31 December 2012

Untuk yang terakhir.. (311212)

 بسم الله الرحمان الرحيم

Hari ini 31 Disember 2012

Sendiri dinihari menambah seri hati..

 
31.12.12.
Ada apa hari ini? Tiada apa. Biasa-biasa sahaja sebenarnya.

Cuma, di dalam dewan peperiksaan Foyer 3 CAC yang memuatkan lebih 300 calon sebentar tadi, saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu.

Terkadang sesuatu itu nampak remeh dan biasa-biasa. Tetapi, saya suka untuk menuliskannya. Sebab, saya ini jenis cepat lupa.(err.. bukan nyanyuk..) cumanya, sebab terlalu banyak perkara yang difikirkan, saya jadi cepat hilang fokus. Antara cara yang paling efektif untuk saya terus ingat apa pun pelajaran dari universiti kehidupan , saya paksakan diri untuk menuliskannya (baca: paksa). Maksudnya, menulis ini bukanlah perkara yang mudah. Sekalipun menulis kisah 'sendiri'. Sangat perlu kepada mujahadah.

Tambahan pula, jika di'pancing' soal niat. Memang inilah antara perkara yang membuat saya 'type' dan 'delete' berulang-ulang kali. NIAT.

Bismillah, semoga ada manfaat dan tetap memelihara TAQWA. Saya mulakan.



Kisah hari ini,

jam 3.40 pagi..

Hari saya bermula jam 3.40 pagi hari ini. Bersendiri di saat orang lain tidur mengayam mimpi, sungguh indah. Saya tahu, ada beribu bahkan berjuta lagi insan lain yang sedang terjaga di saat ini. Mereka itu ada yang berada di Malaysia, Filipina, Thailand, Australia, Zimbabwe, Mesir, Syria, Palestin, Makkah dan Madinah serta di seluruh pelusuk alam tuhan yang terbentang buat manusia. Dan, pasti mereka bangun untuk urusan bertemu sang pencipta juga..

Perasaan ini, sungguh berbeza dari hari-hari dan waktu-waktu biasa. Berbeza jika dibandingkan bersendiri di waktu siang yang menyibukkan manusia dengan urusan dunia mereka. Serentak, saya teringat surah al-muzzammil.. Shodaqallah, maka benarlah apa yang termaktub di dalam kitab suci itu.

Saat begini, terlalu damai...sukar digambarkan.. dan saya pasti merinduinya.

Saya segera membasahkan anggota wudhu'. Membuka luas-luas tingkap di sisi kanan. Bayu pagi menyeruak ke pipi dan seluruh anggota tubuh terutamanya bahagian yang saya basahkan tadi. Sejuk. Segar.

Segera saya capai kitab Al-bayaan al-muyassar susunan guru saya, Dr ma'ahad Mokhtar. Aduh, bab tasybih masih pening-pening. Bismillah, saya mulakan ulangkaji. Mengulangkaji  ilmul bayaan, sedikit memerah otak yang beku dek sejuknya angin pagi. Saya larut dalam pembacaan.

jam 5.45 pagi..

Al-quran koko terjemahan bahasa indonesia yang diwakafkan oleh mamlakah sa'udiyyah, saya keluarkan dari susunan buku yang ada. Surah as-shaffaat ayat 30 saya mulakan.. sampai pada ayat 40, saya rasa sesuatu. Melirik lembut masuk ke jiwa.

Kisah tentang 'mukhlashiin', orang-orang yang dibersihkan(dari dosa). Kemudian, kisah dan keadaan mereka di Syurga. Ada air minuman buat mereka yang berasal dari air mata syurga. Mereka didampingi bidadari yang memelihara pandangan dan jelita. Saya jadi teringat buku "agar bidadari cemburu padamu". Aduh, air bening itu memang tidak mampu ditahan lagi. Saya tenggelam di dalam 'syurga' yang tak terbayangkan..

Tiba-tiba, masuk ke ayat 51 saya terhenti sebentar. Ada kisah baru yang mahu diceritakan. Kisah salah seorang dari 'mukhlashiin' tadi, dan dia berkata:
" Aku dahulu(di dunia) punyai seorang teman..."

Ayat 55 surah as-shoffat ini, benar-benar membuat hatiku sesak. Seolah tiada ruang mahu bernafas. Bening-bening yang menitis kali ini, tetap air bening yang sama tetapi sebabnya berbeza. Kalau tadi sebab gembira, kali ini sebab gerun dan resah.

" Maka, dia (salah seorang muklashiin tadi) meninjau lalu melihat (temannya) itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.."
Jeda.
Di minda saya, terbayang-bayang nama satu persatu sahabat dekat saya. Ya, mereka sahabat saya. Bagaimana pula dengan 'teman-teman' saya?. Ruang dakwah yang masih banyak lompongnya itu, saya kesali diri. Astaghfirullah wa atuubu ilaih.

Ayat demi ayat saya tekuni lagi. Garis putih di ufuk sudah mahu menghilang. Waktu subuh kiang menjelang. Dan, ayat penutup (ayat ke 60) saya hari ini benar-benar mengejutkan.

