Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Untuk yang terakhir.. (311212)

بسم الله الرحمان الرحيم
Hari ini 31 Disember 2012

31.12.12. Ada apa hari ini? Tiada apa. Biasa-biasa sahaja sebenarnya.
Cuma, di dalam dewan peperiksaan Foyer 3 CAC yang memuatkan lebih 300 calon sebentar tadi, saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu.
Terkadang sesuatu itu nampak remeh dan biasa-biasa. Tetapi, saya suka untuk menuliskannya. Sebab, saya ini jenis cepat lupa.(err.. bukan nyanyuk..) cumanya, sebab terlalu banyak perkara yang difikirkan, saya jadi cepat hilang fokus. Antara cara yang paling efektif untuk saya terus ingat apa pun pelajaran dari universiti kehidupan , saya paksakan diri untuk menuliskannya (baca: paksa). Maksudnya, menulis ini bukanlah perkara yang mudah. Sekalipun menulis kisah 'sendiri'. Sangat perlu kepada mujahadah.
Tambahan pula, jika di'pancing' soal niat. Memang inilah antara perkara yang membuat saya 'type' dan 'delete' berulang-ulang kali. NIAT.
Bismillah, semoga ada manfaat dan tetap memelihara TAQWA. Saya mulak…

PELIT : Musafir membekal Taqwa.

بسم الله الرحمان الرحيم
PErsonal LITerature ~26 Disember 2012~
Entahlah kenapa. Sejak akhir-akhir ini aku memang tidak dapat berhenti menulis. Aku suka keadaan begini. Aku mahu terus menulis. Sebab bagi aku, menulis itu memelihara taqwa. Bagaimana? Terpulang bagaimana kamu mentafsirkan.
Cuma satu yang aku takutkan. Penulisan yang aku sangka pemberat timbangan amal, rupa-rupanya hanya debu-debu yang berterbangan! (na'uzubillah min zalik!)
Hari ini, aku musafir ke Klang pula. Aku tidak memandu, hanya duduk di belakang dan memerhati pemandu. Jam 7.30 pagi aku bersama kak Syahidah dan kak Asma serta dipandu oleh kak Fazlina, bertolak ke Klang. Rencananya, kami mahu menziarahi dua pupu Abi yang tinggal di Klang.
Musafir kali ini, membawa aku ke suatu dimensi yang damai. Di tengah kesesakan jem di sepanjang Lebuhraya Duke, aku memerhati satu-persatu kenderaan yang lalu-lalang. Kereta Audi, BMW, Alphard serta bermacam kereta lagi yang aku tidak tahu namanya. Semua kereta itu, pemandunya a…

PELIT : Alam pernikahan yang 'ghaib'.

بسم الله الرحمن الرحيم
(Personal Literature)
Pelit 25 Dis 2012

Aku tiba-tiba terbayang alam pernikahan. Alam ghaib buat aku yang belum berpengalaman. Bukan sebab aku kemaruk mahuu berkahwin. Cuma aku terbayang bagaimana sebenarnya rupa alam itu.

 Ada yang takut menempuh alam itu, sehingga mahu-mahunya mereka jadi seperti Imam Malik yang tidak berkahwin. Ada pula yang merindu-rindu alam itu, apabila pola perbicaraan mereka berlegar sekitar cinta dan rumah tangga sahaja. Tak beranjak walau seinci.

Semuanya bermula bila, aku berziarah ke Kampung Baru hari ini.

Bersama Ummi dan abi serta seluruh ahli keluarga. Musafir yang mencerna banyak hikmah hari ini. Musafir yang mencetak buah-buah idea menyusun aksara kata. Musafir yang menjentik minda dan hati beku seorang 'aku'. Musafir yang menyemai buah sabar dan redha..

Bertemu kak Wardina Safiyyah. Tiba-tiba kak wardina mendekati Ummi dan bertanya, bagaimana ummi menjaga kami 8 orang adik-beradik semuanya. Jeda. Kemudian ummi menjawa…

Konvensyen sunnah 2012: Last episode..

بسم الله الرحمان الرحيم

 Awalnya, saya berkobar-kobar mahu berkongsi semua pengisian yang saya dapat sepanjang Konv Sunnah 2012 ini. Alhamdulillah, saya sudah siapkan dua entri berkaitan, Ep1: catatan-sepulang-konvensyen-sunnah-2012 dan Ep2 : Balik tabir yang sering dilupakan..

Tetapi, bila saya melihat video-video Konv Sunnah sudah diupload .. saya urung. Saya fikir, lebih baik sahabat-sahabat dengar terus dari video yang ada. lebih sampai dan lebih 'terasa'.
Jadi, saya mahu menghabiskan episod Konv Sunnah 2012 malam ini juga di blog ini.
Sebelum saya terlupa, jutaan tahniah saya ucapkan kepada pihak Pertubuhan Kebajikan Al-qayyim Pulau Pinang yang bertungkus lumus menjayakan KS 2012 ini. Terutamanya buat kakak saya, Asma Fatimah Fajar yang disebut namanya oleh tokoh sunnah tahun ini, Dr ismail Luthfi :-) (ingat-ingat kami di sini yea..). Selaku satu-satunya kakitangan wanita yang terlbat.. saya ucapkan tahniah atas kerja keras!
Niat, semoga semua amal yang kita buat Allah ambil …

Konvensyen Sunnah 2012: ‘Balik tabir’ yang sering dilupakan

بسم الله الرحمان الرحيم

catatan : sepulang Konvensyen sunnah 2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Ini coretan saya sepulang dari konvensyen sunnah2012. Buat sahabat semua, doakan saya kuat untuk berkongsi semuanya. Saya mohon maaf kepada semua kerana sebelum ini, banyak yang saya janji untuk kongsikan, tetapi banyak yang tidak dapat diteruskan. Untuk topik yang sangat genting kali ini, mudah-mudahan ALLAH beri kekuatan kepada saya untuk kongsikan semua yang tercoret di nota saya :-)