22 January 2012

menulis itu ibadah+dakwah

بسم الله الرحمان الرحيم

kenangan
menulis itu ibadah. no excuse!

begitulah pesan mbak Asma Nadia, ketika saya menghadiri seminar SERUMPUN "melangitkan karya membumikan cinta" di UIAM pada Oktober 2011 yang lalu.

dari kiri, mba helvy, mba asma nadia, kak fatimah syarha.
mungkin ramai yang belum kenal siapakan asma nadia. Asma Nadia is among Indonesia's most prolific writers. Most of her books are best-sellers with more that 1.000.000 copies sold nationwide. jika hendak dikongsikan di sini, terlalu banyak pencapaian beliau yang meliputi peringkat antarabangsa dll. maklumat lanjut klik [sini- mengenai asma nadia].

sepanjang saya terjun ke dalam dunia 'penulis', saya tidak dapat menafikan kekaguman saya terhadap barisan penulis dari indonesia. mereka terlalu ikhlas saya kira. bukanlah saya bermaksud merendahkan kemampuan para penulis dari Malaysia, tetapi usaha dan kerja keras kita mungkin belum mampu mengatasi kerja keras mereka yang berada dalam dunia 'kemiskinan' melampau.

sejujurnya, saya merasai keikhlasan mereka demi membina ummah dan pemuda. Allahummaj'alna minal mukhlishiin( Ya ALLAH, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang IKHLAS). pesanan mba Asma Nadia subur menjadi kenangan yang memotivasikan saya untuk keep on menulis.

tips menulis

antara impian saya yang ialah, saya mahu menjadi penulis yang proaktif dan efektif dalam menyampaikan dakwah. saya juga mahu mengembangkan usaha dakwah melalui penulisan, bukan sahaja di blog bahkan melalui penulisan buku.

kalau mahu cakap, semua orang boleh bercakap/menulis sepertimana saya menulis sekarang. tetapi, berapa ramai di antara kita yang bergerak untuk melaksanakan segala impian kita.

di sini, saya kongsikan sedikit tips yang saya perolehi dari seorang penulis -cikgu arie-:

Tips ringkas untuk menulis buku.

[khusus kepada para pemula sahaja. Yang dah pakar, main jauh-jauh, hehe.]

1 - Menulis sebenarnya tidak sukar sekiranya kita benar-benar komited pada kerja-kerja penulisan. Apa yang penting ialah kesanggupan untuk berkorban masa, tenaga dan wang.

2 - Jangan ditetapkan satu tempoh yang terlalu singkat untuk menyiapkan sesebuah penulisan. Ini kerana sekiranya ketetapan itu tidak tercapai, kita pasti akan kecewa. Ini sekaligus akan mematikan semangat kita untuk meneruskan kerja penulisan.

3 - Sebagaimana dakwah di dunia realiti memerlukan kepada usaha secara 'berjemaah', demikian juga dengan penulisan. Libatkan orang lain yang diyakini kelimuan dan kejujurannya untuk menyemak dan mengkritik tulisan kita. Banyak sebenarnya manfaat yang kita perolehi hasil daripada kritikan daripada orang lain.

4 - Lebih penting daripada semua itu ialah keberkatan dan petunjuk daripada Allah. Hakikat kejayaan dan kegagalan sesebuah penulisan itu sebenarnya banyak berkait rapat dengan keberkatan dan petunjuk daripada Allah. Justeru, mohonlah kepadaNya agar diberiNya kita petunjuk untuk menyiapkan kerja-kerja penulisan dengan cara yang mudah dan efektif.


ulasan tips keempat

entah mengapa, tips keempat terngiang-ngiang dalam minda saya. saya mula melihat para penulis yang berjaya dalam bidang penulisan seperti Fatimah Syarha, Hilal Asyraf, ustaz hasrizal, ustaz habiburrahman dll.

kejayaan dalam hidup berkait rapat dengan redha ALLAH. redha ALLAH pula, datang dari keberkatan hidup seharian yang merangkumi makanan, akhlak/peribadi, masa dan di mana ALLAH di hati kita ketika lapang dan sempit.

mungkin ada di antara kita yang sedang berusaha mencapai sesuatu tetapi belum tercapai.

muhasabah...

mungkin belum ada keberkatan dalam usaha kita?

ALLAH mahu kita kembali pada-NYA memohon dengan tulus ikhlas. DIA sayangkan kita. DIA mendengar doa kita.. yakinlah.

wallahua'lam.

2 comments:

  1. nice sharing ukhti.. may ALLAH bless

    ReplyDelete
  2. to mujahidah1413

    sungguh, mujahdahmu sangat luarbiasa.. moga ALLAH membimbingmu di bawah cahaya-NYA ^_^

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)