Skip to main content

sekitar Konvensyen Fiqh Ummah 2012

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

setelah tiga hari berlalu, baru hari ini saya  mampu menukilkan sebuha bicara yang tersimpan di dalam hati. bicara tentang Konvensyen Fiqh Ummah(K-FIQH) 2012. sejujurnya, kata-kata tidak mampu menggambarkan perasaan sebenar yang saya alami ketika 2 hari ber'kampung' di PWTC.

saya selaku salah seorang dari 3117 orang peserta yang dan waiting list sekitar 1800 orang, meletakkan diri saya sebagai salah seorang agen yang wajib menyebarkan apa-apa yang saya perolehi.

sebelum K-FIQH

sejak dua bulan yang lalu(ketika sebelum mendaftar), saya sudah pun merasakan aura K-FIQH yang berkobar-kobar dalam diri. setiap kali melihat poster yang tertampal di sekitar UIAM dan iklan-iklan di FB, hati saya melonjak girang sambil berangan-angan
"alangkah indahnya jika saya juga mampu menyertai K-FIQH ", saya bermonolog.

pernah juga saya berkata kepada diri, " ah, sudahlah.. jangan terus berangan-angan. yuran RM100/300 untuk ke K-Fiqh itu, mungkin sangat mudah diperoleh bagi mereka yang mampu atau sekurang-kurangnya mereka yang ambil PTPTN.

tetapi, saya harus tahu di mana keutamaan saya ketika itu. saya harus menimbang mudharat dan maslahat urusan dan keadaan saya ketika itu. -cukuplah ALLAH yang tahu- :-)

sedangkan jauh di sudut hati, saya terpanggil untuk terus mengharap dan mengharap kepada yang memiliki PENGHARAPAN. saya tidak akan berhenti mengharap kerana saya tahu ALLAH maha mengetahui isi hati hamba-Nya.

sehinggalah suatu hari,
Alhamdulillah, I'm has been registered by some one, may ALLAH bless her life and give her the continuous reward in the world and akhirat. saya masih ingat tarikh itu, 31 disember 2011. semoga ALLAH merahmati meraka yang ikhlas itu.. :-)

picture from zaizulazizi's blog
semasa K-FIQH

hari pertama, saya datang agak lewat. di dalam tentatif, majlis akan dimulakan jam 9.00 pagi. saya tiba di PWTC lebih kurang jam 9.10 minit bersama kakak saya (kak wardah). PWTC tingkat 4 sudah dipenuhi lautan manusia, laluan dari escalator menuju pintu utama dipenuhi dengan barisan para peserta yang sedang menunggu giliran untuk mendaftar.

alhamdulillah, saya dan kak wardah sudah didaftarkan oleh kak Azizah Ashary(yang kami sudah anggap seperti kakak sendiri). barang-barang yang perlu diperolehi semasa pendaftaran sudah ada pada beliau dan tempat kami juga sudah ditempah oleh beliau (macam VIP la pula.. :-)
kami hanya mengikut kak azizah ke dalam dewan. Subhanallah, dewan sudah hampir penuh dengan para peserta yang ternyata datang tepat pada masanya. ketika kaki ini melangkah masuk ke dalam dewan, saya dapat merasakan semangat dan kesungguhan para peserta yang sudah bersedia menadah ilmu daripada para asatizah. dengan bismillah saya terus mengikut kak azizah ke tempat kami.

masyaALLAH, tempat kami berada di bahagian tengah barisan hadapan pentas hanya selang dua baris dari tempat duduk para asitizah! ada jaminan untuk saya tidak mengantuk dan tetap bersemangat sehingga akhir program. alhamdulillah.

picture from fb ustaz zaharuddin

setelah K-FIQH

mudah saya katakan, program Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini mampu mengubah sudut pandang saya dalam seluruh aspek kehidupan, alhamdulillah.

saya seolah-olah baru keluar dari satu program tamrin  yang mengasak minda dan jasad untuk berubah. mungkin, atas dasar inilah saya tidak terus menulis sejurus selepas keluar dari dewan PWTC. saya perlukan kefahaman yang hidup dan jelas, bukan semata-mata semangat yang membara tanpa matlamat dan perancangan yang tepat.

masih teringat lagi ketika saya bertemu dengan para asatizah, saya hanya tersenyum dan memberi salam kepada mereka. pandangan mata mereka seolah-olah mengatakan.. "kalian inilah generasi muda yang harus meneruskan perjuangan kami".

saya memang tidak berniat untuk bergambar bersama para asatizah dan meminta tandatangan mereka. entahlah, rasa malu dan perlu untuk perkara yang lebih utama dari itu...

