22 December 2011

buat..mu

بسم الله الرحمان الرحيم


alhamdulillah..
baru selesai peperiksaan. peperiksaan lain bakal menyusul.

tiba-tiba dapat mesej dari ummi.

" Alhamdulillah, Muawiyah dapat 9A "


*terkedu*, tergamam, *bahagia*.. tersenyum.. (bercampur-campur).

5 orang adik-beradik di atasnya belum ada yang pernah dapat 9A PMR. lagipun, ketika percubaan adik saya hanya mendapat 6A. saya pun tak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada adik-adik saya. saya hanya meletakkan kepercayaan yang tinggi, hanya kepercayaan.

saya percaya, selagi mereka berusaha kerana ALLAH selagi itu ALLAH tidak akan tinggalkan mereka. bila ALLAH tidak tinggalkan mereka, baik atau buruk itu pasti ada hikmah disebaliknya..

teringat ketika saya mengucapkan tahniah kepada Muawiyah sebentar tadi,

saya           : " Muawiyah, tahniah.. kak zahra tak tau nak ucap apa lagi.. apa pun , kejayaan kita dakwah sebenarnya. kejayaan pelajar muslim itu lebih bermakna dari kejayaaan pelajar kafir untuk akhirat mereka. Alhamdulillah. jangan lupa sujud syukur ya... "
Muawiyah : " kak zahra,  terima kasih. tapi, ujian kan... "  suaranya kedengaran berat.

sekali lagi saya terkedu.


ALLAH. sungguh, kejayaan mahupun kegagalan kedua-dunya adalah ujian.
seringkali kita mampu melalui ujian yang perit. dan seringkali juga kita leka dengan ujian kesenangan.

ucapan buat adik-adik calon PMR

PMR hanya sebuah keputusan. cemerlang tak bermakna jaminan ada untuk kejayaan seterusnya. gagal tak bermakna tiada peluang lagi. kejayaan sebenar adalah sesuatu yang benar-benar dapat menambah baik hidupmu di dunia dan akhirat..

siapa yang ALLAH uji dengan kejayaan, jangan bongkak..
siapa yang ALLAH uji dengan kegagalan, jangan putus asa..
semuanya ada dalam percaturan ALLAH. rapi dan tersusun. indah andai dihiasi dengan hikmah. parah jika dibiarkan larut dengan nafsu.

sebuah perkongsian yang menyedarkan. mungkin dahulu kita pernah berjaya. mungkin dahulu kita pernah hebat. tapi, andai hakikat keputusan kita adalah seperti sekarang, ketahuilah -walaupun sehebat mana kita, segagah mana pun kita, selantang dan setinggi mana pun ilmu kita. Kita adalah hamba Allah SWT.. - * dipetik dari  (allah-swt-uji-kita-kerana-dia-sayangkan-kita).


Muawiyah, istiqomahlah.. jagalah ALLAH, ALLAH akan menjagamu.

nasihat buat mujahid muda

kak zahra terbaca blog ustaz Hasrizal. nasihatnya adalah nasihat kak zahra juga buat mujahid muda ummi dan abi, Muawiyah Al-Murtadho..

Hari ini keluar keputusan PMR.
Biar apa sekali pun natijahnya,
jika sepanjang tahun sudah berusaha, mencuba dan berlatih,
 kalian sudah pun menjadi manusia berjaya.
5 tahun akan datang,
tiada siapa pun akan memandang keputusan PMR anda,
 tetapi pengalaman membuat persediaan,
kesusahan, keletihan, menguruskan stress dan bosan,
serta 1001 pengalaman lain, kekal berguna sampai bila-bila.
Kejayaan bukan sebuah destinasi,
 ia adalah sebuah perjalanan.
Sudahkah anda menyertainya?

jika kejayaan Muawiyah hari ini mampu membawa kebaikan buat ummah, genggamlah kejayaan itu erat-erat agar ia terus subur membangkitkan ummah. jangan pula ia menjadi fitnah kepada diri dan islam serta sunnah yang kita perjuangkan...


salam sayang (-_-)


4 comments:

  1. kadng-kadang ibu bapa jenis marah anak2 kalau tak dapat 9A.

    ReplyDelete
  2. zahra to Shairazi sharizan

    hm..:-)
    ibu bapa mana yang tak mahu anaknya cemerlang. fitrah setiap ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka.

    tapi, syukur dan redha itu kan lebih perlu?

    *biasalah kalau ibu bapa nak marahpun.. dalam masa yang sama, nampakkan juga kepada ibu bapa tentang takdir dan usaha.

    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Jadilah mukmin yang dikagumi Rasulullah SAW. Bila senang, bersyukur. Bila susah, bersabar.

    Tahniah daripada ana kepada adik anti. Apa-apa pun, perjalanan masih jauh....

    ReplyDelete
  4. zahra to Daie Siber

    tepat. subhanallah,indahnya menjadi seorang mukmin..

    yah, perjalanan masih jauh.

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)