Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Teruslah bertahan! Jangan pernah bisu meminta.

بسم الله الرحمن الرحيم


Apalah sangat cabaran dan musibah di dunia ini berbanding nikmat yang kau akan peroleh di syurga nanti. Kau hanya perlu ikhlas wahai diri!
Aku terduduk lesu. Di hadapan Tuhanku aku meminta sayu. Aku yakin Dia mendengarkan segala bicaraku. Walau dalam nada lirih tak berbutir bicaraku, Dia masih mendengarkan semuanya. 
Tuhan, aku lelah. Tuhan, aku takut. Tuhan, aku sungguh lemah!
Di hadapan manusia aku mepersembahkan bicara dan senyuman terbaik yang aku punya, dan barangkali manusia menerimanya walau hambar.
Berubah. Kehidupan dan waktu berubah-rubah mengikut kehendaknya. Kadangkala kita dapat menempuh semua itu, kadang kita terasa lelah juga.
Kepala berdenyut. Seluruh badan gemntar. Jari-jemari kepanasan. Kerongkong hampir kering, sakit. Tulang-belulang beberapa kali berbunyi kuat.
Tubuh ini perlukan haknya.
Di hadapan tuhan, aku bangkit dan menjadi kuat. Sedetik aku terlupa, kesakitan itu kembali menyerang.
Lalu sebuah whatsap menjelma bertanya sesuatu:
"Kawan, aku sedang …