13 February 2012

ringkas: senyumlah...

بسم الله الرحمان الرحيم

meniti kehidupan tak semudah yang kita jangkakan.

kadang-kadang kita melihat orang lain berjaya. kita bangga dengan kejayaan mereka. sedangkan, kita tidak tahu apakah yang dia lalui di sebalik kejayaannya.

seringkali juga kita menilai manusia dengan apa yang dia lalui sekarang sedangkan kita lupa bahawa ALLAH sediakan kebaikan untuknya kerana taubat dan penyesalannya yang lalu.

________________________________________

p/s: 1- ketepikan sebentar kepentinga peribadi demi memudahkan urusan sahabat.

2- hanya ALLAH yang layak mengatur hidup semua manusia.

3- manusia sekadar berharap setelah berusaha, sedangkan ALLAH mampu mengubah sebelum usaha manusia.

3- sekalipun seluruh dunia berkumpul demi menggagalkan perancangan kita, ketahuilah bahawa mereka tidak akan mempu melawan ALLAH jika DIA berkehendak.

4-percaturan hidup ini, umpama putaran bumi.
ia hanya akan berhenti berputar jika setelah mentari terbit dari barat.
sebelum itu, putarannya akan tetap berjalan
sekalipun ada tsunami dan gempa yang menggegarkan keraknya.

5- let ALL things to ALLAH. redha itu susah dan harus dipaksa.

__________________________________________________________

*catatan di pertengahan Febuari. semoga ALLAH merahmati perjalanan yang penuh liku ini.
* hanya tersenyum melihat dugaan demi dugaan yang menimpa. dan aku, akan terus tersenyum sekalipun tiada siapa yang mengharap senyuman itu.

tenangnya tersenyum kerana ALLAH :-)

*meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup yang perlu diteruskan. dengan meyakini janji ALLAH, kaki ini terus melangkah *

~ gombak, 13 feb 2012, 07pm ~

4 comments:

  1. ya ukhti,, moga terus kuat & tabah.. yeah teruskan tersenyum ,,insyaALLAH ia bisa memberi secebis keyakinan & kekuatan ,,bidznillah.. sungguh bangkit kembali itu bukan lagi pilihan tapi satu KEMESTIAN..!!


    فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

    “Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan”. ( Al InsyirAh 94: 5-6)

    hanya perkongsian & peringatan bersama.. wallahualam.. ^^

    ReplyDelete
  2. to nadiahhazirah

    :-)
    alfun syukr ukhti. semoga ALLAH membalas kebakanmu dalam nasihat ini..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermakna ini... semoga kita sama-sama tenang menghadapi ujianNya..Semoga awak berjaya dalam apa jua bidang yg awk ceburi...

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. to anis_zafirah

    terima kasih banyak saudari yang dikasihi ALLAH. semoga kita sama-sama berjaya dengan usaha yang ikhlas :-)

    waalaikumussalam

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)