" Sesungguhnya, ini benar-benar kemenangan yang agung..!"
Subhanallah. Maha suci ALLAH yang menjadikan rahmatnya begitu luas dan terlalu luas untuk mengumpulkan manusia sebagai sebenar-benar pemenang. Menikmati nikmat syurga, terhindar dari neraka yang menyala, dan tidak terpengaruh dari teman yang buruk. Maka, inilah sebenar-benar kemenangan!

Masya ALLAH, mengapa masih lagi kita berfikir bahawa 'dean list' itu sebuah kemenangan yang besar?. Sedangkan semua itu tidak perlu diletakkan mata padanya. Pada usaha walaupun sekecil zarah itulah, jika ia sebuah keikhlasan.. maka genggam ia erat-erat.

Semua kisah 'penyentap hati' ini saya gumpalkan di dalam sebuah puisi ringkas.


Betapa, syurga itu indah..


betapa, dunia ini rencah dan fitnah,

betapa, bungkamnya lelah,

tatkala menelusuri kisah ikhlas di sebuah lembah.

(Tadabbur surah as-shoffat : 40-60)

~Zaharoh Fajar Nina, after exam bayan, 311212~



Setiap hari itu, ujian..

Saya paksakan jemari dan memori. Menuliskan semua yang tersurat di retina mata kalian. Saya tahu, ada hati-hati yang akan membaca tulisan picisan saya. Kemudian, mendoakan saya tanpa pengetahuan saya. Dan para malaikat berkata kepadanya "untukmu juga begitu".. Dan kita akan terus berbahagia dengan doa-doa itu.
Sejenak. Setelah disiram dengan butiran dari surat cinta kita, cuba kita reflect diri sebentar. Diri kita, ibu ayah kita, kawan-kawan sekitar kita, pokok-pokok yang menghijau, langit dan awan yang memayungi setiap hari kita, burung-burung berterbangan, tanah basah dan kering di telapak kasut kita..

Bukankah semua itu juga ujian bagi kita? Exam mood yang menjadi tajuk perbincangan kita(terutama mahasiswa) belakangan ini, sebenarnya setiap hari kita lalui.

Setiap hari adalah ujian (examination) buat manusia. Solat, study, peperiksaan, masuk-keluar dewan peperiksaan, bersembang dan berjalan, makan dan minum apakah semua itu kita buat dengan baik? Jika ia bernilai ibadah, maka kita boleh tergolong dalam kalangan 'mukhlashiin' tadi.

Apakah layak kita masuk ke dewan peperiksaan untuk penentuan tingkat di syurga? Atau, kita awal-awal lagi di 'dismiss' ke neraka? (wal 'iyazubillah).

Jangan salah pula ya, study dan exam kita boleh bernilai ibadah. Asalkan kita jelas matlamat dan tidak mempertuhankan pointer. Mahu juga saya berkongsi status fb saya berkaitan perkara ini..

Bersungguh-sungguhlah!


Dengan satu kesusahan yang kau rasai, ALLAH akan rezekikan kesenangan-kesenangan yang banyak buatmu..
"Inna ma'al 'usri.. YUSRA"...

Lelah, memang lelah dan letih.

Kerana, hakikat sebuah kejayaan adalah nilai usahamu. Nilai usahamu. Bukan nilai hasil yang jelas seperti mahumu.
Bukankah kau melihat,
usaha ayah sultan Muhammad yang mahu menakluk konstantinopel itu. beberapa generasi datuknya juga pernah mencuba. Tetapi mereka tidak berhasil. apakah mereka gagal?

Tidak!

Kegagalan dan ketidakberhasilan mereka selama beberapa generasi itu, tanpa mereka sangka.. melahirkan seorang MUHAMMAD AL-FATEH setelah kematian-kematian mereka.

Tidak mengapa jika kau tidak 'dean list' seperti mereka. Pentingnya, kau harus usaha. 'Kejayaan yang ditangguhkan' itu, mungkin ALLAH beri kepada generasi keturunanmu?
Yang penting, KAU USAHA. :-)


Untuk yang terakhir..

Entri ini, untuk yang terakhir bagi tahun 2012. Semoga ALLAH nilai tulisan ini sebagai ibadah. Saya, bukanlah manusia baik, tetapi saya mahu bersama orang-orang baik. Biarlah, sekurang-kurangnya saya dapat tempias orang baik itu..

Azam tahun baru, Saya mahu settelkan azam semalam yang belum lunas.

Salam sayang buat semua. I'm really-really LOVE you all (^_^)..
Exactly! Because of ALLAH.

~311212~ 04:50pm(cepat! nanti terlepas solat asar..) 

3 comments:

  1. aku-bukan-robot.December 31, 2012

    (=

    ReplyDelete
  2. I really love you all.. tak perlu 'am'.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. to ahmad al-libi
      oh, jazakallah khair atas teguran. tak perasan pula.

      Delete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)