sekeping gambar hanya akan kekal dalam memori belum tentu memberi manfaat buat akhirat dan ilmu. tetapi, sekeping hati yang ikhlas itulah yang mampu mencerna ilmu dan hikmah dari kalam para asatizah agar ia mampu disebarkan ke seluruh pelusuk hati-hati manusia lain.

seuntai tandatangan kekal di atas kertas dan akhirnya tetap akan musnah, sedangkan seuntai kata-kata ilmu yang diamalkan akan ditulis sebagai pahala dan ia kekal di dalam buku amalan kita...

saya sangat merindui keikhlasan mereka. sekalipun mereka tidak menyatakan, tetapi saya dapat merasakan!

barisan para asatizah yang sentiasa diingati
selain itu, saya melihat lancarnya program ini berjalan. cuba bayangkan 3011 orang peserta yang terlibat dan masa rehat yang agak singkat sekitar 1jam setengah, tetapi program dapat berjalan tepat pada masanya. dari satu sisi, saya kagum dengan pengurusan untuk program ini.kertas kerja yang disediakan dalam bentuk buku sangat membantu peserta untuk mengulangkaji input-input yang diterima. berdasarkan apa yang saya lalui sepanjang K-Fiqh 2012, saya optimis K-FIQH ini mampu menjadi kebangkitan ummah di Malaysia. [k-fiqh-jadi-kebangkitan-ummah].

tidak banyak yang dapat saya ungkapkan kerana saya ketandusan kata untuk mengungkapkan apa yang saya rasa. saya hanya mampu menyeru para pembaca yang saya kasihi, teruslah berusaha untuk IKHLAS dalam apa sahaja yang kita lakukan. sesungguhnya orang-orang yang ikhlas itu akan selalu dekat dengan ALLAH kerana, dia hanya mahu rasa hatinya diketahui oleh tuhannya.

kita bukan hanya perlu belajar ikhlas ketika menulis. kita juga perlu belajar untuk ikhlas ketika membaca...

sungguh, konvensyen ini merakamkan seribu satu perasaan dalam diri saya. perkara terbesar yang saya pelajari, rasa sebuah KEIKHLASAN.

insyaALLAH untuk artikel selepas ini saya akan kongsikan sedikit mengenai wasathiyyah iaitu konsep yang dibawakan sepanjang K-FIQH 2012.

akhir kalam, tahniah kepada penganjur yang terlibat dan semua komiti. semoga ALLAH menilai kita di atas peranan kita.
___________________________________________________________

p/s: untuk input-input sepanjang K-fiqh 2012, saya mengesyorkan kalian untuk mendownload mp3 dari laman web ini. [amirulasyrafhanaffi.blogspot.com/konvensyen-fiqh-2012-]

kepada sahabat-sahabat yang meminta saya untuk berkongsi, bukannya saya tidak mahu tetapi tidak mungkin untuk saya mengulang semula semua apa yang dituturkan oleh 21 orang asatizah sepanjang dua hari. jika benar sahabat ana ini mahu menimba ilmu, jemputlah download sendiri yaa.. :-)

"barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntuk ilmu, maka dia sebenarnya menempah jalan ke syurga" -mafhum hadis-

selamat menimba ilmu!

Comments

  1. urusan yang baik, Allah mudahkan. dengan syarat, niat yang baik.

    terigt dlu, al-fikrah.net ada anjur bengkel penulisan. nak ikut, tp xde duit. bila ada insan yang sudi menanggung yuran, tiba2 xleh pergi, kerana xdpt kenderaan utk pergi ke kelantan slps bengkel tu (utk kem motivasi).

    kdg2 benda yg kita suka, kita xtahu yg sbnrnya ia buruk utk kita. begitu juga, benda yg kita benci, xsngka sbnrnya ia baik utk kita.

    ReplyDelete
  2. Meremang bulu roma saya melihat lautan manusia di dewan PWTC tu...seakan-akan konsert pulak...harap akan datang mereka dapat ruang yang lebih luas dan memuatkan lebih ramai peserta...InsyaAllah anak-anak makcik dapat sertai suatu hari nanti...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. to Daie Siber

    alfun syukr atas nasihat dan peringatan yang
    'look like the simple one but very meaningful ...'

    ReplyDelete
  4. to The Black Jubah

    ya.. meremang juga bulu roma saya bila melihat lautan manusia yang begitu ramai...

    tiba-tiba teringat, 'bagaimana pula perhimpunan di mahsyar??'

    insyaALLAH, ALLAH kan beri kesempatan kepada anak-anak makcik yang soleh solahah hasil didikan bonda yang solehah juga :-)

    ReplyDelete
  5. to shairazi sharizan

    alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

    sahabat-sahabat lain juga akan berkesempatan untuk mendalami ilmu mungkin di tempat lain.

    sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang kita perlukan..

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…