12 April 2012

cakna: di manakah kesilapan kita?

 بسم الله الرحمان الرحيم

ALLAH telah menurunkan dan memperincikan ayat-ayatnya bahawa umat islam adalah 'kaum yang memahami' dan 'bangsa yang mengetahui',

tetapi,
keadaan umat islam kini sungguh berbeza!. umat islam sekarang tertinggal jauh di belakang dalam segenap aspek kemajuan. mengapa perkara begini terjadi kepada kita? di manakah kesilapan kita?
sungguh, kata-kata ini sungguh menyentap jiwa saya yang sedang tertanya-tanya perkara yang sama. sejak saya kecil, ummi selalu berpesan perkara baik jangan difikir-fikir.. terus buat. jadi, tanpa berfikir panjang saya mencapai buku bertajuk "di manakah kesilapan kita?" karya dr yusuf al-qaradhawi.

buku ini, saya beli sejak mei 2011 yang lalu. mengenangkan PBAKL2012 bakal berlangsung hujung bulan ini, saya mesti 'menjamah' buku-buku yang ada sebelum bertambah koleksi yang baru :-) (pencinta buku katakan..)

DI MANAKAH KESILAPAN KITA?

terbitan -perniagaan jahabersa-

ok, masuk tajuk semula.

   1) umat islam lemah!

lihatlah populasi umat islam di dunia ini, populasi kita sangat ramai dan terdiri daripada pelbagai bangsa. namun, kemampuan kita tidak berfungsi. maksudnya, kita tidak mengusahakan dengan kemampuan sempurna untuk menggantikan segala perkara yang kita tertinggak untuk menggantikan waktu tidur dan lalainya kita.

jika kita melihat orang-orang barat yang bukan islam, mereka berusaha semaksima yang mungkisn untukmemastikan tampuk usaha mereka ada pengganti.

sedangkan umat islam, perkara yang paling murah bagi mereka adalah waku!, [realiti mahasiswa kini..]
perkara yang amat berat bagi umat islam adalah usaha! buktinya [link] dan [ini] lebih menyedihkan..
dan benda yang paling tidak berharga ialah manusia! [bukti]


   2) kebolehan akal kita tidak berfungsi!

kita masih lagi mengambil pemikiran orang lain.kita hanya menukil, dan bukannya mencerna perkara baru. kita masih terus menggunakan pemikiran bangsa lain. barat mencipta, membuat pendedahan baru.. sedangkan kita hanya menterjemahkan!

semua ilmu kemanusiaan yang ada, kia hanya menukilkannya dari barat. sedangkan kita sudah ada al-quran yang menyeluruh.

umat islam tidak suka membaca, kerana pembacaan menuntut kita bersungguh-sungguh dan berfikir sehingga kita memahami dan meneliti, tetapi, sifat PEMALAS kita lebih manis dari madu!

sehinggalah ketika Mouse Dayyan dikutuk oleh bangsa yahudi kerana beliau mendedahkan konspirasi mereka di dalam bukunya, beliau dengan tenang menjawab kepada bangsa yahudi "tenanglah, orang arab tdak rajin membaca!!"

sungguh mengecewakan.
hakikatnya, kitalah umat yang diturunkan ayat al-Quran "bacalah olehmu" tetapi, kita masih tidak memperbaiki hobi membaca.

jika membaca, mereka tidak memberbaiki kefahaman. jika faham pun, mereka tidak memperbaiki amalan. jika mereka bekerja,mereka tidak memlipatgandakan usaha.

sinar yang hadir tak jarang datang setelah aku berkali-kali membaca -zahra'-


seringkali, kita mencipta perkara baru dalam agama ALLAH. sedangkan perkara bid'ah dalam agama(menurut pandangan sebahagian ulama') adalah sesat. tetapi, kita tidak mahu mencipta perkara baru dalam urusan dunia kita. sedangkan, tidak mahu berfikir dalam urusan dunia adalh suatu KEBODOHAN.

sepatutnya, kita meninggalkan perkara bid'ah dan ikutilah perkara yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan sunnah baginda nabi shollallahu 'alaihi wasallam. sementara kita lakukan urusan dunia kita dengan cara mencipta dan membuat perkara baru!!

