Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Larian terakhir, ayuh!

بسم الله الرحمان الرحيم
Jatuh sebentar
Gerak laju menulis kian mundur. 
Ada kekangan dan cabaran yang menghunjam diri. Apa jua cabaran dan rintangan, selalu mengajar kita menjadi lebih kuat hari demi hari. Minggu terakhir semester pendek, benar-benar membuat saya semput tidak menang tangan.
Assigment, peperiksaan, kerja-kerja persatuan dan penulisan semua itu amanah yang perlu saya langsaikan semuanya. Tidak boleh ada yang tercicir. 
Fokus ramadhah terasa makin menjauh dari target. 
Benarlah, kesibukan seringkali menjadi ujian terbesar untuk orang-orang sibuk. Patutlah Rasulullah berpesan agar kita menggunakan masa luang sebelum datangnya masa sempit. Detik ini, hadis itu benar-benar terasa!
Sesekali bila melalui situasi seperti ini, saya pasti singgah di teduhan kubah biru untuk mencicip secebis kekuatan. Tetapi seminggu ini, saya benar-benar tidak punya waktu untuk ke ruang keramat itu. Setiap kali kaki menapak puluhan anak-anak tangga ke Mahallah Sumaiyah itu, saya pasti berhenti sebentar…

Di bawah teduhan kubah biru itu..

بسم الله الرحمان الرحيم



Di bawah teduhan kubah biru
Hujan lebat turun tiba-tiba. 
Di bawah teduhan kubah biru masjid SHAS itu, hati saya menjerit. Memohon doa-doa dan pengampunan. Kesempatan, ini waktu mustajab doa!
Tiba-tiba hujan berhenti. Agak aneh bagi yang memerhati. Iya, itu fenomena biasa sejak akhir-akhir ini. Saya lihat sekitar, semakin ramai orang memenuhi masjid itu. 

Masuk sepuluh hari terakhir ramadhan ini, semua orang semakin laju berlari. Demi menggapai sebuah trofi impian berupa Taqwa. Inilah suasana yang tidak saya dapati di Malaysia selain di masjid berkubah biru laut ini. Masjid universiti saya sendiri.
Di sini, sepuluh malam terakhir pasti dipenuhi manusia-manusia yang beri'tikaf. Dari wanita dewasa bersama anak-anak kecil mereka, guru-guru tahfiz bersama pelajar-pelajar mereka, artis-artis dan suami mereka, rakyat Malaysia seluruhnya, dan rakyat dari berbilang negara. 

Semuanya berkumpul di sini meraikan sepuluh malam terakhir mereka. 
Malam-malam di sini tidak akan…

Bermanfaatkah bacaan Al-quran kita?

بسم الله الرحمان الرحيم


Dia pun tahu Al-Quran..
"Semalam waktu bibi pulang mengajar, uncle guard Chinese tu tanya bibi. Ada Al-quran terjemahan inggeris tak?", Bi Oya mula bercerita.
"Pak guard tanya nak Al-quran?", saya bertanya balik seolah aneh. Iyalah, pelajar universiti pun kadang-kadang ada yang masih kurang berminat dengan Al-quran.
"Iya, chinese lagi. Katanya mau belajar tentang semua agama." bi Oya menambah sambil memasukkan beg tangan ke dalam almari besi berwarna biru laut di sebelah pintu bilik.
Saya tercenung sebentar. Sambil mata ligat memandang luar jendela, memerhati lambaian pohon di sekitar Mahallah Sumaiyah itu. 
Saya, jadi teringat sebuah kisah dari seorang sahabat ketika daurah kami di sekolah lama. Beliau bercerita tentang pengalaman turung padang melakukan dakwah lapangan di sekitar sebuah kompleks membeli belah.
Mereka ditugaskan untuk mengedarkan borang penilaian yang berisi soalan-soalan mudah berkaitan islam. Borang itu disebarkan kepa…

Tetamu 'Syiah' dan mesej Taqwa

بسم الله الرحمان الرحيم

Tetamu 'Syiah' di kelas
"Hal 'indaki nash asliy (Ada artikel asal pada kamu)?"
"Na'am, walakin fil ghurfah. (Mestilah ada ustaz, tapi di bilik..)", satu kelas ketawa. 
Hidayah memang begitu, bicaranya sering mengundang harmoni di dalam kelas. Saya cuma memerhati. Terasa ada nada lain pada pertanyaan ustaz itu.
"Min ein? (Kamu ambil artikel ini dari mana?)", ustaz melanjutkan pertanyaan.
"Ermm, dari internet ustaz. Saya tak ingat pula nama laman sesawangnya.", Hidayah masih di hadapan kami menjawab pertanyaan ustaz. Dia juga terlihat ragu dengan pertanyaan demi pertanyaan luar tajuk yang menyerangnya.
"Haazan nash min Syiah! (Artikel ini, dari Syiah)", ustaz berkata sambil bangun dari kerusi di bahagian paling belakang kelas.
"Haaah!!", satu kelas terjerit kecil. 
Hidayah yang paling kaget. 

Bayangkan sahaja, dia bertungkus lumus membuat pembentangan bertajuk 'adab-adab berbuka puasa' itu…

Akhirnya kita, bukan batu yang kaku!

