Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

jom jenguk wajah baru saya..

بسم الله الرحمان الرحيم
sebut-sebut pasal transformasi ramadhan,
terasa mahu teratakini turut merasa tempiasnya.

atas desakan kemahuan dan kelapangan masa yang ada,
terhasillah sebuah transformasi.

dari... ini=>


kepada ini=>
alhamdulillah..

apa sahaja perubahan luaran yang berlaku,
dalaman mesti teguh.
kuat. utuh.

teringat satu kata-kata:

"biar DALAM ke LUAR..
jangan LUAR ke DALAM.."
sebenarnya, tujuan saya ubah 'wajah' blog ini disebabkan bebanan yang teramat berat.
menjangkau 200KB.

dan sekarang,
setelah melalui proses 'transformasi', saya menimbang semua blog ini di Blog speed test.
dan alhamdulillah,beratnya sudah berkurang kepada 176KB..

masih berat lagi sebenarnya,
but it's still better.

terima kasih kepada ummihanie atas maklumatnya.

oh ya, jangan lupa Blogwalking di bloglist ~KHALILULLAH~.
kemudian, kutiplah sebutir dua mutiara dari | ibrah dari ALAM ya..

salam sayang semua!


kehidupan: ada kamu dan aku

بسم الله الرحمان الرحيم

setiap orang. 
ada kehidupan masing-masing. 
ada yang nampak bahagia, sedangkan sedih.  ada yang nampak baik sedangkan pemaksiat.  ada yang nampak 'rock' sedangkan peminat 'qiyamullail'. ada yang nampak peramah sedangkan penuh dendam di hati.. ada yang nampak jahil, sedangkan penuh ilmu.
ah, hidup ini, terlalu sukar disingkap. sangat sukar. sesukar meneliti sebuah bicara hati. di bibir seolah mengungkap. sedang hati berkata lain. tak dapat di pastikan!
begitulah aku. begitulah kamu. ----------------------------------------------
sebahagian hidup aku, ada kisah kamu. 
begitu juga hidup kamu.. pasti ada kisah aku, walau secuil cuma.
aku masih ingat ketika kamu berkata, "kita sama-sama usaha ya.." aku mengangguk. bahagia. ada yang mahu bersamaku.
kamu berkata lagi, " jangan lupa doakan aku.. "  lagi-lagi aku mengangguk. berkata perkara yang sama kepadamu. aku rasa kuat. aku rasa ada yang mendoakanku. aku bahagia.
aku pernah ber…

coretan ramadhan 1433H: first and last.

بسم الله الرحمان الرحيم
hari ini sudah masuk 21 RAMADHAN. aduh, terasa cepat benar masa berlalu.
tepat. hari ini juga hari jumaat. setelah hampir dua tahun saya tidak merasakan nikmat sujud tilawah full (subuh jumaat dibacakan surah sajdah dan al-insaan).. hari ini ALLAH beri peluang.
------------------------
semester pendek ini, sangat padat. padat dengan kisah-kisah hidup yang bermoral dan menguji iman. ditambah dengan adanya bulan ramadhan pada semester pendek ini, menjadikan saya rasa beruntung dapat meraikannya di bumi UIAM, gombak tercinta.
tak banyak yang saya nak coretkan di sini. mungkin sekadar luahan dan coretan biasa. bukan perkongsian bermanfaat sangat pun. maklumlah, diari dah penuh nak tulis semua perkara, blog lah jadi mangsa.
memandangkan ramadhan ini belum ada satu pun entri dalam blog ini, maka inilah entri pertama. dan inilah yang terakhir untuk ramadhan ini. jika ALLAH beri kesempatan, insyaALLAH bukan yang terakhir :-)
------------------------------- rasa teruji…