Skip to main content

apakah sebenarnya wasathiyyah?

بسم الله الرحمان الرحيم

jujur saya katakan, hidup ini takkan pernah manis jika tiada ujian. seringkali kita melihat kesedihan sebagai stu perkara yang asing. sedangkan, dengan adanya kesedihan itulah kita tahu di mana nilai gembira dan bahagia.

walaupun saya sedang 'sedih' sekarang, janji tetap janji. saya harus tunaikan amanah kepada diri saya -yang hakikatnya datang dari ALLAH- untuk berkongsi sedikit pencerahan mengenai konsep sederhana(wasathiy) yang mempelopori segenap tajuk perbincangan semasa di K-FIQH 2012.

saya suka memetik kata-kata Mufti Zimbabwe Mufti Ismail Musa Menk ketika dalam pidato perdananya mengenai wasathiyyah:

“Matahari semasa terbit, cahayanya lemah. Semasa terbenam juga, cahayanya lemah. Matahari paling kuat cahayanya semasa tengah hari. Begitu juga ummah. Paling kuat apabila berada di tengah-tengah (wasathiyyah)” [from:link]

 konsep wasathiyyah yang dibawa sangat jelas jika melihat kepada perutusan mengenai konsep ini yang saya petik dari laman rasmi Dr Zaharuddin (zaharuddin.net).

PENDEKATAN WASATIY?
by: Dr Zaharuddin

Hari ini, semakin banyak pihak yang cuba menisbahkan nama ‘sederhana’ dan wasatiy kepada mereka dan kumpulan mereka. Bagi kami, terpulanglah kepada niat dan ilmu masing-masing.

buku piagam kefahaman islam -kesatuan ulama' antarabangsa-
Cuma pastinya semua kita berhak untuk menyebarluaskan kefahaman atas penilaian ilmu masing-masing dengan cara yang terbaik lagi tersusun. Terpulanglah kepada mad’u untuk memilih dan menerima mana yang terlebih baik.

Dalam menentukan dan menta’yinkan(menjelaskan) pendekatan wasatiy yang dimaskudkan oleh kami, kami cenderung untuk bersetuju dengan model wasatiy yang dijelaskan dengan lebih terang lagi jelas oleh Kesatuan Ulama Muslimin Antarabangsa, yang sama antara lainnya menentukan sikap seperti berikut:-

Asas Wasatiy di ambil firman Allah swt :-

كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.. (Al-Baqarah : 143)
Wasatiy yang kami yakini adalah kesepaduan yang positif dalam segenap aspek lapangan kehidupan, sama ada dari sudut aqidah, amalan fizikal dan spriritual, individu dan kumpulan.

Kami meyakini bahawa ghuluw atau ekstremism dalam agama bakal merosakkan individu atau kumpulan, sebagaimana disebut Nabi:


إياكم والغلو في الدين فإنه أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين

Ertinya : Jauhilah melampau (ghuluw) dalam agama, kerana telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya mereka di dalam agama ( Riwayat IBn Majah dan An-nasaie dengan sanad yang sohih)
Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) , DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan, DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie, DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq, DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting, DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat), DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa, DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti, DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat, DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat, DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah, DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan, DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia ini, DENGAN mereka yang melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.


Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini, DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.


Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya, walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil hal cabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya, namun prinsip asas dan umumnya adalah sama dan sepakat di antara kami.


PERUTUSAN DR ZAHARUDDIN (sebagai wakil dan selaku penasihat K-FIQH 2012)

 
Kami sepakat kami perlu berakhlak dalam mengendalikan perbezaan idea, pendekatan dan analisa hukum.


Kami sepakat jiwa yang luhur, ikhlas lagi bersih amat penting dalam melahirkan ilmuwan yang soleh dan masyarakat yang baik.


Kami sepakat bahawa guru-guru kami memainkan peranan penting dan memberi bekas terhadap cara gaya dan pendekatan dakwah kami, justeru carilah ramai guru agar tidaklah kita terikut hanya dengan satu acuan dan pendekatan, agar kita mampu melakukan perbandingan yang lebih adil. Membuka minda tidak tertutup.


 Kami sepakat bahawa hal yang asas dan prinsip khususnya di dalam bab aqidah dan ibadat tidak boleh bersifat anjal dalam banyak perkara.


Kami juga yakin dan seakat bahawa kemahiran, penghayatan dan kedalaman seseorang ilmuwan di dalam ilmu Usul Fiqh (khususnya dalalah al-alfaz) dalam memahami Al-Quran dan Al-Hadis mampu memberi kesan yang besar kepada pendekatannya, sama ada di dalam bab aqidah, ibadah, siyasah, muamalat dan lainnya
.


