Skip to main content

aku sangat menghargaimu..

بسم الله الرحمان الرحيم

aku sangat menghargai dirimu. tetapi, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam lebih layak dihargai!


menulis: inilah cara aku menegurmu, sahabat :-)
 
 
sahabat, dirimu sangat bermakna buat kehidupanku. segenap tingkah laki dirimu aku nilai dan aku teladani. yang buruk aku harus perbaiki. sepertimana aku mendidik diri ini, begitu jugalah aku mendidik insan yang aku kasihi.

tetapi aku tahu, kau mengharap sesuatu yang tak pernah aku beri. apa yang kau harapkan bukanlah satu kesalahan. kerana kau juga manusia yang mendamba puji untuk meyakinkan diri. aku tahu, kau bukanlah insan yang mendamba puji kerana riya' dan ujub. kau hanya mahukan puji sekadar penyedap hati, sekadar sokongan buat diri seorang insan.

dan sungguh, pujianmu kepadaku sedikit menjadi tiang pautan yang menyokong selagi ia tidak berlebihan.

aku sangat menghargai apa yang kau beri kepadaku. cuma, mungkin kita belum pernah membaca hadis ini (mungkin..).
 
 
Dari Abu Bakar radiyallahu 'anhu, beliau menceritakan bahwa ada orang yang memuji temannya yang ada disamping Nabi salallahu 'alaihi wasalam.  lantas baginda bersabda mafhymnya :
  
"celakalah engkau, kau telah menggorok leher saudaramu. Kau telah menggorok leher saudaramu.”
 
Nabi saw mengucapkannya beberapa kali lalu Nabi saw bersabda :
 
“Barangsiapa yang harus memuji saudaranya, maka katakanlah:’Aku kira si fulan demikian dan demikian, tetapi Allah-lah yang menilai (keadaan sebenarnya). Aku tidak mau menilai atas nama Allah (kepada seseorang) demikian dan demikian jika memang kelebihan itu ada pada dirinya.”
 
[Hadits Shahih, riwayat Bukhari III/158) dan Muslim (IV/2297)]
 
-----------------------------------------------
buat sahabat,
maafkan aku jika kau menganggap aku sombong kerana lekok dengan pujian. memang aku sengaja mendidik diriku begitu.
 
bukankah imam ghazali pernah berkata; "..ukhuwwah itu terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOAnya.."
 
Luqman al-hakim pula pernah berwasiat kepada anaknya; "Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu jauhilah dia.."
 
maka aku berpesan kepadamu sahabat;
 
"janganlah kau penggal leherku dengan pujianmu yang berlebihan itu.. bukankah kita mahu meneladani rasulullah dan para sahabat?.."
 
"jika memang ada kebaikan dalam diriku, teladanilah. jika kau mahu menegurku atas kesilapan-kesilapanku, tegurlah dengan apa yang diajar baginda nabi muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.."
 
#ukhti zahra'#

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…