10 June 2026

"Terima kasih wahai pendengki"

بسم الله الرحمن الرحيم

"Terima kasih wahai pendengki!" 
Dalam Bahasa Arabnya "أشكر حسادك".




Membaca tajuk karya Dr Aidh Al-Qarni ini menjebak saya menghabiskan bukunya dalam versi terjemahan Bahasa Melayu walaupun banyak bahagian daripada buku ini, ada beberapa kritikan kepada terjemahan yang dibuat. Namun, bukan itu yang ingin dikongsikan dalam penulisan kali ini.

Buku ini secara keseluruhannya membawa saya kepada sebuah suasana baharu yang seakan-akan bercerita dan bercakap di hadapan mata.

DUA TAHUN LALU

Catatan ini saya mulakan penulisannya seawal dua tahun lalu. Masih tertera tarikh awal ia ditulis pada satu Februari 2022. Hari ini. saya membelek blog yang sudah bersawang dan terasa seakan baru semalam saya menuliskannya.

Detik ini penulisan disambung.

2024 adalah tahun yang barangkali kita fikirkan ia maju dan mulai membangun. Dari sudut pembangunan, barangkali ya. Tetapi, seiring membangunnya media sosial kemajuan telefon pintar bahkan kemajuan segala teknologi termasuk Artificial Intelligent yang katanya sebuah bentuk 'kebijaksanaan', ternyata hasad dengki dan penyakit hati masih menjadi penyakit-penyakit yang tidak berjaya disembuhkan oleh semua kemajuan ini.

Hasad dengki itu di hati.

Namun, sebahagian ulama menyebutkan bahawa ia dapat dilihat melalui raut wajah, bicara dan tindakan seseorang.Hal ini desutkan baginda nabi di dalam hadis berkaitan dalam diri manusia ada segumpal darah. Jika ada satu saja penyakit hati maka itu akan merosakkan seluruh anggota tubuhnya bermula dari rambut sampai ke kaki.

Antara ciri-ciri orang yang mempunyai penyakit hati:

1. Berburuk sangka kepada orang lain.
2. Lidah sangat suka menyebut kesalahan orang lain.
3. Tidak merasakan diri sendiri mempunyai kesalahan.
4. Wajah dan bicaranya tidak ramah kepada orang yang ia dengki.

Kita tidak belajar untuk menghukum manusia.

Kita belajar agar kita tidak menjadi sepertinya.

Terima kasih wahai pendengki. Riak tak ramahmu, mengajarkan kami bagaimana harusnya kami tak menjadi sepertimu.



Zaharoh Fajar Nina;
Jun 2026