بسم الله الرحمان الرحيم
mungkin ada yang belum tahu mengapa saya wujudkan label blog istimewa.
" jangan menulis tentang diri sendiri.orang bijaksana, menulis tentang ilmu. orang cerdik, menulis tentang peristiwa. orang pandai, menulis tentang orang lain. hanya orang bodoh, menulis tentang diri sendiri."~ustaz Pahrol Juoi~
Memetik kata-kata Winston Churchill , "Pena lebih tajam daripada pedang."
Sementara Napoleon Bonaparte pula pernah mengatakan, "Saya lebih takut pada sebuah pena daripada seratus meriam."
saya mahu mempertajam penulisan dan menulis tentang orang lain yang lebih hebat.
kerana..
saya juga masih bertatih. bertatih dan berlatih agar diri mampu mempertajam penulisan yang masih tumpul.
terasa kerdilnya diri membawa saya kepada kembara menemui tulisan-tulisan yang bernas dan berisi.
[YAQUT HULAIF ||jiwa-jiwa yang dahagakan redha-NYA] |
alhamdulillah, hari ini saya 'menemui' (dah lama temui sebenarnya) sebuah blog yang amat-amat 'berisi'.
berisi untuk hati dan seni. setelah sekian lama menjejaki blog ini, baru hari ini terpanggil untuk menulis tentang blog yaqut hulaif.
berisi untuk hati dan seni. setelah sekian lama menjejaki blog ini, baru hari ini terpanggil untuk menulis tentang blog yaqut hulaif.
entri terakhir saudara yaqut hulaif bertarikh 9 disember (kalau tak salah) bertajuk kau terhebat, membawa seribu satu makna sebenarnya.
makna tersirat yang tak mampu diungkapkan sekalipun sejuta kata menari di hadapan mata.
jujur, hanya hati yang dapat merasa makna yang dapat dimengerti sebenarnya.
makna tersirat yang tak mampu diungkapkan sekalipun sejuta kata menari di hadapan mata.
jujur, hanya hati yang dapat merasa makna yang dapat dimengerti sebenarnya.
Hitam putih jambangan bunga di satuan rumpun.
Hitam atau putih dunia ini akan ku tetap hargai dia, yang aku panggil kasih saat suram atau duka, mak, akan ku ingat selalu. Tak akan aku lupa ingatan yang suci ini. Akan aku panggil kasih, dulu dan selamanya, tidak akan berubah, dia menunggu di sana.Rasa kecewa ada apabila kaki penat berlari, akan tetapi kita akan berjumpa disana. ~ http://yaquthulaif.blogspot.com/2011/12/kau-terhebat.html~
petikan kata-kata ini saya kira cukup buat kalian mengerti sebuah rasa yang memendam nilai seni di sebalik kata..
bingkisan dari saya
perkongsian ini,
menganjak ke daerah mimpi yang perlu,
menekan rasa menyemai kata restu,
ALLAH mengizinkan kerana DIA tahu,
manusia yang hanya mahu belajar dari manusia itu,
mereka sedar apa yang mereka mampu,
mencari hikmah dari apa yang mereka tak mampu.
ayuh, sama-sama kita bergerak meraih redha-NYA.
ayuh, sama-sama kita bergerak meraih redha-NYA.
wallahua'lam.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteterima kasih atas usaha menulis tentang blog yaqut hulaif.
moga setiap artikel di dalamnya bermanfaat.
moga beroleh redha sebenar-benar redha.
terima kasih.
waalaikumussalam.
ReplyDeleteinsya ALLAH, jika kita berusaha untuk redha, ALLAH akan bantu kita untuk benar-benar redha.
sama-sama.