22 November 2012

Ghazzah, Palestin: cerpen yang masih panjang..

بسم الله الرحمان الرحيم

palestin: impian vs harapan

---------------
Cepat-cepat aku menyeka air mata. 

Hati ini disiat-siat. lumat. tak berbekas bentuk asal yang cantik itu. kalau hati ini diumpamakan bagai rumah. Maka aku katakan hati aku sekarang seperti rumah penduduk palestina yang punah dek  bedilan roket Zionis .. tak berbekas sedikit bentuk pun.

Cepat. 

Jemariku menekan klik kanan, dan menambah tab baru. Laman-laman sesawang gencar bercerita tentang Ghazzah, Palestin. 

Berjejeran di atas skrin.


14 Nov 2012
Keganasan tentera rejim Zionis ke atas wilayah Gaza berterusan. serangan bertali-arus itu mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pasukan pejuang Ezeddeen Al Qassam, Ahmed Al Jabaari.

Sejak jam 5.00 petang waktu tempatan, sudah lapan orang warga Gaza terkorban manakala 85 yang lain tercedera. Mereka dikejarkan untuk rawatan di Hospital As Syifa dan beberapa hospital lain di seluruh wilayah Gaza yang dikepung secara haram itu.
16 Nov 2012
Tentera pengganas rejim Zionis melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Terkini, 19 warga Gaza manakala hampir 200 lagi tercedera.
Tentera rejim Zionis meneruskan serangan ke atas penduduk awam Gaza awal pagi ini, dengan melancarkan lebih 30 serangan ke lokasi-lokasi berbeza dalam tempoh kurang dari 30 minit.
17 Nov 2012

Kenyataan dari World Health Organization (WHO). akibat dibanjiri dengan mereka yang tercedera akibat serangan berterusan tentera Zionis , bekalan ubat dan alat perubatan di Gaza berada di tahap kritikal.

Menurut WHO, sebanyak USD10 juta diperlukan untuk bekalan  ubat-ubatan sepanjang tempoh tiga bulan akan datang. Kenyataan itu turut menyebut bahawa pegawai Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan , seramai 245 orang dewasa dan 137 kanak-kanak telah cedera. 
18 November 2012
pemerintah Gaza  memberitahu, penjajah Zionis menggunakan bom-bom racun berbahaya dalam berbagai serangannya ke Gaza selama beberapa hari lalu. Jurubicara kemenkes Gaza, Dr Ashraf al-Qudra, mengutuk bukan saja penggunaan kekerasan yang luar biasa oleh Zionis Israel demi menjatuhkan sebanyak mungkin korban di antara rakyat biasa, tetapi juga penggunaan bom-bom tersebut.
21 November 2012

Kementerian Kesehatan Gaza mengenalpasti, Zionis ‘Israel’ sudah menggunakan senjata kimia bom fosfor putih dalam serangan-serangannya terhadap Gaza selama sepekan ini. White phosphorous bombs adalah satu dari sekian senjata kimia yang terlarang secara antarabangsa yang digunakan Zionis sekarang ini, dan sudah pula digunakannya pada  tahun 2008 – 2009 lalu dalam penyerangan Operation Cast Lead.



Aku jeda sebentar.

Manik jernih bergenang. pelupuk mata terasa basah.

Cepat pula kuseka. Malu terlihat orang.

Hati ini. 
Setelah disiat, diperah pula perahan lemon masam itu. Aduh, pedih sekali.

Begitulah rasanya.

Aku menyandar sebentar.

Ku tebarkan pandangan. Information Technology Division (ITD) UIAM penuh. Melihat gelagat setiap seorang.

Semuanya sedang sibuk. Ada yang menyiapkan assigment, facebooking, twittering dan menonton movie.

Khusyuk. 

Sampai tidak sedar aku merenung mereka. Tajam. Simpati.

Mahu saja aku beritahukan mereka. GAZA sedang menjerit!

Apa kau tidak dengar panggilan itu !?


Ini bukan hanya isu gaza. Ini isu anggota badan kita. Apa kau tidak merasa!? Tanganmu dipotong. Kepalamu dipenggal. Kakimu tempang..

Ah, sungguh kau orang yang rugi-serugi-ruginnya. Kalau kau tidak merasa!
Astaghfirullah. Aku emosi.Serentak hati bermonolog.

