24 October 2011

DIA ada disisimu.. berdoalah!



بسم الله الرحمان الرحيم

jarang-jarang saya buat 2 benda dalam satu masa begini. menulis sambil menangis(tanpa air mata)..

bila pemuda disibukkan dengan perkara furu' mereka lupa perkara asas. bila pemuda dihidangkan perkara asas, mereka jadi selesa dengan zon mereka. bila pemuda meninggalkan kedua-duanya, mereka akan terus terumbang-ambing.

kenapa saya sebut 'pemuda'? kerana golongan ini berjiwa dan beremosi 'muda'. mereka tak boleh diganggu dengan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak dan kemahuan mereka. cepat hilang rasional,, bahkan ada yang hilang profesional. biasa. memang itu lumrah jiwa muda. kerana saya juga muda, saya tahu.

cuma, tak semudah itu menyalahkan 'muda' untuk kita hilang pertimbangan. sedarlah saudaraku, rasulullah ada di setiap gerak kerja kita untuk memandu agar kita tidak selamanya silap dan sesat dari cahaya yang benar. baginda tinggalkan dua perkara jika kita berpegang dengan keduanya kita tidak akan sesat iaitulah al-quran dan sunnah.

saudara/saudariku yang dikasihi ALLAH, siapakah diantara kita dengan penuh yakin menyatakan bahawa 'akulah yang benar!'..? tiada. 
kita sendiri tidak tahu kita berada dalam kelompok yang mana dari 73 golongan yang nabi sallallahu 'alaihi wasallam ingatkan dalam hadis baginda:

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam sunannya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

وان هذا الملة ستفترق على ثلاث وسبعين ثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة وهي الجماعة

"Dan sesungguhnya agama ini akan berpecah kepada 73, dan 72 daripadanya ke naeraka dan satu sahaja ke syurga iaitu Jam'ah" (Riwayat Abu Daud dan dihasankan oleh AlBani RA)

lantas saudara/saudariku yang amat disayangi kerana ALLAH, teguhlah kalian, kukuhlah kalian dengan senjata satu-satunya yang kita ada disela kejahilan kita terhadap diri kita sendiri.
senjata itu adalah DOA.

ketika kita sendiri tidak tahu dimana kedudukan kita dari 73 golongan itu, pohonlah agar ALLAH tidak membiarkan kita mengikut 'diri kita' yang setiap saat diserang oleh syaitan dari atas,bawah, kanan, kiri, depan dan belakang. lazimkan baca doa ini selepas subuh dan selepas asar(1):

يا حيُ يا قيُوم بِرَحمتِك أَسْتَغِيث, أصْلِحْ لي شأْني كلٌه ولا تكِلْنى إلى نفْسِي طرْفَةَ عَيْنٍ

wahai rabb yang maha hidup, wahai rabb yang berdiri sendiri, dengan rahmat-Mu aku mohon pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan serahkan kepadaku sekalipun sekelip kerdipan mata..
(1)(HR. al-hakim,hushnul muslim)

ketika manusia saling menyalahkan. menimbulkan isu khilaf itu dan ini, menegakkan 'kebenaran' masing-masing, pohonlah dengan khusyuk dan penuh harap agar ALLAH menunjukkan kita jalan yang benar dari sekian banyak 'kebenaran' yang diperselisihkan. tetaplah kalian dan saya untuk terus meminta dengan doa ini:


اللّهمّ رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكائِيلَ وَ إِسْرافيلَ, فاطِرَ السّماواتِ و الأرْضِ, عالِمَ الغَيْبِ والشّهادَةِ, أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبادِك فيما كانوا فيه يَخْتَلِفونَ, اِهْدِنِيْ لما أخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الحَقّ بِإِذْنِكَ, إِنّكَ تَهْدي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

" Ya ALLAH, Rabb Jibril, Mikail dan Israfil. Wahai Yang Menciptakan langit dan bumi.Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Engkaulah yang memberikan keputusan di antara hamba-hamba-Mu pada apa yang mereka perselisihkan. Tunjukilah aku dengan izin-Mu untuk meniti kebanaran apa yang diperselisihkan. sesungguhnya Engkau menunjuki siapa saja yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus ”
(HR Muslim dan abu 'Awanah)


akhir kalam, moga ALLAH sentiasa satukan kita dalam syurganya. uhibbukum fillah. kita satu dalam kalimah laa ilaaha illallah.. 

2 comments:

  1. to Si Botak

    insyaALLAH, dua doa di atas adalah doa2 yang ma'thur dan layak diamalkan.

    sumber rujukan, "kitab hishnul muslim".

    ~firas az-zahra'~

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)