Firas az-zahra' yang sebenarnya

 بسم الله الرحمان الرحيم

Terdetik bertaaruf dengan kalian. selepas membaca buku ' berdakwah melalui penulisan efektif ' yang ditulis oleh hafiz firdaus abdullah

Kata beliau, 'penulis harus jujur. Penulis harus menggunakan nama sebenar. Penggunaan nama samaran menunjukkan tidak jujur, penakut dan seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan'. 

Rasa ter'kena' dengan kata-kata beliau. 

Jadi, saya tidak mahu ketidakjujuran menyebabkan ada batu penghalang antara kita. Biarlah saya mengenali dan dikenali dengan sebenar-benar 'saya'.

UTAMA

Nama penuh Zaharoh binti Fajar Nina Purnama Alam.

Dilahirkan di bukit mertajam pada tanggal 7 oktober 1992.

Anak keempat dari 8 orang adik beradik.dan cuma dua lelaki. (moga mereka menjadi mujahid pembela islam! -amiin- 



Maklumat pendidikan :)
 
Pendidik pertama dalam sekolah kehidupan saya adalah ummi dan abi.
Pendidikan awal secara formal,tadika al-masriyah.

Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah,Bukit Mertajam Pulau Pinang.   (1999-2004)

Berhijrah ke negeri jiran, tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Maktab Mahmud Yan(MMY),Kedah.  (2005-2007)

Tingkatan empat, saya meneruskan pengajian dalam aliran sains di Maktab Mahmud Alor Setar(MMAS).   (2008-2009)

SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA di MMAS.   (2010)

Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2011-2015)






Kisah dan sedikit cerita tentang saya


Satu perkara yang amat memberi kesan dalam kehidupan saya hingga sekarang, perjalanan hidup ummi. Sebagai anak sulung daripada 10 adik beradik, ummi melalui liku2 kehidupan yang lebih mencabar berbanding adik-adiknnya yang lain. katabahan seorang wanita berbeza dari kegagahan seorang lelaki..

Abi?
Didikan pertama dari abi buat saya adalah nama. kata abi, nama saya abi ambil dari gelaran anak nabi SAW az-zahra'-yang suci bersih- (tapi ejaan dalam I/C dah jadi lain). never mind,,secara tidak langsung nama itu menjadi inspirasi terpendam dalam diri saya.

Setiap kali rasa lemah, putus asa, dan kecewa saya akan ingat semula bagaimana hebatnya fatimah az-zahra'-putri nabi- menghadapi kesusahan hidupnya dengan penuh redha. Bagaimana beliau menjalani kehidupan sebagai putri seorang nabi.. Subhanallah.

MMY dalam kenangan
Di MMY saya mengenal dan melalui tarbiyyah. sejak dilantik menjadi pengawas ketika di tingkatan dua, saya mula merasakan hakikat 'tarbiyah' sebenar. melalui program di MMY dan MMAS dengan kompilasi asam garam kehidupan menjadikan saya manusia yang 'agak matang' :-).

Sungguh, manis merasai tarbiyah walaupun perit melaluinya.. ALHAMDULILLAH.


Selepas keputusan SPM keluar, saya ter'paksa' mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM dan bukan bidang Sains Fizikal yang saya minati. ramai yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan bidang sains?

Jawapannya, banyak faktor. Cuma, dari sisi hikmah yang saya dapat.. mungkin saya dapat simpulkan menjadi satu:


" من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين "

Maksudnya: Sesiapa yang dikehendaki baik oleh ALLAH, nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam oleh-NYA.
(Bukhari no.71 dan Muslim no.1037)* [1]


Mungkin inilah cara ALLAH supaya saya mendalami deen-NYA. Sahabat-sahabat, cara ALLAH memahamkan kalian mengenai agama mungkin berbeza..(kan?)

ALLAH sentiasa  punya cara terbaik untuk kita... belajar REDHA, mencari HIKMAH, melalui TARBIYYAH. tinggal kita menilainya dengan iman, barulah semua itu bersatu menjadi penambah cinta kepadaNya.

UIAM, medan tarbiyyah saya di saat ini.
Tahun ini, umur saya sudah menjangkau 25 tahun. Terasa kerdilnya diri, sultan Muhammad Al-fateh sudah mampu menakluk Konstantinopel, Thoriq bin Ziyad sudah menjadi panglima bertempur di medan perang menakluk Spanyol ketika umur mereka sekitar 19-21.


