16 October 2012

kem remaja soleh 2012-- slot khas bersama Imam Muda Asraf

بسم الله الرحمان الرحيم

Kem Remaja Soleh 2012



insyaALLAH, saya adalah salah seorang fasilitator untuk kem ini. sesiapa yang ada adik atau anak saudara atau jiran, atau anak-anak atau anak murid..

bolehlah, jumpa di sana !


Kem Remaja Soleh 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Apa yang akan diperolehi oleh peserta-peserta kem ini?

- Memperbaiki kualiti solat
- Mengenali sunnah-sunnah harian Rasulullah s.a.w yang sering dilupakan
- Memahami asas-asas akidah Islam
- Memperbaiki mutu bacaan al-Quran
- Memahami tanggungjawab sebagai seorang anak
- Mengenali sirah kehidupan sahabat nabi radiallahu `anhum ajma'in.

Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Golongan remaja berusia dua belas hingga enam belas tahun, lelaki dan perempuan.


Bilakah program ini berlangsung?

16 November 2012 (Jumaat) sehingga 18 November 2012 (Ahad).

Sesi pendaftaran peserta pada hari pertama (Jumaat 17 November 2012) akan bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.00 petang, dan program akan tamat pada hari Ahad 19 November 2012. Pada hari terakhir, akan diadakan majlis penutup dan perjumpaan dengan ibu bapa peserta bermula pada jam 3.00 petang.

Di mana?

Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Batu 12 3/4 Gombak


Bagaimanakah mahu mendaftar?

Sila sms kan maklumat-maklumat berikut:
- Nama Peserta
- Umur Peserta
- No. telefon untuk dihubungi
- dan E-mel

kepada
Mohd Masri – 013-2506391 atau
Aina - 013-2907191


Bagaimanakah pembayaran dibuat?

Pembayaran boleh dibuat kepada akaun berikut
Al Kahfi Services

CIMB Islamic
1219-0001680-103

E-melkan bukti pembayaran kepada alkahfi@...


Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:

Saudara Masri – 013-2506391
Aina - 013-2907191
tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Sabtu 10 November 2012.

Apakah kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta?

- Pakaian yang sesuai untuk bersukan, beribadah, dan belajar.
- Alat tulis seperti pen dan pensel.
- Alat-alat keperluan seperti sabun, berus gigi, tuala, selimut.
- Tidak digalakkan membawa barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, telefon bimbit untuk mengelakkan kecurian.

-from, www.alkahfi.com-

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)