22 August 2012

kehidupan: ada kamu dan aku

بسم الله الرحمان الرحيم

hidup di syurga itulah yang paling indah!

setiap orang. 

ada kehidupan masing-masing. 

ada yang nampak bahagia, sedangkan sedih. 
ada yang nampak baik sedangkan pemaksiat. 
ada yang nampak 'rock' sedangkan peminat 'qiyamullail'.
ada yang nampak peramah sedangkan penuh dendam di hati..
ada yang nampak jahil, sedangkan penuh ilmu.

ah, hidup ini, terlalu sukar disingkap.
sangat sukar.
sesukar meneliti sebuah bicara hati.
di bibir seolah mengungkap. sedang hati berkata lain.
tak dapat di pastikan!

begitulah aku.
begitulah kamu.
----------------------------------------------

sebahagian hidup aku, ada kisah kamu. 

begitu juga hidup kamu.. pasti ada kisah aku, walau secuil cuma.

aku masih ingat ketika kamu berkata, "kita sama-sama usaha ya.."
aku mengangguk. bahagia. ada yang mahu bersamaku.

kamu berkata lagi, " jangan lupa doakan aku.. " 
lagi-lagi aku mengangguk. berkata perkara yang sama kepadamu.
aku rasa kuat.
aku rasa ada yang mendoakanku.
aku bahagia.

aku pernah berkata kepadamu, " aku tak dapat berahsia kepadamu. kau patut tahu semuanya "
dan.. kamu mengangguk. rasa terpecaya.

kita tersenyum. 
bahagia.
(^_^)
-------------------------------------------

cuma, hidup ini masih di dunia.
tak semua perkara 'benar' belaka.

masih ada lompong-lompong setia.
harus kita penuhi.

masih ada ruang-ruang TAQWA harus kita garap.

masih dan terus teruji.
inilah bukti kita masih hidup.

bukankah dalam surah al-mulk ALLAH berfirman:
"..aku mencipta kehidupan dan kematian itu, untuk sungguh-sungguh menguji kamu..

..siapa di antara kamu yang paling baik amalannya.."

--------------------------------------------

masih ada rahsia antara kita.

dan kamu,
tak akan tahu.
selagi kamu mahu setia kepada DIA.

kamu tak cemburu kan?

sebab, aku yakin kamu masih ingat DIA berfirman.
dalam surah az-zukhruf:

"..sahabat-sahabat baik itu akan bermushan pada hari kebangkitan..
..kecuali mereka yang bertaqwa.."

paksi kita:

TAQWA.
dan
 sebuah kalimah yang benar laailaaha illallah.

rahsia dunia. pasti tersingkap.
di akhirat.

---------------------------------
kamu,
doakan aku jadi hamba yang baik kepada penciptaku.

walau aku tak kenal kamu,
masih ada kisah kamu dalam hidupku.

terus kuat dengan kalimah yang benar: "LAA ILAAHA ILLALLAH"
(^_^)

salam syawal.

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)