Sedangkan diri ini baru setahun jagung memperjuangkan dakwah. :-(

Sesungguhnya, doa-doa kalianlah yang menguatkan kaki saya serta kita di jalan ini.

Tahun ini(2017) saya ada misi dan perancangan. Perancangan saya secara umum, menulis GILA-GILA. Maksudnya, bersungguh-sungguh. Buku pertama saya dalam proses insyaAllah. Jika Allah izinkan 2018 akan keluar (Mohon doakan agar Allah redha dengan penulisan buku ini. Jika Allah tidak redha, saya berharap  buku ini tidak berjaya terbit di pasaran.)

Itu perancangan saya, perancangan ALLAH saya belum tahu. Apa sahaja yang terjadi, insyaALLAH saya tetap akan terus menulis kerana minat menulis tumbuh sejak sekolah rendah lagi.

Walaupun ramai sahabat-sahabat yang beritahu saya ada potensi yang besar dalam  public speaking, tetapi jujur, saya tetap lebih suka menulis. Bagi saya, penulisan mampu mengingatkan apa yang ditulis oleh penulis kerana ia kekal. Sedangkan percakapan mudah dilupai oleh pembicara itu sendiri..

Inilah sedikit sebanyak tentang firas az-zahra'.

Eh,lupa pula firas az-zahra adalah nama pena saya di alam maya. Saya bahagia mengekalkan az-zahra' kerana itulah sumber inspirasi tarbiyah saya. Firas bermaksud celik akal/ bijaksana. (baca:firas. kalau firash=tilam). Az-zahra' bermaksud yang suci bersih.

firas az-zahra' 

Biarlah dia menjadi sebijaksana 'aisyah radhiyallahu 'anha. Supaya tidak mudah terpedaya dengan ilmu-ilmu palsu yang kian bermaharajalela dalam dunia maya mahupun nyata. Biarlah dia menjadi wanita yang berpegang dengan sumber utama Al-Quran dan Sunnah yang shoheh sebagaimana menggenggam bara api. Biarlah dia meneladani kesucian jiwa fatimah az-zahra'..


Bicara di hujung perkenalan

Tiada yang istimewa tentang saya melainkan satu:

Sayalah hamba ALLAH yang hebat kerana mempuanyai 'akal. Sayalah insan yang sentiasa mahu menjadi khalilullah (kekasih ALLAH) dan saya tak ingin menjadi kekasih ALLAH seorang diri.

Saya mahu kita sama-sama menjadi kekasih ALLAH.. Kita sama-sama menjadi hebat kerana tugas kita sebagai Khalifah amatlah mulia.

Ayuh, ALLAH sentiasa ada melihat setiap tingkah laku kita.. di saat ini..ketika membaca post ini..
Akhir kalam, sambutlah salam perkenalan dari saya.

Saya juga mahu menyambut salam taaruf dari kalian, sahabatku..



Kalau tidak keberatan, saya mahu kenal:

1) nama(sebenar) kalian/nama samaran.
2) butir pendidikan,
3) apa sahaja ucapan dan perkongsian dari kalian..
3) kepada yang ada blog..
(sebab berblog, nama blog, pngalaman berblog)


 wassalam (^_^)


* [1][ kitab ringakasan riyadhussolihin,-terjemahan- terbitan telaga biru]
wallahu a'lam

21 comments:

  1. ah ada satu nak tanya, dalam hadis atas nie

    maksudnya: sesiapa yang dikehendaki baik oleh ALLAH, nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam olehNya.
    (Bukhari no.71 dan Muslim no.1037)

    mana awak tau kedudukan dia dalam bukhari muslim mcm tu, ada some sort of rujukan ke? maaf tanya, sebab saya dok kumpul2 hadis jugak tapi nak jugak tau kalo2 ada tempat nak rujuk senang.

    so again, how do u get that number?

    ReplyDelete
  2. 1) anonymax

    ya ALLAH, maaf ya. saya lupa letak rujukan. hadis maksudnya: sesiapa yang dikehendaki baik oleh ALLAH, nescaya diberi pemahaman agama yang mendalam olehNya.
    (Bukhari no.71 dan Muslim no.1037)

    saya ambil dari ringkasan riyadhussolihin terbitan telaga biru. saya belum sempat lihat terus dari kitab bukhari muslim yang asal.

    sekali lagi, jazakallah atas pertanyaan. saya ter'lalai' sebentar.

