Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Warkah : Syahid itu, bukan ada di tikar sejadah!

بسم الله الرحمان الرحيم
Perkongsian dari seseorang kepada kita.

Dia meminta saya kongsikan bersama kalian. Berat untuk saya menerima warkah ini dipampang di sini.Tetapi kerana saya menghormatinya pendiriannya yang mahu namanya dirahsiakan, saya kekalkan penulisan ini sepertimana yang dihantar kepada saya.

-Zaharoh Fajar Nina-

------------------------------------------------



# Warkah : Syahid itu, bukan ada di tikar sejadah! #

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini aku deactive facebook. 

Aku merasa perlu banyakkan masa dengan kekasihku Allah. Ada sebersit ketakutan dalam diri jika dijemput kembali tanpa 'apa-apa'. 

Aku nekad.

Aku hanyut dalam 'ibadah' dan 'lantunan Al-quran', sesekali aku menagis kerana kefahaman yang dalam terhadap makna Al-quran. Setiap bait kata dari Al-quran itu benar-benar membasuh diriku. Aku larut dalam perjalanan menuju Allah itu..

Sujudku lama dari biasa.

Setiap sujud, sejadahku pasti basah dengan airmata keinsafan. Memang, aku sed…

Demi MASA!

بسم الله الرحمان الرحيم
Demi masa!
Demi masa!
Demi masa!

Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian...
dua kali Allah datangkan tanda penegasan(taukid) dalam ayat ini. Sudahlah awal ayat Allah bersumpah dengan MASA.

Cuba kita renung kembali  lafaz asalnya di dalam bahasa arab:
والعصر Demi MASA,

إن الإنسان لفي خسرٍ Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian.

penegasan pertama pada (إن) dan penegasan kedua pada huruf lam sebelum 'fi' (لفي) yang membawa maksud 'Sesungguhnya'.

Sungguh, masa adalah sejenis makhluk yang membuat manusia merasa rugi dan terus rugi. Jika kita lihat dalam syair Jahiliyyah, para penyair sebelum kedatangan islam ini juga menyedari betapa masa seringkali membuat mereka kerugian dan mereka.

Khansa' bersyair mengenangkan kematian abangnya dan berkata:
تَبْكِي خُنَاسٌ عَلَى صَخْرٍ وَحَقَّ لَهَا
Seorag Khansa' terus menangisi kematian Shokhr(abangnya) dan apa yang telah berlaku di hadapan matanya,

إِذْ رَابَهَا الدَّهْرُ إِنَّ الدَّهْرَ ضَر…

Tadabbur surah Al-kahfi ayat 45

بسم الله الرحمان الرحيم

Ayat ke 45 surah Alkahfi, membawa saya kepada sebuah coretan..
-------------------------

Hari ini sudah masuk 1 November dan Zulhijjah bakal meninggalkan kita.

Umur sudah bertambah sehari lagi. Esok, sehari lagi dan begitulah seterusnya.. Sehingga, kita tidak menyedari perubahan demi perubahan berlaku begitu cepat.

Saya tiba-tiba teringat zaman ketika di tingkatan satu. Waktu itu, kita merasa sudah dewasa kerana melangkah ke suatu dunia yang khusus untuk orang-orang 'dewasa'.

Terlalu banyak impian dan harapan yang didambakan, dan alhamdulillah sthummal hamdulillah [segala puji bagi Allah], yang telah memakbulkan semua impin itu bahkan lebih. Subhanallah!

Liku-liku menuntut ilmu diharungi dengan langkah pertama di sebuah Maahad di kaki Gunung Jerai. Impian saya dahulu, cuma mahu ikut bersekolah dengan kak Syahidah Fajar..

Tetapi, baiknya Allah.. Dia kurniakan lebih dari itu.

Allah beri sahabat-sahabat yang solehah dan guru-guru yang sabar mendid…

Dari sebuah kelas Nahu aku belajar nilai IKHLAS..

بسم الله الرحمان الرحيم
Di bawah kubah biru tersergam nan indah, saya mula mencoretkan kejadian hari ini. Kejadian biasa yang menusuk ke jiwa.


Teruskan dengan kebaikan yang lain..
Usai meeting dengan sahabat DnT ALA, saya terus meluru ke kelas syarah Ibnu Aqil di Masjid.
Mulanya, kaki terasa malas melangkah ke masjid. Apatahlagi bila Afaf dan Fad mengajak saya makan sekali. Sikap mukmin yang baik dia berusaha memenuhi harapan dan ajakan saudaranya. 
Tetapi, tiba-tiba saya teringatkan kelas Syarah Ibnu Aqil Dr Solehah.
Saya merenung jam Casio besi di pergelangan kanan, jam menunjukkan tepat 11 pagi. 'Aha, kelas Syarah Ubnu Aqil belum habis lagi ni..' desis hati.
Tiba-tiba teringat pesan ummi:
"Biasakan diri tu Zaharoh, lepas selesai satu kerja, sambung dengan kerja yang lain pula.. !!فإذا فرغت فانصب (Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain) [Al-insyirah :7]"
Suara ummi seolah-olah berbisik halus ke telinga saya.…