   3) kemampuan amalan kita lemah

kita beramal, tetapi amalan itu tidak berfungsi sepenuhnya. ALLAh mencipta kita hanya kerana satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya(beramal). malah, ALLAH mencipta kita untuk menguji siapakah di antara kita yang paling baik amalannya(al-mulk:2). ayat ini bukanlah perbandingan antara amalan baik dan buruk, tetapi antara amalan yang baik dengan yang lebih baik..

seorang islam dituntut utuk beramal sehingga ke penghujung hayatnya. bahkan jika kiamat berlaku, dan di tangan kita ada sebutir benih maka hendaklah kita tanam benih itu.

apa yang menyedihkan, umat kita adalah umat yang paling banyak bercakap dan berbalah tetapi amat sedikit beramal. kita juga sering melakukan perkara yang tidak penting dan meninggalkan perkara yang penting.

hakikatnya, islam tidak menggalakkan umatnya memperkecil peranan penting kalimah yang benar serta mampu menjelaskan kebenaran dan memberi kesan.  tetapi, sebuah kalimah/ kata-kata tidak sepatutnya melampaui amalan.

saidatina aisyah pernah berkata:"akhlak rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam adalah al-Quran". ini membuktikan bahawa, al-quran itu bukan hanya mesti di sampaikan. bahkan mesti diamalkan. ALLAH sudah menyediakan jalan penyelesaina berupa peringatan dan janji buruk kepada mereka yang tidak mengamalkan apa yang mereka perkatakan.

mafhum firman ALLAH:
"wahai orang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan? amat besar kebencian di sisi ALLAH bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan" (as-shaaf:2&3)


   4) kemampuan ekonomi kita tidak berfungsi.


   5) kemampuan bilangan kita tidak wujud.


   6) kekuatan rohani kita tidak ada.

-------------------------------------------------------------------------

tahniah!
anda berjaya menyelesaikan pembacaan (^_^)

pelbagai reaksi pastinya.

ada yang tidak puas. ada yang rasa tersinidir. ada yang rasa terlalu disalahkan. ada yang mahukan solusi. ada yang terpanggil untuk berubah. ada yang masih tidak merasakan apa-apa.

yah, semuanya terpulang kepada kamu.

saya juga merasakan apa yang kamu rasa ketika mula-mula membaca buku ini. semakin saya selami buku ini, semakin saya jatuh hati kepada isi dan penulisnya..

apa yang saya kongsikan tidak sampai 10peratus pun!

saya tidak mahu menjadi manusia yang hanya tahu menukil dan menukil.
saya juga tidak mahu menjadi manusia yang hanya tahu berkata 'saya jahil' sebagai senjata ampuh memperisai diri.
saya mahu jadi manusia yang berusaha, dan berusaha dengan menyerahkan hasil usaha itu kepada ALLAH.
-----------------------------------------------------------------

kaca yang retak, jika dibaiki tetap tidak sama seperti asal. manusia yang rosak, tetap kembali menjadi suci dengan istighfar yang ikhlas



kesalahan itu, bukan untuk kita renung semata-mata. umpama penyu yang menyesal terpaksa meninggalkan anaknya(telur) di pantai, tetapi pada musim bertelur seterusnya dia tetap meninggalkan telurnya di pantai..

akhir kalam, 
cerotan di teratak ini sentiasa berubah cara penulisannya. saya bukanlah seorang penulis amatur yang punya 'specific style'  dalam penulisan. apa yang saya mahu tulis, maka saya akan tulis.

semoga ALLAH menilai usaha saya dan kalian.

~ Takutlah kepada ALLAH~
zahra' fajar nina,
edu building iium,
gombak,

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)