Skip to main content

coretan ramadhan 1433H: first and last.

بسم الله الرحمان الرحيم

hari ini sudah masuk 21 RAMADHAN.
aduh,
terasa cepat benar masa berlalu.

tepat.
hari ini juga hari jumaat.
setelah hampir dua tahun saya tidak merasakan nikmat sujud tilawah full (subuh jumaat dibacakan surah sajdah dan al-insaan).. hari ini ALLAH beri peluang.

------------------------

semester pendek ini, sangat padat. padat dengan kisah-kisah hidup yang bermoral dan menguji iman.
ditambah dengan adanya bulan ramadhan pada semester pendek ini, menjadikan saya rasa beruntung dapat meraikannya di bumi UIAM, gombak tercinta.

solat tarawikh di UIAM- credit to zafryhalim.com
tak banyak yang saya nak coretkan di sini. mungkin sekadar luahan dan coretan biasa. bukan perkongsian bermanfaat sangat pun.
maklumlah, diari dah penuh nak tulis semua perkara, blog lah jadi mangsa.

memandangkan ramadhan ini belum ada satu pun entri dalam blog ini, maka inilah entri pertama.
dan
inilah yang terakhir untuk ramadhan ini. jika ALLAH beri kesempatan, insyaALLAH bukan yang terakhir :-)

-------------------------------
rasa teruji.
rasa sedih.
rasa terkilan.
semua itu perasaan manusia kan?
saya juga.

tapi kita berbeza. kita ada ALLAh yang sudi mendengar luahan kita. kita ada ALLAh untuk beri semangat pada kita.
kita ada ALLAh yang tetap sudi menerima kelemahan diri kita.
kita masih ada ALLAh yang sudi mengampunkan segala dosa kita.
kita masih ada ALLAh yang tahu segala isi hati kita dalam dan luar.

ALLAH!
baiknya ALLAH.
-----------------------------

sahabat, teruslah berdoa.
sedangkan syaitan yang paling sombong pun mahu meminda kepada ALLAH. takkan kita lebiih sombong dari syaitan.

sedangkan syaitan dan iblis yang jahat itu ALLAH makbulkan permintaan mereka untuk ditangguhkan siksaan hingga hari kebangkitan.

mana mungkin permintaan kita yang sekadar 'exam gempak' atau 'ampunkan dosaku' ALLAH tak mampu beri?
semuanya bergantung sejauh mana kita yakin.
sedangkan ALLAH yang maha kaya mampu beri apa sahaja kerana DIA memiliki segala-galanya.

-----------------------------

teringat juga pesanan Dr Yasir Ismail merangkap lecturer sarf saya, pesanan ni DR Yasir beri ketika kelas terakhir kami semalam..


jumpa gambar ustaz muda-muda di website ALA


DR Yasir :
"lan tasytaghiiluu lil 'aid wa yatrakuunal mujahadati fi 'asyril awaakhiri min ramadhaan"
(jangan kamu sibuk-sibuk nak raya, dan terlupa nak sibukkan diri menghidupkan sepuluh malam terakhir ramadhan ni..)
saya(dalam hati) :
" raya? rasanya kawan2 aku kat UIA ni, tak sibuk nak raya pun. pakat2 sibuk nak exam je.."
kemudian saya cakap kepada ustaz :
"ustaz, laisal eid.. walakinnana sa nasytaghil lil imtiihan.."
saya(dalam hati, mode perasan) :
"mesti ramai yang mengiyakan soalan aku ni. standard la student U.. 4 flat lagi penting dari lailatul Qadr.. erk, tapi memanglah bukan semua.. macam aku ni..*nakal :-) "
ustaz diam sekejap dengar soalan saya. sambil galas beg hitam ustaz, beliau cakap. ayat ustaz ni, aku sangat berharap agar kita semua ambil iktibar.. sampai bila-bila.

kata ustaz :
"haawiluu bainal imtihan dunya wa imtihaanil akhirah!"
(bezakanlah mana satu yang jadi keutamaan kamu, periksa dunia atau periksa akhirat)..
*sambil senyum ustaz keluar. . harapnya, adalah yang 'makan hati' dengan kata2 ustaz tu. saya pun senyum juga. rasa di'sokong'. sebab, saya bukan lecturer hebat macam ustaz yang akan didengar kata-katanya.

sekian sahaja kisah semalam.

----------------------------
ok, 13 dan 14 ogos bersamaan 23 dan 24 ramadhan ini, final exam untuk semester pendek saya.
mohon semua sahabat-sahabat.. doakan ya :-)
paling teruk dapat (A-).. ok ke?

khutbah jumaat tadi, ingatkan jemaah agar bersungguh2 capai akhirat.. dan, dunia ini landasannya. semoga exam ini landasan saya dan kita untuk capai syurga.

lepas khutbah, saya sambung baca dan tadabbur al-quran surah al-qosas. menceritakan kisah Qarun dan pengajaran. kita mesti berusaha di dunia untuk dapat hasil di akhirat.

nak tau lagi lanjut, kamu buka sendiri dan cari ya.. pasti kamu akan dapat lebih banyak pengajaran.
------------------------

coretan terakhir,
* seronok baca quran kalau kita faham (^_^)
* belajarlah bahasa arab ya...(promote diri kalau ada yang nak belajar.. insyaALLAH)
* rasa diri tidak sombong adalah tanda orang sombong. (hati-hati, RAMADHAN ini ajar kita untuk rendah diri, kalau masih sombong, something wrong!)

wallahu a'lam
(RAMADHAN MUBARAK!)
-------------------------------
zahra' fajar nina
21 ramadhan 1433h
ITD iium gombak
4:17 pm

p/s: ops, lupa nak promote ni..

al-kahfi sevices-
fb: http://www.facebook.com/#!/AlKahfiServices
youtube: http://www.youtube.com/user/tvalkahfi
website: http://alkahfi.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…