Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

du'at, lihatlah dengan mahabbah..

بسم الله الرحمان الرحيم

Aku melihat mereka. Biasa. tiada yang istimewa.
Mungkin itu kata paling mudah untuk menggambarkan situasi diri mereka. 
Mereka bukan pak lebai yang wajahnya penuh dengan ‘nur’. Mereka bukan ‘budak pondok’ yang dipenuhi ilmu. Mereka bukan imam muda yang disegani.bahkan, mereka juga mungkin bukan makmum masjid yang diabaikan. 
Mereka hanya manusia.
Mereka juga bukan ‘ustazah’ yang sejuk mata memandang. mereka dilahirkan dalam keadaan yang kita tak dapat menjangkanya. Pakaian mereka ‘sekadar’ menutup aurat.


mereka hanya wanita yang dilahirkan sebagai wanita.

Mereka juga insan yang mahu dibelai dengan kasih sayang dari pencipta mereka.
Mereka dahagakan damai dan bahagia bercinta dengan sang pemilik cinta.
mereka sebenarnya mahu mengenal ALLAH yang memiliki damai dan bahagia itu.
mereka juga punya fitrah seperti kita.
Mereka mahu dikasihani dengan belaian yang abadi. 


Mereka mahu. mereka perlu. Mereka berusaha ke arah itu sebenarnya. Hanya terkadang, mereka tak sekuat kita yang dib…

istimewa: berkorban atau terkorban?

بسم الله الرحمان الرحيم
ketika entri ini ditulis, saya masih berada di 'taman budi dan ilmu' UIAM yang saya kasihi. malam ini baru bertolak pulang ke pulau pinang. insyaALLAH sampai esok, pagi raya  :-).
UIAM sunyi dari kesibukan manusia seperti biasa. berjalan-jalan disekitar mahallah, masjid, 'centre', dan pintu pagar utama, mencipta satu muhasabah yang sangat terkesan dalam diri saya. melihat segelintir pelajar yang tak dapat pulang ke kampung halaman menimbulkan sebuah cetusan optimis dalam minda. moga ALLAH menliai pengorbanan mereka yang berkorban demi perjuangan ilmu.

menghidupkan zulhijjah
1)sepuluh hari pertama zulhijjah.  rasulullah-salallahu alaihi wasallam- sudah memberi panduan untuk kita lebih menghayati makna pengorbanan, dengan menyemarakkan ibadah pada sepuluh hari pertama zulhijjah.


Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertan…

santai: isteri solehah, ibu murobbiyah

بسم الله الرحمان الرحيم
"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…”
 (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api …