بسم الله الرحمان الرحيم

Sebuah kisah cinta
"Status saya sekarang, complicated kak. Lapan pinangan, semua saya tolak."
Saya tergamam. Biar betul?

Atap dan lantai tingkat tiga masjid SHAS itu menjadi saksi bicaranya. Kelu, membuat persoalan di minda terbuku dan kami bersembang soal lain. Saya bertanyakan bila dia bila dia kan menamatkan pengajian. Dia pula balik menanyakan saya sudah berapa tahun di UIA ini.

Iera, umurnya muda satu tahun dari saya. Kami saling mengenal cuma sebentar ketika saya mengendalikan program seminar untuk wanita di Kolej Islam Antarabangsa. Wajahnya saja baru dua kali saya lihat, sebab purdah hitamnya hanya menampakkan dua biji mata yang bening.

Ini kali yang ketiga.

Pertemuan kali ini, membuat saya lebih mengenalinya. Rupanya Iera seorang yang bermatlamat jauh dan jelas. Patah katanya terlihat petah sehingga saya tidak merasa kaku walau hanya terdiam. Saya tekun mendengar cerita-ceritanya tanpa saya minta.


"Seronok dapat solat di UIA ni. Suasananya hidup…

Hidup seputar monolog dakwah ini..

بسم الله الرحمان الرحيم
Hari-hariku di ruangan itu..
Dua jam di hadapan laptop, jemari masih kaku.
Entah apa yang mahu disebarkan. Terlalu banyak permasalahan berkocak di dalam fikiran. Hafazan al-quran maqra' keenam itu saya sudahkan dahulu. Sedikit tenang setelah dibasuh dengan ayat-demi ayat yang diulang-ulang. 
Seperti biasa, masa luang saya sepanjang Ramadhan ini pastilah di ruangan solat wanita masjid SHAS. Beberapa orang makcik cleaner tekun membersihkan ruangan itu dengan tenaga empat kerat mereka. Sesekali mereka tersenyum dan menyapa pelajar yang keluar-masuk. Mulianya kerja mereka, sepertimana rasulullah memuliakan si wanita pencuci masjid nabi. 
Dua ekor burung kecil di hadapan saya leka berlompatan. Sampai ketika satu herdikan dari makcik cleaner berbaju hijau dan putih itu membuat mereka terbang agak tinggi. Hinggap di atas lubang-lubang bangunan masjid. Tanpa rasa terancam, penuh damai. 
Beberapa minit mak cik itu pergi, kedua-duanya kembali mendarat di atas hampara…

Contengan Ramadhan: Ketika sabar mula berbuah..

بسم الله الرحمان الرحيم
Terus bersabar duhai diri!


Bukan semua orang yang tersenyum itu bahagia. 
Bahkan mereka berusaha senyum untuk membahagiakan diri yang sengsara.
Bukan semua orang yang bermuram durja itu sengsara. 
Bahkan mereka tersenyum di malam-malam manusia sunyi dari dunia nyata.
 Begitulah.
Setiap kali saya mahu menulis, seribu satu persoalan datang ke dalam diri.
Untuk apa ini? Apakah penulisan ini membawa aku menuju Allah? Apa aku tidak tersalah dalam berkata-kata?
Takut.
Itulah hakikat perasaan saya ketika jemari laju menari di atas papan kekunci. Walaupun tulisan-tulisan itu terlihat gembira, hakikat hati penulisnya bukan begitu selamanya. Kritikan-kritikan tak berasas yang pernah diterima serta tempias dusta yang terkena pada diri membuat saya semakin kaku. 

Tiada bicara yang mampu diungkap.
Tetapi, sebauh matlamat memandu saya. Membungkus rasa galau dan melemparkannya jauh dari rimba hati ini. Walau terkadang ia masih mahu mengganggu lagi.
Matlamat untuk lulus dari peperiksaan duni…

Contengan Ramadhan: Selagi kita mampu memberi..

بسم الله الرحمان الرحيم

Pertemuan pertama "Terima kasih kak, perkongsian hari ni!", Bersinar-sinar wajah Amal merenung saya. Saya baru sahaja mengenalinya.
Namun, atas satu pemahaman manhaj yang sama Amal mudah mencerna pandangan saya. Memanglah, bukan semua pandangan saya itu tepat. Tetapi, sekurang-kurangnya dia faham kehendak hati saya dan dia itu sama.
Mengharap manusia bersama-sama menggigit erat al-quran dan as-sunnah dengan ilmu yang benar.
"Sama-sama Amal. kak Zahra pun, kalau tak ada Amal mana mungkin boleh sampaikan ilmu ni. " "Maksudnya?" " Macam Imam Abu Hanifah dengan murid-muridnya. Beliau gunakan metod pengajaran secara 'penyelesaian masalah'. Jadi beliau banyak meminta anak muridnya mengemukakan kemungkinan dalam masalah fiqh, kemudian baru beliau jawab. Maksudnya, kalau tak ada Amal bertanya soalan.. bekulah ilmu dalam minda akak ni.." Amal tersenyum manis. Terasa dirinya memberi sumbangan dalam diskusi kami tadi.


Lagi-lagi bah…