Kami juga sepakat lagi menyedari bahawa ilmu kami adalah sederhana, namun dengan pertemuan kerap di antara para ustaz dan dai’ ini diharap mampu menampung sebahagian besar kelemahan kami di antara satu sama lain, seterusnya mampu mencipta persepakatan , menambat ukhuwwah dan memudahkan jalan untuk menggerakkan dakwah kepada ummah yang kini semakin ramai yang mendambakan bimbingan dan ilmu.


Justeru, melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 (K-FIQH 2012) ini, kami amat berharap dapat membentangkan ‘blue print’ utama untuk membantu masyarakat dari segenap latarbelakang dari sudut mendapat kefahaman yang baik terhadap pelbagai aspek ilmu Islam.

Setakat keupayaan masa yang ada antara topik yang akan dibentangkan adalah:

Aqidah dan pendekatan ilmunya
Ibadah
Kefahaman teks Al-Quran dan Al-hadith
Kewangan dan ekonomi
Penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs)
Politik (Siyasah)
Gaya Hidup
Pendidikan
Kefahaman khazanah silam (turath)
Dakwah

Melalui KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 ini, InshaAllah, kami akan membentangkan hasil keputusan dan kajian yang dipersetujui bersama, bagi manfaat ummat.


perutusan dari saya

eh, sejak bila pula saya dijemput menyampaikan perutusan?  :-)
sekadar bergurau*#%&%

semoga entri kali ini mampu memberi sedikit pencerahan. saya belum mampu menterjemahkan sebuah rasa menjadi kata yang indah dan baik.

maka, saya hanya mampu berkata:


"tahniah dan saya berbangga dengan kamu yang menghadam entri ini dengan baik. hadamlah dalam minda, hati dan  kehidupan... nescaya satu sinar akan menyerlah dari pelosok kehidupan yang makin kelam..."



mohon maaf atas segala kekurangan.. semoga ALLAH membantu saya dan kalian untuk memperbaikinya. senyum selalu :-)

*#itdiiumgombak1241.1mac2012#*

Comments

  1. Best Mufti Menk tu punya speech .Lawak pun ada. Kenapa sedih?

    ReplyDelete
  2. to Syed Ahmad Fathi

    betul, pidato beliau sangat memberi kesan. alhamdulillah, bicara oraang-orang yang ikhlas itu, sentiasa mengalir dari hati mereka.

    sedih kerana, daie juga manusia..

    ReplyDelete

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)

Popular posts from this blog

tadabbur surah kahfi : sebab turunnya surah al-kahfi..

بسم الله الرحمان الرحيم

bersambung dari artikel ini. Muhammad bin Ishak meriwayatkan daripada ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu yang mengisahkan tentang peristiwa turunya surah al-kahfi:
"orang-orang Quraisy menghantar An-Nadhar bin Al-Haruth dan Uqbah Bin Abi mu'ith kepada beberapa orang rahib yahudi. Mereka diminta untuk bertanya tentang Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan apa yang para rahib itu tahu tentang diri nabi Muhammad menurut apa yang dinyatakan di dalam Taurat.
para utusan Qurais itu berkata kepada rahib-rahib yahudi yang mereka kunjungi :" kami datang kepada kamu sebagai ahli kitab yang memegang Taurat untuk mendapatkan keterangan daripadamu tentang sahabat kami Muhammad! "
orang-orang yahudi itu berkata kepada mereka(utusan Quraisy), berikanlah tiga pernyataan kepadanya,jika dia dapat memberi keterangan tentang tiga perkara itu, maka memang benar dia adalah rasul. tetapi, jika dia tidak dapat memberi keterangan itu, maka dia alah seorang yang me…

"Kerana aku pemuda akhirat.."

Ukhrawi bukan hanya itu..
“Ah, kau hanya melihat akhirat. Kau gadis ukhrawi. Maaflah, kami ini duniawi”, begitu saban hari mereka bergurau denganku.
Aku cuma tersenyum getir mendengar kenyataan itu. Bukan terasa hati. Namun kerana kecewa dengan kecilnya pandangan anak muda generasi Y pada erti keduniaan. Aku kesal dengan salah erti tentang kedunian ini.

Mereka menganggap tudung labuh, membaca al-quran, pergi ke masjid, membaca dan menulis hal-hal agama itu ‘ukhrawi’. 
Mereka menganggap orang ukhrawi hanya tahu bercakap tentang ayat al-Quran dan tafsirnya. 
Mereka menganggap orang ukhrawi itu semata-mata puasa dan solat sahaja. Itu salahnya kita anak muda. Kita tidak mampu menjadi seperti anak muda di zaman Nabi kerana mentaliti dan persepsi satu sisi yang kita cermati.

Pada aku dan sepatutnya pada kita pemuda, keduniaan bukan pada banyaknya harta semata. Keduniaan bukan juga pada tingginya pangkat. Keduniaan sama sekali tidak diukur pada cantiknya paras rupa dan mewahnya rumah serta kere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…