Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Aidiladha: secebis kata, berjuta hikmah..

بسم الله الرحمان الرحيم
ada sebab mengapa saya namakan blog ini KHALILULLAH.

ada kisah yang kita perlu tahu. kisah ibrahim yang sinonim dengan aidil adha.

saya mahu tulis sebuah artikel mengenainya. tetapi, aduhh! keyboard jammed. huruf 'h' dan 'g' dan 'backspace' merajuk. kena tekan berpuluh kali baru boleh..

maafla.. kalau banyak ..uruf berkenaan yan.. ..ilang

pulang

malam ini saya bertolak pulang ke UIAM GOMBAK.
ada peperangan yang menanti.

perang pena dan kertas. hmm.. exam mid sem la tu.

semoa saya dan kalian dapat buat yang terbaik.
insyaALLAH!

 pesan saya:
 terusla ikhlas,
teruslah mohon ampun,
teruslah merendah diri..

disebalik semua itu, ada HIKMAH dan ketenangan menanti.
---------------------------

p/s:
tolong bacakan kisah KHALILULLAH di link ini ya..:-)
.http://saifulislam.com/?p=161

Tomorrow is ‘Arafah day..what should I do?

بسم الله الرحمان الرحيم

Situasi 1:
Semalam, ada sale besar-besaran di sogo! potongan  sehinga 70%!
Situasi 2:
Hari tu, saya ada tiket free menonton bola sepak. saya tak dapat pergi. jadi, saya buang tiket tu!
Huh, kalaulah kita berhadapan dengan situasi satu dan dua di atas, pasti ada di antara kita yang merasa rugi. aduh, ruginya.. Kalaulah aku tahu..
Ya, begitulah kerugian yang kita dapat jika kita ‘tidak tahu’ sesuatu kelebihan dan kebaikan. Sedangkan, kebaikan itu mudah untuk kita lakukannya.


Kelebihan hari Arafah

Yah, hari ini adalah hari para jemaah haji wuquf di Arafah atau lebih mesra dengan panggilan ‘hari Arafah’.

Kebanyakan kita, hanya tahu 10 Zulhijjah adalah Hari Raya korban. Sedangkan, kita mungkin tidak tahu. sebenarnya, hari ini (9 zulhijjah) tak kurang istimewanya. Hari Arafah adalah hari yang amat mulia bagi umat Islam. Hari tersebut adalah hari mustajabnya do’a. Hari tersebut juga adalah hari diampuninya dosa dan pembebasan diri dari siksa neraka.


Di antara keutamaan hari …

hari ini dan esok..

بسم الله الرحمان الرحيم
hari ini.
memang, di luar ia tidak berbeza dengan hari-hari sebelumnya. tetapi, bagi setiap insan, ada yang berbeza.
bila hari ini bermula dengan sedetik memuhasabah dosa, seluruhnya seolah bersusun indah.
alhamdulillah.
pagi-pagi saya menuju ke perpustakaan. perjalanan yang memakan masa sekitar 10 minit. membuahkan sesuatu yang indah. sukar diertikan.
jalan tar masih basah. pohon-pohon hijau itu sedang berzikir. mensyukuri titis demi titis air yang mengalir di atasnya. saya merasainya dengan hati. tenang.
sungguh, baru sebentar tadi saya resah dengan peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Quranic Prophetic Text. air dingin pagi tadi, membuat diri maalas menuju ke kamar mandi.
tetapi, saya gagahkan.
rupanya, inilah nikmat yang dibayar. tiada lagi resah. tiada lagi bimbang.
merenung alam ini, benar-benar membuat hati damai. terlupa sebentar peperiksaan 30 markah sebentar lagi. dami itu benar-benar membunuh resah!

esok belum tentu
alhamdulillah, itulah perm…

kem remaja soleh 2012-- slot khas bersama Imam Muda Asraf

بسم الله الرحمان الرحيم
Kem Remaja Soleh 2012


insyaALLAH, saya adalah salah seorang fasilitator untuk kem ini. sesiapa yang ada adik atau anak saudara atau jiran, atau anak-anak atau anak murid..

bolehlah, jumpa di sana !

Kem Remaja Soleh 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Apa yang akan diperolehi oleh peserta-peserta kem ini?

- Memperbaiki kualiti solat
- Mengenali sunnah-sunnah harian Rasulullah s.a.w yang sering dilupakan
- Memahami asas-asas akidah Islam
- Memperbaiki mutu bacaan al-Quran
- Memahami tanggungjawab sebagai seorang anak
- Mengenali sirah kehidupan sahabat nabi radiallahu `anhum ajma'in.

Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Golongan remaja berusia dua belas hingga enam belas tahun, lelaki dan perempuan.


Bilakah program ini berlangsung?

16 November 2012 (Jumaat) sehingga 18 November 2012 (Ahad).

Sesi pendaftaran peserta pada hari pertama (Jumaat 17 November 2012) akan bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.00 petang, dan program akan tamat pad…

"sahabat" | just wanna say this..

بسم الله الرحمن الرحيم
hari-hari yang berlalu, sering kita terlupa.  bukan kerana tidak menghargai.  tetapi, kerana itu fitrah manusiawi.
20 tahun yang berlalu. sering buat aku kecewa dengan diri sendiri.  sesal dengan usaha sekelumit garam yang aku buat. kesal dengan kelemahan diri.
cuma, satu perkara yang buat aku kuat dan nekad teruskan perjalanan..
sahabat yang menyokong dan mendoakan. betapa, pentingnya seorang sahabat yang mendoakan. dia tidak akan biarkan sahabatnya terumbang ambing tanpa arah tuju. dia tidak  rela sahabatnya di amuk resah.

kalaupun dia tidak mampu mengusap airmata kesedihan dengan jemari lembutnya..
dia akan mengusap resah di jiwa sahabatnya dengan DOA.

-----------------------
saya khabarkan kepada kalian. sahabat yang baik itu,boleh digambarkan seperti rasulullah s.a.w dan abu bakar as-siddiq.

cukup.

kalian akan mengerti nilai sebuah persahabatan.

----------------------