بسم الله الرحمان الرحيم
Aku melihat mereka.
Biasa.
tiada yang istimewa.
Mungkin itu kata paling mudah untuk menggambarkan situasi diri mereka.
Mereka bukan pak lebai yang wajahnya penuh dengan ‘nur’. Mereka bukan ‘budak pondok’ yang dipenuhi ilmu. Mereka bukan imam muda yang disegani.bahkan, mereka juga mungkin bukan makmum masjid yang diabaikan.
Mereka hanya manusia.
Mereka juga bukan ‘ustazah’ yang sejuk mata memandang. mereka dilahirkan dalam keadaan yang kita tak dapat menjangkanya. Pakaian mereka ‘sekadar’ menutup aurat.
mereka hanya wanita yang dilahirkan sebagai wanita.
mereka hanya wanita yang dilahirkan sebagai wanita.
Mereka juga insan yang mahu dibelai dengan kasih sayang dari pencipta mereka.
Mereka dahagakan damai dan bahagia bercinta dengan sang pemilik cinta.
mereka sebenarnya mahu mengenal ALLAH yang memiliki damai dan bahagia itu.
mereka juga punya fitrah seperti kita.
Mereka mahu dikasihani dengan belaian yang abadi.
Mereka dahagakan damai dan bahagia bercinta dengan sang pemilik cinta.
mereka sebenarnya mahu mengenal ALLAH yang memiliki damai dan bahagia itu.
mereka juga punya fitrah seperti kita.
Mereka mahu dikasihani dengan belaian yang abadi.
Mereka mahu.
mereka perlu.
Mereka berusaha ke arah itu sebenarnya. Hanya terkadang, mereka tak sekuat kita yang dibajai tarbiyyah dan sogokan ilmu..
Mereka perlukan doa dan dorongan kita sebenarnya.
mereka bergantung dengan tali mahabbah yang kita tebarkan.
Mereka terkapai-kapai di saat mereka menjangka tali itu sedang menghampiri dan menyelamatkan mereka.
Mereka damai dengan tali itu.
mereka bahagia saat melihat tali mahabbah itu di kejauhan.
Hanya kerana terkadang, kita tak mengerti sorot mata mereka yang penuh mengharap.
Kadang juga, kita tak mengendahkan mereka yang sedang terkapai-kapai mengharungi ombak dilema yang membadai emosi.
kasih sayang itu datang dari lubuk hati yang dalam..
dan akan masuk ke dalam lubuk hati yang lain pula..
inilah rahsia dakwah RASULULLAH!
sahabat, peluklah mereka dengan rangkulan inayah.
tegurlah mereka dengan panahan hikmah,
bentuklah mereka dengan pedoman Al-Quran dan Sunnah,
pandanglah mereka dengan tenungan mahabbah,
bentuklah mereka dengan sabar tanpa gundah,
buang pesimis dan optimislah..
Duhai para insan yang diberi hidayah oleh ALLAH lebih awal dari mereka..
layakkah kita menghukum?
perlukah kita meminggirkan mereka?
tidakkah kita merasa hina dengan persepsi buruk kita terhadap mereka?
mereka harus berubah..
mereka hendak berubah..
hanya menunggu.. adakah kita juga mahu berubah?
bumi IIUM menyaksikan pertemuan-pertemuan aku dengan 'mereka' |
p/s:
1) doaku agar ALLAH terus memelihara iman aku dan kamu. moga ALLAH limpahkan hikmah yang hilang dari orang mukmin ke dalam diri kita semua.
1) doaku agar ALLAH terus memelihara iman aku dan kamu. moga ALLAH limpahkan hikmah yang hilang dari orang mukmin ke dalam diri kita semua.
2) bacalah nota hatiku ini dengan 'hikmah'.maka,kamu akan temui hikmah.
uhibbukum fillah :-)
kadang2 memang susah nak wujudkan mahabbah kepada orang lain(mad'u) walaupun anak usrah kita sendiri.ada kesedaran untuk berusrah tapi mahabbah kepada ahli2 usrah tiada..mungkin kerana hati masih hitam dengan dosa2...
ReplyDelete@kembara tarbiyyah yang dikasihi ALLAH..
ReplyDeletemahabbah itu perlu disemai. bila kita rasa susah nak wujudkan mahabbah kepada manusia, bermakna semaian mahabbah kita kepada ALLAH belum cukup.
maksudnya, taatlah kepada ALLAH agar kita sentiasa di bawah kasih sayangNYA.
bila ALLAH sayang kita, kita pula akan sayang orang lain.. terutamnya mad'u..
insyaALLAh boleh!
:-)
~firas az-zahra'~