasihi, ummi, kak wirdah dan semua yang pernah menasihatiku.

aku mencintaimu duhai insan-insan yang MENCINTAI ALLAH.
aku mencintaimu duhai hamba-hamba yang sering meletakkan urusannya kerana sang pencipta.
sungguh, AKU MENCINTAIMU kerana ALLAH..:-)

wallahu a'lam

p/s: di bumi ini, meneruskan perjalanan membina kehidupan...

06 December 2011

*tanpa tajuk*

بسم الله الرحمان الرحيم


saya terjumpa saja ini di celah timbunan sajak-sajak yang tersimpan. sajak ini berkaitan ukhuwwah. sampai sekarang tak tahu nak letak tajuknya..

ada sesiapa yang punya cadangan?



*tanpa tajuk*


mereka belum mengerti,
hakikat ukhuwwah sejati,
antara dangkal dan posisi,
masih di luar pasti,

dangkal meremajakan naluri,
posisi terhenyak ke tepi,
sedang taqwa menggigil sendiri,
seketika, nafsu menjalar sepi,

lantas,
dimana aku menjadi kendali,
antara ruas-ruas sinaran hati,
bertingkah sekilas percaya dan sangsi,

aku,
bantu mereka pasakkan kendiri.


zahra' fajar nina
24 febuari 2011.

:-)