Skip to main content

'Sesuatu' pada gelas yang pecah!

بسم الله الرحمان الرحيم


Gelas yang pecah..

Gelas itu
 
Hari ini,
gelas itu pecah.

Baru dua minggu saya menggunakannya. Sedih kerana ia hadiah dari sebuah program. Saya merenung gelas itu.

Entah apa yang tidak kena.

Dari struktur ketebalannya, gelas bercorak Yaya dalam kartun Boboboy ini cukup tebal. Apatahlagi kalau mahu dibandingkan dengan gelas seramik saya yang lebih nipis.

Gaya jatuhnya pula bukanlah dari atas tempat tinggi. Gelas itu cuma terbalik di atas sinki yang diperbuat dari marmar halus. Saya masih berfikir.

Lama.

Sambil berfikir saya melihat serpihan pecahan yang tertinggal di mulut gelas. Ia berhabuk dan hancur apabila ditenyeh ke tangan. Pada sisa pecahan itu, saya tenung dalam. Sisanya terlihat kasar serta tidak halus.

Oh, patutlah struktur gelas ini tidak kuat. 


Campuran kaca dan seramiknya tidak dicampur dengan sebati. Sebab itu rongga pada sebatian kurang padat.

Oh ya!
Sebab ini ia mudah pecah!
Kerana bahan yang digunakan memang mudah pecah. Walaupun tebal, ia tidah kukuh!



 

Kehidupan 
 
Saya jadi teringat pada 'struktur kehidupan' seorang manusia. Kalau struktur itu dibina pada asas dan bahan yang mudah pecah, apakah kesan kepada peribadi seorang insan?

Dan saya selalu merasa beruntung apabila Allah hadiahkan hati yang sering berdoa. Agar diri diberi pemahaman AQIDAH yang benar! 

Ya, Aqidah yang benar. 
Sekalipun, ia mungkin jauh dan asing dari pemahaman manusia kebanyakan.

Kerana, itulah bahan paling ampuh dan utuh untuk membuat struktur kemanusiaan terpasak padu dalam diri.

Teruslah berdoa.

Agar struktur diri tidak mudah pecah. Agar ia semakin utuh sehingga tidak layak untuk pecah. Seperti gelas, dan struktur bahannya adalah PERMATA BERLIAN!

أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُور
Maka apakah mereka tidak berjalan dan memerhatikan apa yang ada di muka bumi? Dan mereka diberikan hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (QS. al-Hajj [22]: 46)

Akhirnya,
Apakah kau melihat 'sesuatu' pada gelas pecah itu?




Zaharoh Fajar Nina
2 Rabiulawwal 1435 H
Sabtu
1033

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…