24 December 2012

Konvensyen Sunnah 2012: ‘Balik tabir’ yang sering dilupakan

بسم الله الرحمان الرحيم

Konvensyen Sunnah ~21 Disember~
Kuliah Isya' oleh ~DR MAZA~


‘Balik tabir’ yang seringkali dilupakan


Kuliah tirai pembukaan oleh DrMAZA, benar-benar membuat saya terharu. Dr MAZA bercerita tentang seorang tokoh yang amat kita kagumi dan kita kenali. Bahkan Lim Guan Eng pun mengenali tokoh ini, dan mahu mencontohi beliau.


Umar Abdul Aziz.


Itulah sebuah nama yang tidak asing bagi kita. Nama yang sering menjadi sebutan semua ilmuan dan bukan ilmuan. Nama yang sering kita kagumi sifat zuhudnya. 

Nama yang sering digencar-gencar oleh barisan para pimpinan terutamanya. Kepimpinan beliau, memang tidak dapat disangkal lagi.

Dua tahun beliau menjadi khalifah, punah segala kemiskinan. Sehingga tiada yang layak menerima zakat !


Lihat, betapa zuhudnya kehidupan Umar bin Abdul Aziz.

Itulah sebuah nama yang kita kagumi.


Tetapi, kuliah DR MAZA malam ini bukan mahu bercerita tentang Umar bin Abdul Aziz.
 

DR MAZA seolah-olah mahu membawa saya dan para jemaah yang hadir ke suatu arena yang kita jarang akui. Arena ‘balik tabir’ yang seringkali kita lupakan. Sedangkan, arena inilah yang menjadi tonggak sebuah cetusan.


Kata DR MAZA:

“ ..jangan hanya ingat tokoh.. tetapi ingatlah juga siapa yang menyebabkan naiknya seorang tokoh itu..”





Tidak akan ada seorang Umar (عمر ) tanpa seorang Roja’ (رجاء ).



Roja'-bin-haywah Al-kindy, seorang penasihat raja yang baik, beriman dan soleh. (Khilafah bani Umayyah ketika itu dipegang oleh Sulaiman bin Abdul Malik . 

Suatu hari, datang seorang lelaki kepadanya. Ketika itu dia sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Sulaiman ibn Abdul Malik.

“ Kau akan diuji dengan lelaki ini (seraya menunjuk kepada Sulaiman). Padanya, kebaikan yang banyak. Dan padanya ada keburukan yang banyak.”
Setelah mengucapkan kata-kata ini kepada Raja’, lelaki itu pergi tanpa meninggalkan jejak.

Kata Roja’, “sejak hari itu aku ingat nasihat si lelaki.”


Ketika Sulaiman hampir meninggal dunia dan meminta cadangan nama penggantinya sebagai khalifah, Roja’ adalah orang yang membantah pengganti khaifah dari kalangan keluarga Abdul Malik. Kerana, Haywah melihat khilafah akan terus makmur dengan diperintah oleh Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Gabenor di Kotanya.


Pelbagai diplomasi dibuat agar Umar dibai’ah oleh keluarga Abdul Malik sebagai khalifah. Pelbagai helah disembunyikan agar Umar tidak tahu bahawa dialah pengganti Sulaiman. Kerana Haywah tahu, Umar akan menolak perlantikan itu jika dia tahu.


Kisah ini, benar-benar buat saya rindukan ‘ Roja’ bin Haywah’ era ini. Insan sholeh yang mampu mempertahankan nilai insan sholeh yang lain…


Jujur saya katakan, nama Roja’ bin Haywah pertama kali saya dengar selama 20 tahun saya hidup. Begitulah, betapa kita melupakan Roja’ yang ‘kecil’ tetapi besar dalam proses naiknya seorang ‘Umar bin Abdul Aziz’.


Saya dapat membayangkan, jika tidak ada Roja’ yang ‘meracuni’ pemikiran Sulaiman  Bin Abdul Malik.. pastilah tidak ada era khalifah Umar bin Abdul Aziz. Betapa pentingnya !


Selepas bercerita tentang kisah Roja’ , DR mAzA menyambung lagi,

“ terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bantu walau sekecil apa pun usaha untuk Konvensyen Sunnah 2012 ini. Ada yang share di facebook, ada yang buat gerak kerja, ada yang tulis di status, ada yang bantu sekadar mampu. Dengan adanya tenaga-tenagan kecil inilah yang membantu kejayaan Konvensyen Sunnah 2012. ”



Terharu dengan kata-kata DR MAZA. Benar, tidak banyak manusia yang mampu menghargai manusia-manusia ‘kecil’ setelah mereka menjadi manusia besar. Mendengar ucapan Dr MAZA, saya merasa menjadi ‘Roja bin Haywah’ di antara Roja’-Roja’ yang ada.


Walaupun usaha saya dalam menjayakan Konvensyen Sunnah ini, mungkin lebih ringan dari habuk. Tetapi, saya yakin janji ALLAH. Kalau niat kita benar kerana ALLAH, mungkin habuk inilah yang akan menjadi pemberat ketika berhadapan dengan al-mizan nanti.

Aamin.


Banyak sebenarnya yang dikongsi oleh DR MAZA malam itu. Saya Cuma sempat catit yang ini sahaja. Kepada 600 lebih sahabat-sahabat yang turut hadir dan membaca entri ini, harap tambah yang mana saya terkurang . :-)




No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)