Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Hidup ini, seluruhnya UJIAN..

بسم الله الرحمان الرحيم
Hidup ini.. " Hidup ini, seluruhnya ujian.." Begitu kata kak Wardah ketika saya 'berkampung' di biliknya empat hari berturut-turut yang lalu. Tiba-tiba, kata-kata kak Wardah dari perkongsian Bro. Lim Joi Soon itu bermain-main di minda saya. Kata kak wardah, kata-kata ini beliau kutip ketika mengikuti Interactive Dakwah Training di Institut Al-qayyim.
Sambil berjalan keluar dari Main Hall Cultural Activity Centre UIAM itu, saya berkira-kira. Banyak benarnya perkongsian kak Wardah itu. Sambil memerhati  suasana UIAM yang makin lengang, saya melempar pandangan ke langit. Sebentar. Saya alihkan pula ke sungai 'teh ais' di kanan saya. Seekor biawak sedang enak berenang. Di hadapan saya, para siswa siswi berpusu-pusu menuju ke gerai makan. Lapar barangkali.
Melihat kesibukan manusia di sekeliling. Sebentar. Saya kembali menilai diri. Mengaitkan segala peristiwa dan gelagat manusia dengan keadaan jiwa saya sekarang. Sekali lagi saya terfikir…

PELIT : mencari diri..

بسم الله الرحمان الرحيم
Selesai kelas, aku sambung ke kelas seterusnya. Ustaz Nashruddin buat murajaah berkenaan semua hadis yang telah kami pelajari. Innamal a’malu binniyat!

Aku tersentap.
Memang, semua amalan bermula dengan niat.
Dan niatlah yang akan menentukan seberapa nilainya amalan kita. Sebab itu dalam hadis ini, ‘a’mal di awalkan. Ini catatan dahulu. Aku rindu.


Mencari diri

Aku sendiri, kehilangan 'diri' aku yang dahulu. Walaupun aku tetap aku, tetapi hati itu seolah sudah berpaling arah. Hamasah dahulu yang aku perjuangkan, seolah terkubur dek umur yang berlalu. Sungguh dan sungguh aku rindu.

Begitu sahaja. Kalau ALLAH mahu tarik nikmat himmah yang kita pernah rasa. Kosong.

Aku lihat kenderaan bertali arus, cermin pandang belakang itu ada gunanya. Saat seperti inilah, aku perlukan cermin pandang belakang itu. Lama aku terhenti langkah. Istighfar dan istighfar. Kupejam mata. Melihat masa lalu yang indah dan hampir sempurna.

Aku, melihat aku yang dulu.

Aku paling ke …

Untuk yang pertama..

بسم الله الرحمان الرحيم
Sudah hari Jumaat. Antara sedar dan tidak. MasyaALLAH, cepat sungguh masa berlalu. Sejak artikel (untuk-yang-terakhir-311212) lepas mendapat sambutan dan review yang agak mendadak, saya terdetik mahu menulis artikel bertajuk (untuk yang pertama..) pula.


2013 vs 21?
Saya tergelak semalam, ketika sedang mengulangkaji subjek tarikhul adab bersama Huda. Tiba-tiba Huda terjerit kecil ketika saya mengatakan padanya, kita sudah masuk umur dua puluh satu tahun. Kata Huda, masih banyak benda yang perlu dibuat sebelum masuk 21 tahun.
Antara sedar dan tidak, tahun ini adalah tahun ke-21 untuk para generasi kelahiran '92'. Memanglah, kalau mahu ikut bulan kelahiran masih beberapa bulan cukup 21 tahun. Tetapi, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah tahun ini merupakan tahun ke-21. Iya kan?
Bermula 1 Januari sehinggalah hari ini, saya dihantui banyak perkara.
Mimpi-mimpi.
Catatan-catatan.
Amanah.
Kesungguhan! Inilah kata yang mampu merealisasikan semua itu.
Saya …