Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

buat mujahid: bergeraklah ke bangunan itu!

بسم الله الرحمان الرحيم
 
menjadi suatu kewajipan buatmu mujahid, di saat bila pun, kau harus memulakan aktivitimu di Masjid. dari masjidlah sebenarnya tertanam benih aqidah, dan masjid mengajarmu etika berinteraksi secara islami.

lantas, akan wujudlah kayu ukur lain yang menjadi tonggak kekuatanmu wahai mujahid. dari masjid akan lahir para penulis yang ikhlas, para ahli politik yang beriman, mahasiswa profesional yang mukmin.

sesungguhnya, semua kebaikan itu hanya dapat diraih dari kebiasaanmu mendatangi masjid.

hakikat ini telah dinukil oleh al-hassan ibnu 'ali radhiyallahu 'anhu katanya:

" مَن أَدام الإختلافَ إلى المسجد أصاب ثماني خصال : آيةً محكمة,وأخا مستفادا, و علما مستطرفا, و كلمة تدلُّه على الهدى أو تردعه عن ردًى و ترك الذنوب حياءً أو خشيةً"

barangsiapa yang sentiasa mendatangi masjid, dia meraih lapan pekerti:
perkataan yang penuh hikmah,
saudara sentiasa bermanfaat buatnya,
ilmu yang baru,
rahmat yang dinanti-nantikan,
kalimah yang membawa kepada ja…

aku sangat menghargaimu..

بسم الله الرحمان الرحيم
aku sangat menghargai dirimu. tetapi, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam lebih layak dihargai!
 sahabat, dirimu sangat bermakna buat kehidupanku. segenap tingkah laki dirimu aku nilai dan aku teladani. yang buruk aku harus perbaiki. sepertimana aku mendidik diri ini, begitu jugalah aku mendidik insan yang aku kasihi.

tetapi aku tahu, kau mengharap sesuatu yang tak pernah aku beri. apa yang kau harapkan bukanlah satu kesalahan. kerana kau juga manusia yang mendamba puji untuk meyakinkan diri. aku tahu, kau bukanlah insan yang mendamba puji kerana riya' dan ujub. kau hanya mahukan puji sekadar penyedap hati, sekadar sokongan buat diri seorang insan.

dan sungguh, pujianmu kepadaku sedikit menjadi tiang pautan yang menyokong selagi ia tidak berlebihan.

aku sangat menghargai apa yang kau beri kepadaku. cuma, mungkin kita belum pernah membaca hadis ini (mungkin..).
Dari Abu Bakar radiyallahu 'anhu, beliau menceritakan bahwa ada orang yang memuji temannya…

cakna: di manakah kesilapan kita?

بسم الله الرحمان الرحيم

ALLAH telah menurunkan dan memperincikan ayat-ayatnya bahawa umat islam adalah 'kaum yang memahami' dan 'bangsa yang mengetahui',

tetapi,
keadaan umat islam kini sungguh berbeza!. umat islam sekarang tertinggal jauh di belakang dalam segenap aspek kemajuan. mengapa perkara begini terjadi kepada kita? di manakah kesilapan kita? sungguh, kata-kata ini sungguh menyentap jiwa saya yang sedang tertanya-tanya perkara yang sama. sejak saya kecil, ummi selalu berpesan perkara baik jangan difikir-fikir.. terus buat. jadi, tanpa berfikir panjang saya mencapai buku bertajuk "di manakah kesilapan kita?" karya dr yusuf al-qaradhawi.

buku ini, saya beli sejak mei 2011 yang lalu. mengenangkan PBAKL2012 bakal berlangsung hujung bulan ini, saya mesti 'menjamah' buku-buku yang ada sebelum bertambah koleksi yang baru :-) (pencinta buku katakan..)

DI MANAKAH KESILAPAN KITA?