    ReplyDelete
  3. oh ok. i guess there's no soft copy available yet. thx for answering. maaf krn menyusahkn.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zahra =)
    setelah beberapa ketika jadi silent reader d blog ini,
    baru terpggil lagi utk drop samting =)
    dah kenal zahra..terpggil jg utk taaruf diri sndiri..
    insyaALLAH dlm masa terdekat ..
    owh ya, kakak sepupu sy juga bernama zahra =)

    ReplyDelete
  5. 1)anonymax

    tak perlu minta maaf. anda bantu saya sebenarnya. terma kasih. :-)

    ReplyDelete
  6. 2) kasturi jiwa

    waalaikumussalam. rasa akak dekat ja.. insyaALLAH bertemu dalam halaqah di syurga..:-)

    ReplyDelete
  7. amin ya ALLAH..
    akak pun rasa perkara yg sama..
    sudah pasti krn hati yang bertaut krn ALLAH..akak pun dah buat page ttg diri. behagia kiranya zahra sudi berkunjung dan membaca. =)

    ReplyDelete
  8. amin ya Allah..
    akak pun rasa yg sama =)
    ukhwah ruh islam..
    akak pun dah buat page ttg diri sbnrnya..bahagia kiranya zahra ada masa bertandang utk baca ^^

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Bila terbaca hadis {من يرد الله به خير يفقهه في الدين}, ana teringat satu lagi hadis Nabi SAW:

    الناس معادن خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهوا.
    Manusia umpama bahan galian (dlm sesetengah riwayat seperti bahan galian emas dan perak), mereka yang terbaik semasa jahiliyyah, mereka juga terbaik semasa Islam apabila mereka faham (agama). Hadis riwayat Al-Bukhari.

    Dan sirah Rasulullah SAW menunjukkan, memeluk, mendalami dan memahami agama Islam tidak sedikit pun menumpulkan bidang yang seseorang itu ceburi. Ada di kalangan Sahabat yang mahir bersyair dan merangka strategi di dalam peperangan.

    Apa-apa pun, setiap manusia ada pilihannya. Ada yang memilih sains, ada yang memilih sastera, ada yang memilih pengajian agama, dan sebagainya.Semoga pilihan mereka mampu mengangkat kembali maruah umat Islam.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam.

    tepat. hadis ini bukanlah bermaksud pelajar pengajian agama adalah orang-orang yang ALLAH pilih untuk dapat kebaikan..

    ada juga pelajar 'agama' yang tiada malu melakukan maksiat..(nauzubillahi min zaalik)

    semuanya bergantung kepada sejauh mana individu itu meletakkan ALLAH dalam ilmunya..
    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam.nampaknya,saya pun terasa jugak.tak gunakan nama sebenar..sebab sy xmahu diketahui orang..salahke..dalam hati ni adeje sesuatu yang mahu dikongsi,walau sedikit..tapi sy sendri tak mau orang kenal saya..cukuplah sekadar kata2 dari diri..mungkin sbb xada keberanian untuk menonjolkan diri,tak tahulah..

    ReplyDelete
  13. zahra to NADIAH HAZIRAH

    salam taaruf ukhti,
    maaf baru balas.

    semoga ukhuwwah kita bertemu di syurga :-)
    uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  14. to dreamy girl

    ukhti, kata-kata ini:

    'penulis harus jujur. penulis harus menggunakan nama sebenar. penggunaan nama samaran menunjukkan tidak jujur, penakut dan seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan'.

    hanyalah kata-kata manusia, bukannya kata2 nabi yang wajib kita ikut.

    ukhti lebih tahu kenapa dan mengapa ukhti sembunyikan identiti. terpulang kepada ukhtilah mahu buat keputusan.
    ----------------------

    ana sendiri, mengapa ana mengisahkan tentang diri ana?

    sebabnya, dakwah kita memang di alam maya.tetapi, dakwah yang benar2 dianjurkan rasulullah adalah dakwah di alam nyata.

    ya, mahu atau tidak dakwah nyata itu menjadi kewajipan yang lebih aula dan lebih berkesan buat hati-hati insan.

    dan kita semua sedang berusaha mencapai syurga yang nyata. sedangkan para ulama' salafussoleh menulis buku2 mereka tanpa menyembunyikan identiti sebenar mereka. sedangkan mereka adalah insan2 yang tawadhu' dalam dakwah dan ilmu mereka.

    mereka menyampaikan dakwah dengan kita semua jelas siapa imam bukhari, siapa imam syafie dan siapa imam muslim. semuanya demi memelihara keshahihan ilmu.

    begitu juga dengan saya. jika kalian mengenali saya, maka kalian boleh tahu adakah layak kalian mengambil ilmu dari saya.