Cepat-cepat aku mengetik papan kekunci. Memasukkan username dan password di akaun blog. Aku cicipkan seuntai cerita dan rasa hati. Untuk tatapan aku, aku, dan aku.. mungkin kamu?

Biar kita benar-benar tahu apa yang perlu kita tahu. Yang terpenting.. kita tahu dan bergerak. Mendoakan saudara kita.

***

Terbaru, berita bertarikh 22 november.  Hari ini.

"persetujuan genjatan senjata"


Persetujuan kepada rundingan yang berlangsung di Kaherah itu berkuat kuasa pada jam 9.00 malam hari Khamis, 22 November. Antara lain, teks kesepakatan gencatan senjata tersebut sebagai berbunyi:

“Israel akan menghentikan semua tindakan permusuhan (hostilities) di daratan, laut dan udara Semenanjung Gaza, termasuk pencerobohan dan sasaran-sasaran terhadap individu.“
“Semua paksi (pasukan pejuang di) Palestin juga akan menghentikan semua tindakan permusuhan dari Semenanjung Gaza terhadap Israel, termasuk serangan roket dan semua serangan di sepanjang sempadan.”

“Prosedur pelaksanaan kesepakatan ini akan dilaksanakan dalam 24 jam sesudah gencatan senjata. Mesir sebagai negara yang menaja rundingan ini akan memastikan kedua-dua pihak terlibat teguh berpegang dengan kesepakatan tersebut. Kedua-dua pihak dilihat menyatakan komitmen masing-masing untuk tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh merosakkan kesepakatan tersebut.
Sekiranya berlaku tindakan yang merosakkan kesepakatan, Mesir sebagai penaja rundingan damai ini akan dimaklumkan dan akan mengambil langkah selanjutnya.”
Menteri Luar Mesir Mohammed Kamel Amr (kanan) bersama Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton (kiri) selepas mengumumkan genjatan senjata.Terdahulu, serangan bertubi-tubi tentera Zionis dari udara, laut dan darat terhadap rakyat Gaza dilihat sebagai pencabulan hak asasi manusia yang serius dan boleh mengundang kemusnahan yang lebih besar terhadap kehidupan di walayah yang sedang diembargo itu. Pendudukan Zionis di wilayah-wilayah Palestin dilihat sebagai pencabulan terburuk terhadap sesebuah negara pasca Perang Dunia Kedua.
-----------------------------
Mungkin aku mampu tersenyum.

Tetapi, mereka yang kehilangan abi dan ummi. Mampukah mereka tersenyum... walaupun genjatan senjata itu benar-benar berlaku?

Ghazzah. 

Walaupun 'mereka' berjanji akan menuntaskan genjatan senjata terhadapmu, namun cerpen yang mereka rangka masih panjang. 

Namun, Ghazzah ada jalan ceritanya tersendiri. Ghazzah, wataknya pada cerpen yang masih panjang ini penuh dengan keminana dan Syahid, dan SYAHID!

Zaharoh Fajar Nina,

07 November 2012

coretan: lembaran tinta-tinta

بسم الله الرحمان الرحيم

aku rindu 'dewasa' dahulu~ picture (my lovely MMY)


aku mahu buka lembaran tinta-tinta.

oh, bukan untuk kamu. tetapi untuk aku.

tinta itu, pengingat yang menyucuk diri. salah libas, memenggal kepala. memamng kau takkan libas kepala sendiri. cuma serang balas itu membuat kau terlibaskan hati.

ketika menyeruak lembaran-lembaran rahasia manusia. kau terkadang bangga dan bahagia. sedang kau tak tahu mereka juga menyelam di dalam lautan hatimu. mencari-cari apa yang kau cari dari mereka.

tek perlu berbohong. kerana kau akan tertipu sendiri.
dengan kata dan tinta yang terlekap kaku, kekal di atas retina mata mereka.

---------------------
kau hanya perlu berkata:

"ALLAH, KAU tahu segala. singkapkan aib diriku ke atas diriku .
buka baik manusia biar aku terkelu. 
aku tertinju, dan mahu menapak juga di'situ'."


teruslah kau meminta.
teruslah kau bermain silat tinta.
jelas kau tak perlu ilmu hina.
kau bukan seteru kata nista,

kau hanya rindu dewasa,
membeza antara kera dan manusia!


0202pm
ITD uiam,
~bergegas menuju nahwu 2~
^_^