Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Diari Konvensyen Sunnah ke-9 : Catatan penting SESI 1 dan 2

بسم الله الرحمان الرحيم
SESI 1: Pengalaman Zaman Membentuk Jati Diri Aku selalu percaya, jati diri itu harus dibina. Ia bermula dari kosong kepada sedikit dan kemudian banyak. Tatkala aku melihat tajuk pertama 'Pengalaman zaman membina jati diri' , aku mulai mengenang pengalaman zaman yang aku ada.
Benar, pengalaman zamanku terlalu pendek untuk mebina sebuah jatidiri sehebat panelis di hadapanku. Kerana itu, aku meminta agar Allah memasakkan ilmu yang diperolehi ini agar ia membawa manfaat kepada sebuah kehidupan.


Ustaz Zainal Abidin menyedarkan aku tentang suatu asas yang nampak ringkas, tetapi tajam menghunjam.

Kata ustaz, seorang pendakwah harus selalu ingat Allah!
Dari pengalaman saya, mengingat Allah itu mesti cepat dan tepat.
Asas AQIDAH adalah yang paling penting dalam pembentukan Jati Diri.

Ingat Allah, ini kan masalah tauhid?
Dalam berdakwah, kalau kita ingat ini, jati diri terbina. Cara manusia ingat Allah itu pelbagai. Dari pengalaman saya berdakwah, saya melihat ramai manu…

Diari Konvensyen Sunnah ke-9 : Wasiat Sheikh Abdurrahman Al-Belaihi

بسم الله الرحمان الرحيم
Sebenarnya, aku tidak tahu mahu bermula dari mana. 
Segalanya kurasakan penting. Segenap isi konvensyen ini umpama mutiara di antara kaca-kaca. Walaupun ia terlihat sama, namun keilmuan dan fitrah manusia mampu membezakan harganya.
Mungkin aku boleh bermula dengan ucapan dari Sheikh Abdurrahman Al-Belaihi, wakil kedutaan Arab Saudi. Sebuah nasihat paling lunak yang meggetarkan jiwaku. Tambahan pula, ia disampaikan dengan bahasa arab yang sangat tersusun dan jelas. 
Sampaikan aku terasa ingin ajar semua manusia belajar bahasa arab. kemudian memahami ucapan beliau. Namun itu bukanlah usaha yang realistik buat masa ini.


Ucapan Sheikh membuat aku terpukul.. Antaranya :
"Wahai saudaraku, pertemuan kita yang diberkati ini.. membuat aku merasa bertuah kepada diri sendiri dan kita seharusnya merasa bertuah.. kerana, kita datang berkumpul semata-mata kerana محبة للسنة kita mencintai sunnah!"
"Kepada pemuda dan bangsa pencinta sunnah juga agama ini, aku wasiatkan…

Diari Konvensyen Sunnah ke-9: Pra-konvensyen.

بسم الله الرحمان الرحيم
Kronologi








Lidahku kelu. 
Mendapat berita Konvensyen Sunnah 2013 di'tangguhkan' sedikit menyentap hati sanubari ini. Aku mulai tertanya, apa sebenarnya yang terjadi? 
Semenjak September 2013 persiapan telah dilakukan, beribu-ribu orang telah mendaftarkan diri sampai ada yang sanggup meminta cuti bekerja. Berpuluh asatizah telah dihubungi dan menyatakan kesanggupan mereka mengambil bahagian. Poster, banner dan hebahan telah disebarkan sebanyak mungkin..
Namun, menjelang beberapa hari ia akan dijalankan, tiba-tiba pem'batalan' diumumkan. Pasti, bukan sebab 'kecil' ia ditangguhkan. Aku mulai mencari tahu mengapa dan mengapa. Sehingga akhirnya aku tahu sebabnya, dan biarlah ia hanya diketahui oleh mereka yang layak tahu. 
Aku, sebagai anak muda dengan jiwa muda ini, terasa agak kesal dengan apa yang terjadi. Namun, hasil nasihat dari  warga yang lebih 'tua' dalam dakwah dan manhaj ini, aku mulai terbuka.Kenyataan dari pihak penganjur sendir…

Pelajaran pertama di tahun tiga..

بسم الله الرحمان الرحيم


Musafirku bermula

Hati belum bersedia. Namun hakikat sudah di hadapan mata.


Terasa cepat benar masa berlalu. Cuti tiga minggu pertengahan semester membawa saya menuju semester baru dengan lambakan amanah terpikul di bahu.

Kereta api yang dinaiki sudah meluncur laju meninggalkan stesen Kereta api Tanah Melayu(KTM) Bukit Mertajam. Perjalanan tujuh jam yang bakal ditempuhi dimulakan dengan bismillah. Ya, hanya bismillah. Namun ia membawa ganjaran besar bagi mereka yang menghidupkan, sebuah sunnah yang kian dilupai.

Berbekal hafalan beberapa doa musafir, saya terus mencari tempat duduk bernombor 7A di sekitar gerabak L4. Semua tempat hampir penuh dengan penumpang. Wajah-wajah letih dang mengantuk terpampamg jelas. Maklumlah, jam sudah menunjukkan 11.35malam.

Saya masih bergerak mencari.. 5A..6A.. Aha, di sini 7A.

Tetapi.. 

Saya lihat ada seorang wanita berbangsa cina sedang duduk di kerusi 7A itu. Berulang kali saya melihat tiket di tangan. Takut-takut saya yang tersalah…