    Ali bin Thalib radiyallahu ‘anhu berkata: "Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu karena ilmu adalah agama"(At Tankil, Al Khatib Al Baghdadi, hal. 121)

    wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  15. "selapas keputusan SPM keluar, saya ter'paksa' mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM dan bukan bidang Sains Fizikal yang saya minati. ramai yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan bidang sains?"

    Keadaan ana pula 180 darjah berlainan daripada situasi anti. Walaupun minat bidang IRK, akhirnya terpaksa tempuh jalan Sains Fizikal atas beberapa halangan yang disangka. Hanya apabila bergaul dengan sahabat-sahabat IRK, baru tahu bahawa halangan itu imaginasi sahaja.

    Oh ya, rasanya belum perkenalkan diri:

    1. Nama sebenar: Lukhman Abdul Taib (bukan Luqman, Lokman dsb). Nama samaran: Daie Siber (tapi, rasanya nama samaran pun dah tak menjadi seperti fungsi asalnya).

    2. Sekolah rendah di SK St. Anne, Sekolah menengah di SMK St. Anthony Sarikei dan SMK St. Joseph Kuching. Asasi di UIAM PJ, sekarang menempuh Sarjana Muda di UIAM Kuantan (Sains Matematik).

    3. rasanya poin ketiga ni dah disebut di atas dan komen-komen sebelumnya.

    4. sebab berblog? jujurnya ana dah lupa titik mula berblog. tetapi sekarang, sebab berblog adalah untuk tazkirah diri sendiri, dakwah dan perkongsian perjalanan hidup.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Zahra'..

    Akak rasa terpanggil pula mahu perkenalkan diri..mungkin sebab BARB..akak ex-BARB..graduan UIAM tahun 2010..

    1-Nama sebenar : Fatini Bt Fauzi.
    Nama samaran di blog : dulu Zihnun Fatin yang membawa maksud buah
    fikiran yang bijak. Memandangkan maksud
    nama akak sendiri kebijaksanaanku.
    Tapi sekarang ditukarkan kepada Embun
    Melati atas sebab2 tertentu.hehe.

    2-Berpendidikan dari SRK Sultan Ibrahim 1, Maahad Muhammadi Lilbanat di Kelantan, Pusat Asasi UIAM PJ(dulu kami panggil Matrikulasi UIAM) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Kesusasteraan di UIAM pada tahun 2010. Sekarang bekerja sebagai pegawai tadbir di Al Madinah International University(MEDIU), Shah Alam bawah Exam Unit.

    3-Sebab berblog kalau daripada originalnya hanya ikut kawan. Tengok orang lain ada blog, kita pun ada blog. hehe..Tapi lama2 rasa makin menarik menulis. Jadi akak menulis apa yang akak rasa mahu kongsi. Sudi-sudi la singgah ke blog picisan akak..:)

    http://zihnunfatin.blogspot.com

    Salam Taaruf..:)

    ps: oh ya, insyaAllah next intake akak sambung master di UIAM lagi..mungkin boleh bertemu mata?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zahra to kak fatini

      masyaALLAH akak, macamana baru sedar akak bertaaruf dengan zahra dalam ni?

      hari tu dah jumpa kat HS kafe, beda buku Tuan Bahruddin Bekri. sampai jumpa lai nanti. suka dapat jumpa akak :-)

      Delete
  17. Zahra pun ada waktu bedah buku?Mana satu ye?

    Zahra pakai tudung kelabu ke?

    ReplyDelete
  18. Assalamu'alaikum dik, alhamdulillah..rasa tersentuh apbila dapat mengenali adik zahra', alhamdulillah rasa teruja juga apabila dapat mengenali dengan lebih dekat adik zahra' aka junior maahadian akak. Salam ta'aruf daripada ana, moga istiqamah ats jalan perjuangan, doakan ana juga sahabat dalam perjuangan enti juga..insyaAllah amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. to kak Nadiah

      terima kasih akak atas dorongan dan doa. semoga Akak dikuatkan dalam jalan perjuangan ini. kita sama-=sama kak :-)

      Delete
  19. Akak... Saye pelajar MMAS jugak. Baru form 1 =D

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)